Assalamualaikum. Hi hari ni liz nak cerita pasal pengalaman liz nak beli kereta yang pertama. Kereta pertama tau! Hasil simpanan duit sendiri tau. Kalau nak tahu, boleh terus sambung baca cerita liz nak kongsikan ni. Duit simpanan yang liz kumpul ni sebenarnya ada sejak dari kecil lagi. Buku akaun pertama liz ialah buku CIMB Bank. Kalau lah korang masa kecil-kecil dulu ingat, kalau budak-budak kecil menyimpan dekat bank, bank akan bagi tabung yang bentuk kartun. Kalau isi duit nanti tabung tu akan menyanyi. Hah ingat tak? Ada tak korang alami pengalaman macam liz? Masa tu liz duduk dekat Mentakab lagi. Semangat hari-hari tolong mak tau jual nasi lemak. Mak kasi 20sen. Uish banyak tau 20 sen tu kalau beli gula-gula dapat 4 biji, boleh buat makan jimat-jimat 1 minggu tau. Tapi kalau nak cepat tabung penuh, kenalah menabung. Masa tu liz sendiri tak ingat apa objektif liz simpan duit. Cuma mak pesan, "Kena belajar simpan duit dari sekarang nanti bila dah besar, yang senang yusmarliza jugak" Mak suka panggil nama penuh masa liz kecil-kecil dulu.
Jadi masa tu, mind set budak-budak kecil. Liz nak bila besar nanti nak hidup senang. Mak cakap nanti kalau dah besar nak beli apa-apa kang senang sebab duit dah ada. Lepas tu masa tu ekonomi Malaysia meleset. Liz kecit lagi cuma liz ingat orang sibuk cakap bank negara nak bankrup dah, cepat bawak kuar duit kat bank. Mak pun bawak semua duit liz keluar. Masa tu ada 2 ratus lebih je. Uish masa tu liz baru 6 tahun. Banyak kan?
Masa pindah dekat Kuala Lipis umur liz darjah 4 . Buka la buku bank baru dekat BSN. Jadi dengan BSN ni lah liz mengumpul menambung betul-betul. Liz simpan setahun sekali je. Selalunya lepas raya. Dapat la ratuih-ratuih duit. Kadang-kadang ada ayah saudara, mak saudara hulurkan duit dekat liz. Liz simpan la kasi mak masuk bank. Sampailah ke hari ni pejam celik liz dapat kumpul #K dan itu duit yang betul-betul duit zaman kecil sehinggalah habis universiti. Mungkin ada yang kata sikit, mungkin ada yang kata banyak. Tapi duit #K ni tak kan jadi kalau liz tak menyimpan. Dan terima kasih pada mak sebab selalu ingatkan liz.
Sekarang dah ditambah-tambah lagi dengan duit simpanan gaji. Duit gaji lain ceritanya sebab kita dapat setiap bulan. Tapi kalau duit masa kecil tu ialah duit hasil tanpa usaha. Orang kasi je, cuma kita yang kena usaha mengumpul. Ingat senang ke nak tunggu orang kasi duit?
Ingat waktu dulu-dulu mak cakap "simpan duit tu nanti nak beli kereta sendiri kan senang". Akhirnya!! Liz mampu milik kereta sendiri. Kalau korang tak pernah usaha sendiri beli dengan duit hasil pencarian sendiri korang mesti tak kan tahu macam mana rasanya. Ini bukan soal beli baju, beli barang berjenama tapi ini beli kereta yang harganya puluhan ribu.
Ingat senang ke Bank nak luluskan loan. Lagi-lagi usia liz baru 22 tahun. Macam-macam kena tanya. Kalau Public Bank ni call macam-macam soalan tanya. Kenapa awal sangat nak beli kereta, tak sambung belajar dah ke. Betul ke kerja sebagai Human Resource. Ada Human Resource lain tak. 3 kali tau loan kereta liz kena tolak. Masa ni liz dah rasa putus asa nak beli kereta. Mula-mula dekat Kuwaitt Finance House, kedua dekat Bank Islam dan ketiga Bank CIMB. Last sekali Public bank. Ini pun tunggu dalam 2 minggu. Minggu ketiga iaitu pada 21 Mei 2014 baru liz dapat pengesahan loan kereta liz lulus. Lepas tu kena tunggu document dekat Public Bank siap. Lama proses nya sebenarnya. Melainkan gaji riban-riban tu. ZZZzzhaaaappp hari ni order, esok boleh lulus. Ye dak?
Sekarang ni tunggu document loan kereta sampai ke Public Bank Lipis. Sebab liz beli kereta dekat Klang. Jadi sales girl buat urusan public bank semua dekat sana. Lagi-lagi liz kerja kadang-kadang tak da masa nak gerak ke sana sini. Kesian abah ulang-alik hantar liz pergi kerja.
Inilah kereta idaman liz.
Nantikan sambungan cerita seterusnya.
9 comments:
kesedaran menabung mmg bagus . beli keta ni klu blh down payment tu jgn buat loan . jadi kepala tak pening ... kereta idaman sis juga ... hehehe
Alhamdulillah berkat menabung akhirnya tercapai jugak impian Liz nak memiliki kereta sendiri kan :)
Syukur Liz ada mak yang prihatin. Jgn lupa ucap terima kasih dan peluk mak tau :))
alhamdulillah.....tumpang happy untuk liz! bolehla singgah umah akak nanti kalau nak ke kl tu....kan kan=) semoga dipermudahkan segalanya ye dear....amin...
lamanya menyimpan utk beli kete sendiri...memang terasa keseronokannya kan? alhamdulillah
wahh .. best nya !alhamdulillah .. ~ cikmisi pun, kena saborr dlu.. in sha ALLAH, ad rezki next year lah, bila umor meningkat sket lgi.. selayak nya.. hehe
btw datang follow sini #315 =)
As a start jangan beli.kereta terlalu mahal, supaya mudah nak buat loan kemudian hari, hehe, just pandangan ;)
As a start jangan beli.kereta terlalu mahal, supaya mudah nak buat loan kemudian hari, hehe, just pandangan ;)
Emm terharu pulak baca artikel ni..memang seronok beli kereta dengan hasil tabungan sndiri..wahhh umur 22 tahun dah boleh pakai kereta ni ekk..
wahhh teruskn semangat liz yeh. tysha suke dgn liz cerita. nnt da kua kete jgn lupe gtaw. :)
Post a Comment