Assalamualaikum.
Rindunya liz nak menaip dalam belog kesayangan liyliz yusof ni!! Bulan puasa ni aktiviti di-terhad-kan sedikit. Bulan 07 2014 ni banyak juga dugaan yang baru liz kena hadap, antaranya dugaan kereta asyik calar balar!!! Urrghh rasa tak lena tidur.
Langgar kereta orang. Hikhik langgar lari pulak tu.
Sorry abang kereta hitam, liz panic sangat masa tu. Lepas sondol kereta hang, ceq lari. Tapi sikit je tu tercium bontot kereta. Hihi hadiah hari raya. Tapi boleh tahan kuat juga rasanya sebab siren kereta abang tu NINO NINO NINO NINO bunyi.
Tulah antara cabaran terawal yang liz kena biasakan bila pakai kereta. Belum timbul masalah lain yang lebih kritikal.
Hari ni liz nak bagitahu semua orang yang baca belog liz bahawasanya liz dah pandai pam tayar sendiri!! Pam Tayar tau!! Hahaks. Seriosli lawak na!! Kali pertama liz minta abang Petronas pam. Okey senang sebab suruh orang yang buatkan. Kali kedua liz pergi dekat Shell. Ada Bangla tu tolong liz pam kan. Liz mintak dia pam kan 210 kpa. Tapi dia pam kan tayar liz 41 psi. Dan jahil nya liz waktu tu liz tak tahu beza unit kpa dan psi. Dan dengan yakinnya juga Bangla tu cakap "ini biasa punya ini automatik sudah set punyalah." Perghh Bangla tu berjaya buat liz percaya dengan kata-katanya.
ON CALL WITH AA
Me: "yey dah berjaya pam tayar, esok boleh dah gerak pi Raub untuk service kereta"
AA: "Isi berapa?"
Me: "isi 41 psi"
AA: "uittt nak meletup ke tayar tu tengah panas esok hari, esok nak jalan jauh, kenapa ambil mudah je benda-benda macam ni. Tayar tu antara element paling penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang" "Itu kalau unit kpa dah jadi 280 macam tu dekat 300 tu."
Me: " Semua salah Bangla tulah"
AA: "Cubalah belajar sendiri. Tengok dan ambil tahu." "Esok pagi before gerak ke Raub, singgah Petronas dan keluarkan semula angin dalam kereta tu."
Me: "Cara nak keluarkan tu macam mana?"
AA: "Set semula 210 kpa dan cucuk je terus dekat tayar, angin yang lebih tu akan di keluarkan nanti."
Subuhnya sesudah sahur. Siap-siap nak pi Raub. Bawa slow je, terasa takut pula lepas kena ceramah perdana dengan AA semalam. Tanpa bantuan sesiapa liz set sendiri dekat pam angin tu berapa kpa yang liz nak. Yang ni bukan susah pun sebab main tambah tolak je. Hihiks itu pun selepas di ajar oleh AA. Kalau sebelum ni nak tekan + dan - pun takut.
Done set 210kpa, liz cucuk dekat tayar. Automatik jarum tu naik lebih dari yang di set sebab angin dalam tayar liz sebenarnya dah terlebih. Jadi ini antara sesi membuang angin tayar. Subuh-subuh dah kena buat kerja ni pulak. Kalau you all perasan dekat situ ada simbol + - kan. Tekan tambah atau tolak untuk tentukan nilai angin yang korang nak.
Hai my baby. Wake up!
#ootd
Semua tak payah iron :
1. Shawl strawberry
2. T-shirt
3. Jaket (Mr. coding kasi) bhaa bhaha
4. Jeans
4. Palm shoes
Taniah kepada liz!
Sudah Graduated Pam Tayar Sendiri.
4 comments:
beribu ribu tahniah
Hehehe tahniah... hamboi langgar lari, sebaik orang tu tak kejar dengan steering lock... XD
wahhh..bagusnyaa..kalau akk terkial-kial kot
SIAP GRADUAT LG TU... HAHA
Post a Comment