Salam Ramadhan. Sabtu lepas tertunai juga hajat tekak ni nak berbuka makanan laut. Alhamdullilah rezeki jangan ditolak, betul tak? Tapi bulan puasa ni kalau nak ikutkan tekak pun janganlah sampai tahap membazir ye kawan-kawan. Ingat tu!
#OOTD
Sangat selesa pakai dress ni.
Makan banyak sat lagi perut buncit pun owang tak tahu.
Cantik kan.
Liz dari Shah Alam bergerak dalam pukul 8 malam. Liz berbuka dulu dekat bilik. Disebabkan boss yang #caring tu macam tak sihat jadi tak dapatlah nak bergerak awal ke sana. Tapi dia gantikan liz dengan menu di bawah ini:
Sebenarnya liz cuma nak berbuka dengan soya dan roti gardenia tapi dia belikan liz kek ni.
Ada 4 jenis kek iaitu : Red Velvet | Carrot Cake | Cheese Cake | Chocolate Cake
Sempat lagi mengutuk boss sendiri
"kalau tak minta ada je macam-macam kalau mintak mesti kata belilah sendiri".
Malam yang sangat penat. Liz keluar tanpa make up. Yes too tired dan masa ni muka dah rasa panas macam nak demam. Liz pakai dress labuh warna hitam dan sarung sahaja dengan cardigan. Tarik shawl leopard 1. Semua nya tidak bergosok. Well peeps, liz selalu akan standby pakaian yang tak perlu gosok bila emergency "Kemalasan" datang.
Jom tengok menu apa yang liz pilih.
2 Ekor Sotong Goreng Tepung (Mengikut Size)
RM 16.25
2 Ekor Ketam Goreng Pedas (Mengikut Size)
RM21.00
Ikan Bawal Masak 3 Rasa (Mengikut Size)
RM30.25
Next :
1. Sup Sayur RM4.5
2. Nasi Putih RM1.5x2
3. Air Buah RM3x2
Okey liz sangat suka air asam jawa dan sambal nya!!! Lagi-lagi bila makan dengan sotong goreng. Meleleh air liur ni teringat kan rasa malam tu.
Wet Tissue RM0.60
(Walaupun tak mintak)
Total makan boss bayar RM86.71 sebab ada Gov Ser Tax tau 6%. Haha ~~~
Belanja you all tengok liz makan yer. Hehe.
Sedap sangat hadap sotong goreng ni cicah dengan kuah asam jawa! Memang liz puas sangat makan. Walaupun boss macam kasi hint "Tak nak tunggu lauk lain sampai dulu." Urmm masa tu terus stop makan dan letak tepi.
2 Ekor ketam selamat masuk perut liz. Tiba-tiba boss sakit gigi. Haha gelak besar dalam hati!!
Buktinya. Boss awal-awal dah cuci tangan.
Jadi bagi mereka yang nak berbuka boleh datang sini bawa family memang sesuai sangat. Lagi-lagi orang area Klang. Senang sangat nak cari tempat ni. Liz suka suasana dekat sini. I wish to come back here again. InsyAllah.
Alamat:
Jalan Sultan Hishamuddin,
Kawasan 20, Bandar Suleiman,
42000, Port Klang, Selangor
Tel : 03-3176 6001
7 comments:
jom ke blog syira..banyak baju cantik2, produk kecantikan dan kesihatan serta giveaway menarik ^_^
lama dulu sekali pcl pernah ke sana...macam teringin nk pi bila Liz cerita.. wahhh untung ler makan boss belanje .. :)
Assalamualaikum liz, dulu akak pernah makan sini. tahun 2007 @ 2008 kalau tak silap. lama gila tak mai sini.. makanan sini memang sedap, lepak makan sambil tengok air. best sangat ~~~
rasanyer shark pernah singgah kt cni.
tapi x sure kedai mn satu.
mmg mnarik lokasi dia.
wah..bestnya liz!bila la dapat nak buka luar ni:)
p/s: ada liz..banyak corak..yg paling laku sekarang ni corak daisy & 3d...meh beli borong meh :)
wahh sedapnya menu berbuka Liz..nyum nyum
tu dia..makan sedap2 ye..
Post a Comment