Friday, March 27, 2015

Food Give Me Happiness


Food Give Me Happiness |  Assalamualaikum ~~ Ya Rabbi tuan-tuan dan puan-puan semua.  Dalam sebulan agaknya berapa kali mood perempuan ni berubah-ubah ye?  Sabar je lah wahai teman lelaki mengharungi kepelikkan aku di setiap bulan dengan mood yang pelbagai musim. 

Semalam gigih ambil kunci kereta keluar pergi Secret Resepi semata nak makan Fruitilicious Cake ye ye je confident menyebut nama kek ni.  Yang pasti kek vanila ada banyak buah-buahan.  Liyliz dan buah-buahan berpisah tiada.  Hah macam gituh ~~ Sehari tak dapat makan buah kalau dapat minum air buah pun okey dah.  Kalau tidak tak senang hati nak tidur.  





Sedap-sedap ~~ Ada banyak buah-buahan. Ada kiwi ada peach ada anggur ada strawberry ada apakah lagi pun tak reti dah nak kenal pasti.  Puas sangat hati dan jiwa raga bila dapat makan kek ni.  Sambil makan dapat buang rasa tekanan jiwa sebab apa tau, sambil korang makan tu kan korang akan mengunyah pelbagai rasa yang sedap-sedap belaka.  




Can ~~ Can ~~ Can ~~~


Sedap !!! Love you cake.  
Hi peeps. Once you get stress tiba-tiba kan you should treat yourself with the thing you love most.  
Aku suka makan. Oh maybe semalam la suka makan. Next time stress lagi tak tahu suka apa pulak. 




Wednesday, March 25, 2015

My Dinner


My Dinner | Assalamualaikum ~~




Malam tadi buka fridge ambil kacang panggang dalam tin. Tuang dalam kuali panaskan.  Lepas tu campak timun jepun dengan mini tomato ni.  Serius malas gilerrr ~~ aku kalau lapar dah lewat malam ni memang SAY NO to nasi lah.


Done ~~ Seperti biasa selepas makan mesti la minum Lemon Water.

Monday, March 23, 2015

Make Up Base Tutup Parut Jerawat


Make Up Base Tutup Parut Jerawat | Assalamualaikum ladies ~~ Because Im not so happy to have scars around my cheeks so i did a very simple tutorial to you guys.  Hah korang pun tak suka ada parut ye?  Moment-moment muka naik jerawat dah sampai ke penghujung tetapi peninggalan parut masih jelas terpancar.  Rileks jangan stress-stress ~~ Nak buat laser treatment tak mampu?  Okay I share you all a few make up base products that i use on how to cover up my acne scars.



1. Ko's Sun Block
2. Mac Studio Concealer NC30
3. Mary Kay Liquid Timewise Foundation
4. Ronasutra Mineral Powder 

Buat masa ni aku pakai product di atas untuk make up base aku.  Kalau korang nak tanya berkaitan tips-tips solekan aku minta-maaf awal-awal ye. Sebab aku bukan pandai bab-bab make up. Cuma aku nak bagitahu korang yang make up di atas ni tidak menutup liang pori kulit aku. Dan paling best kalau pakai JERAWAT tak naik.  Hah ni nak pesan ni kat korang semua kalau ada jerawat tak salah korang nak pakai make up tapi pastikan make up yang korang pakai tu tak buat jerawat korang makin parah.  Setakat ni product yang aku pakai dekat atas ni maintain kan kesihatan kulit aku.  Means jerawat tak naik. Motif pakai semua di atas is to cover up acne scars.

Okay pagi tadi ada yang email dari seseorang yang ada masalah acne kata "Im so jealous tengok your skin dah flawless giler" Hehe perli i ke apa you ni.  Hakikat sebenar tak flawless adik-adik kakak-kakak semua ye. Tu semua trick make up.  Yang penting sekali free from acne dulu.  Lagi 1 kan aku harap sangat korang rajin-rajin la baca dekat entry Dr.Ko / Acne Journey aku tu.  Bosan juga aku nak menjawab yang bertanya soalan yang sama.  Berapa kos sewaktu pertama kali pergi Dr.Ko dan anbil product apa? Aku dah tulis panjang lebar dekat dalam entry tu pun lagi mau tanya ke? Apakata korang baca slow-slow dekat sana ye.




Belum siap lagi tu.  Lepas dah dap-dap dekat area yang bermasalah.  Korang blend dengan brush supaya sapuan lebih rata.  Kemudian baru lah korang pakai foundation diikuti dengan powder.  Macam aku pakai Mary Kay Liquid Foundation tu kemudian topup dengan Ronasutra Mineral Powder.  



Untuk elakkan nampak macam putih sangat muka aku guna Simply Siti punya blusher.  Aku sapu warna coklat dan letak sikit-sikit je pink. Suka sangat make up natural macam ni.  Concealer tadi tu memang bagus untuk tutup sebarang parut jerawat yang ada tetapi kalau parut jerawat yang ada lubang tu susah sikit nak tutup.  Kalau korang cuma ada dark spot di sekitar muka tempek je Mac Studio Concealer tu.  Terbaik punyalah.  

Semoga entry ini membantu.

Thursday, March 19, 2015

Percutian Paling Mahal


Percutian Paling Mahal | Assalamualaikum ~~ Selalu tak korang rancang percutian korang? Selalunya percutian macam mana yang korang suka? Okay macam aku pula aku suka merancang percutian yang menjimatkan budget.

