Sunday, November 17, 2013

Minggu Bersama 3R


Wow title blog kali ni macam best je. Minggu bersama 3R tu. Apa yang berlaku sebenarnya? Liz berani bet lah mesti ramai gadis-gadis di luar sana suka ready awal-awal depan tv sebab nak tengok 3R kan. Liz start tengok 3R dari umur liz darjah 5 lagi. Sekarang liz dah 21 tahun. Walaupun kita kadang-kadang rasa macam tajuk ni ada je yang berulang kali disiarkan tetapi dalam bentuk yang berbeza, ianya memang awesome.

Jadi telah sekian lama tergerak hati liz nak menulis pada 3R. Seminggu hantar message dekat FB, liz ingatkan alah mesti tak respon lah ni. Tetapi sangkaan liz salah. Mereka respon message liz. Thank you 3R tolong liz selesaikan masalah ni walaupun mungkin agak terlewat tetapi liz dah tahu mana nak rujuk sekiranya masalah macam ni berlaku.

 

Tak terang pula bila print screen. Okeh so liz copy paste entry apa yang liz tanya ni. Mungkin akan berguna kepada remaja lain di luar sana.

Salam 1 Malaysia kepada 3R. Saya nak minta nasihat dan langkah apa patut saya buat seandainya saya tahu bahawa kawan lelaki saya telah menghamilkan teman wanitanya. Kawan lelaki saya ingin bertanggungjawab dan bernikah dengan gadis tersebut tetapi gadis tersebut tidak mahu dan ingin menggugurkan kandungannya. Saya menasihatkan kawan lelaki saya untuk terus berjumpa dengan keluarga pihak gadis tersebut namun gadis tersebut mengugut untuk lari dari rumah, ataupun akan menuduh bahawa kawan saya merogol dia. Kawan lelaki saya nak selamatkan kandungan tu tetapi kami pun buntu.
 

Hai Liyliz. Ini dilema yang amat rumit. Kalau boleh, suruh kawan Liyliz hubungi
 melalui telefon untuk nasihat.
 
 
Liz percaya selagi namanya manusia, kita tidak akan sampai hati untuk membuat tidak tahu seandainya kita tahu ada wanita yang sanggup menggugurkan kandungan apatah lagi kita sebagai orang Islam ianya adalah kesalahan yang sangat besar. Ini sahaja yang liz mampu bantu.
So bro, good luck untuk cuba selamatkan bayi anda dan wanita yang anda sayangi.
 
Lepas tu bosan-bosan petang tadi, twet pula dengan 3R. Wah di retwet pulak. Mengada-ngada kejap.
 
 
 
 Jadi harapan liz, liz berharap sangat remaja dekat luar sana tu lagi lagi remaja perempuan, jaga maruah diri sebaik-baiknya dan fikir secara dalam apabila membuat sesuatu keputusan. Tindakan anda sekarang bakal memberi kesan kepada masa hadapan anda.
 
 
 
 
 


1 comment:

Unknown said...

nice blog :) Btw kalau sudi follow http://tips-blogging-treatment.blogspot.com/. saya akan follow balik ty :)