Thursday, February 27, 2014

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion


Marcapada kini, kita sedia maklum bahawa Malaysia sedang mengalami perubahan cuaca yang panas. Mudah berasa haus dan kadang kala badan kita sudah tidak mampu untuk menahan keperitan bahang yang menebusi kulit dalam menjalani kehidupan sehari-harian.  Kulit kering?  Itulah yang terjadi kepada ramai wanita kini.  Mungkinkah kita begitu mempunyai masa yang banyak untuk mandi kerap? Ataupun menyapu losyen badan sejam sekali?

Oooo tidak mungkin untuk saya!  Sebagai Human Resource di salah sebuah syarikat swasta, ianya tidak mungkin untuk saya lakukannya sepanjang masa.  Rutin harian saya sepenuhnya banyak dihabiskan di tempat kerja di mana saya akan masuk kerja setiap pagi dan adakalanya saya perlu pulang ke rumah pada jam 10 malam.  Saya perlu bangun lebih awal untuk bersiap, selepas mandi menyapu losyen ke seluruh badan dan perlu menunggu sehingga ianya kering, make up dan sebagainya? Urghh stress dengan masa! Rutin harian kadang-kadang terlalu memenatkan sehingga saya terpaksa mengabaikan penjagaan kulit.  Kulit yang terdedah pada matahari dan cahaya membuat saya berasa kering dan garis-garis halus mula kelihatan. Rutin harian sebegini belum tentu saya dapat ke spa melakukan rawatan kelembapan kulit dengan kerap.

Sehinggalah dikhabarkan bahawa NIVEA mengeluarkan produk madian BODY LOTION IN SHOWER.  Oleh itu saya dapatkannya di Gurdian berdekatan dengan harga RM11.80 (Discount Price) dan RM16.90 (Normal Price).  Setelah seminggu menggunakannya, saya dapati kulit yang mengelupas kerana kekeringan di celah-celah jari saya kian berkurang. Langkah menggunakannya adalah sangat mudah.  Boleh rujuk di rajah bawah ini.



 
Saya miliknya satu. Anda? 
Wow rasa sungguh menakjubkan.  Saya mengunakan Body Lotion In Shower Dry Skin dengan pati Almond Oil.  Bahagian siku saya yang mudah kering juga tidak lagi seperti dulu.  Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera produk NIVEA Body Lotion In Shower ini di pasaran dan alami sendiri perubahannya.
Macam losyen kan?

Anda wajib tonton video ini dan melihat keberkesanannya hanya dalam beberapa minit tau.

 


Bagaimana dah tengok tak? Menajubkan bukan!  Jangan lupa langkah terakhir anda ialah ke page NIVEA MALAYSIA FACEBOOK PAGE untuk melihat pelbagai lagi input-input yang menarik bakal dikongsikan bersama anda. Boleh dapat produk free daripada Nivea juga tau dengan syarat dan terma. Smilling with NIVEA.



1 comment:

Nadia Johari said...

tak payah pakai sabun la mcm tu