Sedang-sedang membelek lokasi percutian aku terbaca 1 tempat yang menawarkan lokasi percutian paling MAHAL.  Lokasi percutian paling mahal yang aku maksudkan tu ialah di Negara Bhutan munkgin terpencil dan ramai yang tak pernah dengar termasuklah aku!  Tapi percutian tersebut adalah percutian yang termahal di DUNIA.  Negara ni berada di pergunungan Himalaya dan pergunungan puncaknya sentiasa diliputi salji.  Pelancong asing yang datang ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan dan kadar harga minimun yang diletakkan oleh mereka ialah setinggi RM7500 sehari dan pakej untuk menikmati keindahan semula jadi di situ adalah  sekitar RM15000 semalaman. 


Memang tak mampu la aku nak bercuti dekat sini uitt!

Lokasi Bowling Di Jengka



Lokasi Bowling Di Jengka | Assalamualaikum semua ~~ Simple entry untuk hari ni. Aku cuma nak share lokasi Bowling Di Jengka.  Aku rasa mungkin ramai lagi ex student UiTM macam aku ni tak tahu apa perkembangan yang terbaru di Jengka.  

Paling best sekali ada 1 pusat hiburan lepaskan tesioonnn. Baling bowling sekuat hati.  Okay lokasi nya sangat-sangatlah mudah kerana ianya berada di dalam bangunan Terminal Bas Jengka tingkat atas sekali.  Memang paling atas ~~ btw terminal bas tu ada 1 tingkat je. Korang naik je tangga ke atas confirm jumpa.  Dan dekat kawasan atas tu ada food court juga.  Senang lepas main makan. Lepas makan pergi main.  Dan ramai lah pula student lepak dekat food court tu STUDY gayanya.  Pedoohhh je tu study ... padahal detim ~~~ Dengan suasana bising macam gitu boleh ke study? Okay mungkin discussion kut. Hehe aku pun pernah buat waktu belajar dulu. 




Ini lah terminal tersebut.  Kali pertama tengok terminal ni mulut melopong mengagumi Jengka ku telah berubah. Tetiba buat hashtag #UiTMdihatiku 






Cuba tengok promotion rate tu. 
Isnin - Jumaat  3 games cuma RM10.00 murah gilerrrr.
Yang selebihnya korang baca sendiri lah dekat rajah di atas okay. 












Jadi buat mereka yang berdekatan dengan kawasan Jengka boleh bawa family untuk aktitivi hujung minggu bersama. ~~~ Terima kasih singgah blog

Tuesday, March 17, 2015

Hujung Minggu Bersama Blogger Pahang



Hujung Minggu Bersama Blogger Pahang | Assalamualaikum ~~ Niat selama setahun untuk berjumpa Full Time Blogger Zaza Iman telah pun terlaksana. Rasanya mesti ramai yang kenal Zaza Iman sebab beliau pun pernah keluar beberapa kali di Majalah dan juga Utusan Malaysia. Wah gituu kelas kau jah ~~ 

Ini ialah kali pertama aku berjumpa dengan blogger yang asal Pahang dan duduk di Pahang. Ada tak lagi mana-mana blogger yang nak buat gathering dengan kami meh PM no phone cepat.  Boleh buat aktiviti sama-sama manalah tau ada yang aku tak kenal. Meh lah munculkan diri.

Aku drive dari Kuala Lipis lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Jengka. Wah teruja sekejap dengan perubahan di bandar Jengka. Sebab sebelum ni aku student UiTM Jengka budak kos OM. Kos bajet Hot ~~ Hos bajet pergi kelas semua pakai high heels tapi nya memang tidaklah aku nak buat semua tu uit. Pakai kasut crocs je pergi kelas. Langkah besar sikit cepat sampai kelas. 

Sesat beberapa kali juga la nak masuk simpang ke Jengka 18 ni sebab ada 2 simpang yang mengelirukan.  Stress pula kredit takde. Mujur ada MAYBANK2U hehe ~~~ Okay bila berjumpa tuan-nya punya rumah rasa nak berlari-lari dapatkan beliau. #akusukadrama-drama sikit  Lepas tu minta izin famili beliau dulu. Hah aku nak bawa keluar anak dara orang pun kena minta izin tau inikan pula korang yang nak try ngurat-ngurat tu.  Ada brani ke pergi minta izin dekat Mak Pak si Zaza Iman ni?  Beruntungla siapa dapat beliau jadikan isteri ~~ Haish macam susah nak percaya je #familigirl okay.  


First Selfie
Alhamdullilah walaupun pertama kali jumpa kami dapat menyesuaikan diri sangat-sangat.  Seronok ada bawa kakak berjalan bersama keluarga.  Sebab ittteww takda kakak.


Seronok sangatlah kalau ada orang manja-kan aku macam ni hah. Usap-usap kepala kan.  Rasa nak bawak balik rumah je kak Zaza Iman ni.




Bowling Time ~~ Yes Jengka dah ada bowling. Dah maju Jengka sekarang.  Ada Marry Brown ada Pizza which benda ni semua takda masa aku belajar dekat sana dulu.


Tapi kakak ittew ni rendah laaa ~~~

 
Alaaaa nak hantar kakak balik dah. ~~ Semoga dapat berjumpa lagi. Nak angkut kak Zaza Iman ikut liz pergi bercutilah. Ada siapa-siapa nak join tak? Jom ~~~


Kan da cakap tadi. Kak Zaza Iman ni pernah keluar dalam Majalah. ~~~




Saturday, March 14, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih


 Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih | Assalamualaikum kawan-kawan yang tersinggah dekat blog aku ni.  Aku tah datang angin rajin apa tetiba terajin join Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih ni. Nampak tak ~~~ Nampak tak yang aku sedang usaha untuk memenangi hadiah tunai tersebut.  Mudahan bertuah untuk Giveaway kali ni.  Dahla mudah giler untuk jadi sangat rugi buat mereka yang tak ambil peluang ni.

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015