Tuesday, May 20, 2014

Coretan Persiapan Raya.


Assalamualaikum and hi everyone.  Time is fleeting by kan? Sedar tak sedar sekarang dah hampir 1/2 tahun 2014.Woit puasa dah tak lama lah. Raya pun tak lama juga dah. Korang dah shopping raya ke belum. Ramai yang kata macam ni "Alah puasa pun belum sibuk nak fikir baju raya". Biasa tak dengar? Dulu masa kecit-kecit selalu dengar mak cakap macam tu kat liz.

Sekarang! :) senyum havoc plus riak sikit. Huweee boleh beli sendiri. Ada duit sendiri. 1 2 3 4 5 ringgit ingit topup topup syiling weeehaaa' boleh beli baju kurung 1 2 3 pasang sendiri. Tapi bagi yang masih belum bekerja tu mesti tengah fikir taktik nak membodek mak bapak kakak abang urk plus boyfen plus skandol dan Ayah Manis. (Sugar Daddy). Liz masa belajar kat Uni dulu mana ingat baju raya. Sedar-sedar dah nak habis puasa sebab masa tu duit kegunaannya untuk makan-makan dan makan lagi. Betul liz dulu siap puasa tau Isnin dengan Khamis. Hik tapi takda la selalu cuma time dah rasa tabung PTPTN dah dekat paras hidung kenalah pandai-pandai nak bernafas.

Kasut! Nyonyet nyonyet otak berfikir. Nak pilih kasut macam mana ye tahun ni. Mungkin macam segini dibawah. 

 "Alah liz tak payah ngada ko bukan berjalan pun, bukan hari raya ko kena duduk dapur ke".
Pernah la sangat aku kena duduk dapur, singgah dapur ambil makanan lepas tu lepak depan TV dengan cousin-cousin laki semua tengok rancangan hari raya adoo la. 

Baru nak tempah macam gini. Dibawah.

 Cantik kan? Jumpa gambar ni dekat pinterest!! Memang suka gilok sekarang ni dengan stripe punya corak. Tapinya bila tanya mak "ada tak lagi kedai nak terima tempahan baju raya, kami nak hanta baju raya ni". *kain pun tak beli lagi. Mak jawab "harapan..harapan menjadi layu.." Okeh dah faham bila lagu hyper act berkumandang.

Bertapa korang lihat rakyat Malaysia. Urk maksud aku "orang melayu" mereka-mereka ini sangat peka dengan ketibaan hari raya aidilfitri. Baik punya persediaan depa buat. Bukan apa liz ni dah bertahun beli baju last minutes. Memang la macam seronok bila kelam kabut macam tu tapi duit mencucur mencurah-curah bagai meresap kedalam tanah bukan ke atas daun keladi. 

Lagi satu liz dah lama tak ada baju raya yang sama warna dengan mak abah. Mesti warna lain-lain punya. Agak-agak tahun ni berjaya tak liz nak baju sama warna dengan mak abah. Nak buat macam mana kalau dah beli baju raya yang dah siap. Ada je warna dan pattern lain liz berkenan. 

Tudung.
Haish tak usah cakap lah. Liz selalu beli last minutes juga. Mesti rasa macam "arghhhh lantak". 
Maksudnya memang terpaksa beli sebab malas dan penat nak cari. Boleh tak tahun ni liz tak nak shopping time puasa. Bulan depan ke shopping. Jom? Tapi promosi harga mesti macam mahal je lagi. Korang ada tak tips shopping raya? Apakata share dengan liz.





10 comments:

Unknown said...

Haha^^ Aimi pun dah shopping raya^^

✿INA AINAA✿ said...

Ena ni sampai tak tahu beli design macam mana dah. Semua lawa lawa... Tahun ni macam Hijau Emerald yang hot

Nick Nashram said...

kitorang dah siap jahit baju raya..saje nak gtau kat liz :)

Admin said...

eh eh bukan main lagi anak2 dara ni laju je bab raya hehehe

Liyliz said...

Cptnya shopping raya. Aish ini tk boleh jadi ni.

Liyliz said...

Biasalah phat. Tgk tu drg dah beli, liz ni x beli lg x blh jadi.

Unknown said...

haha, betul tu.. raya da nak dekat tp ganti puasa? hampeh -,-'

Liyliz said...

Ok jelis!!!

Nadia Johari said...

Saya tgl nak tempah je..huhuhu

Azwar Syuhada said...

Baru ada 3 pasang yang dah siap.. tinggal 1 lagi baru nak pegi tempah..huarghh..nak puasa n raya dah kan..cepatnya masa berlalu... xD