Friday, October 31, 2014

Mana Lokasi Makan Kali Ini


| Tempat Makan Menarik di Kuala Lipis | Assalamualaikum. Selalu buat review tempat makan luar dari Kuala Lipis.  Ini kali pertama nak cerita tempat makan di Kuala Lipis pula.  Tak ingat dah bila pergi makan dekat sini.  Saja bawa mak abah makan luar sebab mak suruh liz masak. Tapi liz rasa macam rajin masak dekat luar hehe. #malascakapje

Sebelum ni pernah pergi makan dekat sini dengan maksu dan pakcu.  Pada pendapat liz, tempat ni memang sesuai kalau nak bawa family datang makan lepak-lepak.  Liz sampai sini dalam pukul 8.15 pm macam tu lepas magrib. Memang penuh sangat orang dekat kedai ni.  Mencari-cari juga lah tempat duduk yang sesuai nak melepak.

Kedai makan ni tak silap liz Abang Din Tempoyang. Sorry lah ye, kite ni rabun malam. Tak nampak nak baca sign board yang bercahaya dekat pintu masuk tu.  Tapi kalau korang lalu tempoyang mesti tahu punya.  Sebab dekat dengan Maktab Perguruan. Bagi yang belum pergi, boleh lah usha-usha ye sebab senang sangat lokasinya nak cari. Landmark nya Maktab Perguruan. Jadi bila nak lalu laluan tu mesti akan lalu kedai ni dulu lagipun tepi jalan sahaja. Memang mudahlah nak nampak.


Jom guna monopod! Malu-malu nak guna at first tapi dek kerana asyik dapat angel yang tak bagus je. Bawa keluar juga la monopod dari dalam bag. Hehe.  Sementara tunggu menu tu sempat juga lah take 1 take 2 3 4 dengan monopod. 

Talapia Masak 3 Rasa. Wajib order kalau korang datang sini.

Kailan Ikan Masin

Kerabu Perut. 
Mak suka sangat makan sebab lembut katanya.

 Sup Sayur Campur.
Mula-mula masa tengok macam kosong je. Bila cedok banyak je lauk dalam ni.

Next time tak nak dah order Sotong Goreng. Hehe sebab sikit sangat. 







4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

nasib dah makan kalau tak mesti lapar...

Liyliz said...

Tgk mknn mg seksa hihi

Unknown said...

Rase lame plak tak makan cmni...

Admin said...

Mesti ramai awek maktab lepak makan sini ni ... ok. BOOKMARK. Mana tahu gi Kuala Lipis.... err Lempoyang tu bukan sejenis makanan ke?