Wahai hati, belajarlah kamu untuk menjadi kuat agar tidak
mudah berasa sakit andai saat disakiti.
Wahai hati belajarlah kamu menelan penghinaan, sindiran, dan
kutukan.
Wahai hati, jangalah mudah mengalah kerana garisan penamat
itu masih lagi jauh menanti.
Wahai hati, janganlah manaruh harap untuk dilindungi, kerana
hatimu akan sentiasa berasa sakit disakiti hati yang lain.
Wahai hati, sabarlah dengan nilai yang ada.
Wahai hati, janganlah kamu berkecil hati walau sekecil mana
pun kamu.
Wahai hati, tabahlah agar cita-cita dan keinginan itu
dimilikki.
Wahai hati, cekal lah dengan impian itu walaupun dilekehkan.
Wahai hati, sabarlah kamu menempuhinya.
Wahai hati, kuatlah kamu. Kerana sakitnya kamu, menitisnya
air mata.
Wahai hati, segala kunci itu dari kamu.
Hati. Kamu itu terlalu instimewa kerana kamu adalah tempat
memberi seribu rasa peristiwa.
No comments:
Post a Comment