Salam ukhwah semuanya.
Entry kali ni mengenai cinta, cinta dan cinta lagi. Semakin meningkat usia cara kita bercinta semakin berbeza. Betul?
Berapa kalikah anda gagal dalam bercinta? Berkali-kali?
Taniah! Kerana pengalaman gagal itu mengajar anda mengenali manusia, manusia yang berbagai ragam.
"Tidak anda keindahan cinta andai mengetepikan TUHAN" Faham maksudnya di sini bukan, kerana terlalu kasihkan si dia, kita abaikan yang wajib, kita lupa apa yang harus apa yang tidak. Kerana terlalu menyayangi katanya.
Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempuh neraka? Fikir dan zikirlah. Begitulah realitinya kini, demi cinta segalanya berani diterjah dan sanggup diredah.
Bahana menonton filem cinta Bollywood, Hollywood atau filem yang sewaktu dengannya. Cerita mengenai sanggup mengorbankan cinta kepada ibu bapa kerana terlalu cintakan si dia, melanggar tatasusila dalam beragama. Apa pun plot cerita dalam filem tapi akhirnya pasti cinta yang dimenangkan. Seolah-olah hidup dalam dunia ni semata-mata untuk cinta.
Mari renungkan sejenak. Siapa yang anugerahkan kita rasa cinta dalam hati? Rasa sayang dalam hati. Tentulah jawapannya ALLAH. ALLAH yang mencipta manusia, hati, akal dan perasaaan. Cinta itu fitrah yang dikurniakan ALLAH pada setiap hari.
Semalam liz ada terbaca satu kenyataan dan liz dah share dekat twitter liz. "Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks, wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta." Fikirkannya sendiri. Berapa ramai kita dengar kisah kawan-kawan kita yang terpedaya kerana cinta yang sebegini.
Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa kerana cintakan dia? Sungguh tidak sedar diri, sedangkan yang menjaga dan mendidik kamu ialah ibu bapa kamu bukan kekasih kamu.
Ekploitasi dan manipulasi cinta.
-Lelaki mendapatkan seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas kerana kehendak nafsu tidak terbatas.
-Wanita memberikan seks kononnya untuk mendapatkan cinta, tidak akan mendapatkan cinta sejati. Hanya menemui kasanova dan lelaki berhidung belang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan. Sebaik sahaja habis madu, sepah dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta tetapi juga maruah, kehormatan dan harga diri.
Letakkan cinta sebagai alat untuk beribadat kepada ALLAH. Insya-ALLAH cinta yang digunakan untuk mentaati TUHAN pasti diberi kebahagiaan.
Wasalam dari liyliz.
1 comment:
info yg bagus, =3 hihiii
Post a Comment