Acne Masque Dr. Ko Skin Care [ Dermax Clinicare ] | Assalamualaikum ~ ~ ~ Sepatutnya aku post entry ni tengahari tadi seperti yang di janjikan dekat Instagram aku tapi-nya sebab aku busy buat kerja felt craft aku post waktu malam. Maaf yeah ~~ Jadi bagi sesiapa yang nak latest punya perkembangan boleh follow insta aku di @liyliz dekat sana aku lebih aktif.
Aku rasa makin ramai yang dah familiar dengan Ko Skin Care. Lagi-lagi sekarang ni Ko Skin Care dah mengembangkan lagi business mereka ni sehingga ke Indonesia. Jadi buat cewek-cewek di Indonesia boleh menerima rawatan juga yeah. Mohon maaf haha cubaan bercakap indon gagal. Bukan dekat Indonesia je, dekat China pun ada dah tau. Itu yang setakat aku tahu lah sebab ternampak dekat Instagram @koskinspecialist
Packaging dia warna milky cokolat sikit dan di-datangi dengan 60ml. Aku beli ni masa bulan November 14 sebab-nya di dalam bulan November lah korang akan dapat membeli dengan harga sales tahap the max!!! Jujur-nya aku tak tahu pun pasal masker ni. Aku tahu pun melalui kawan alam maya yang pada asal-nya dia ialah pembaca blog aku mengenai entry Dr.Ko produk ni. Kemudian dia pun sekarang ni dah guna juga produk Dr. Ko walaupun dia dekat Johor dan aku dekat Pahang tapi kami agak rapat bab-bab berkongsi masalah ACNE! Argh please jangan stress. Itulah yang aku selalu beritahu dia. Dan dia lah yang ceritakan dekat aku ada sales untuk masker ni. Beli 1 percuma 1. Kiranya harga dia ialah RM148 untuk 1 kalau tiada sales. Tapi sebab-kan beli 1 percuma 1 why not kami share. Jadi bila bahagi 2 tadaaaa seorang cuma perlu keluarkan RM74 dan sekali dengan postage aku suruh dia pos-kan, thank you sayang ku ila. *Terpengaruh dengan kau(ila) lah ni dah aku beli benda mahal ni. Haha ~~~
Mohon zoom sendiri lah kalau nak mengkaji ye. Okay perasan tak di pipi tu ada tertimbul sebiji jerawat. Yes hasil experiment untuk minggu ni bila aku makan kacang masin. Sebenarmya kalau boleh elak-kan makan benda yang masin-masin ni. Terliur sangat-sangat kacang masin sebab tu selamba je makan. Dan aku pernah refer dengan Dr. Ko pasal makanan ni, betul ke makanan boleh bagi kesan pada jerawat. Dr. Ko kata sebenarnya makanan ni tak memberi kesan yang besar pun melainkan diri kita tu ada alahan pada sesuatu makanan jadi perlulah di-elakkan. Pasal kacang pula sebenarnya bergantunglah jenis masakan-nya ataupun gabungan kekacang. Contohnya kalau aku makan kuah kacang satay tu tak da pun kesan apa-apa. Kalau tak makan kekacang pun dulu jerawat tetap juga naik sebab-nya hormon dan tekanan jiwa raga. #STRESS
Paling best sekali minggu lepas jumpa bos tau. Masuk je dalam kereta dia terus cakap " Eeh kulit dah banyak recover lah dear " Okay bukan senang dapat pujian dari bos tau. Jadi tahun 2015 ni work more lagi untuk dapatkan healthy skin. Besides jaga juga kesihatan diri. Dan jangan lupa tau korang untuk sesi detox amalkan minum lemon tea. Dan aku juga akan makan yogurt dan buah sekurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Bukan niat untuk diet pun sebab sebenarnya niat aku lebih kepada nak cuci usus. Tapi itulah kerajinan tu perlu lebih lah sikit ye.
Sekian terima kasih. Macam biasa kalau korang ada apa-apa nak kongsi-kan pengalaman atau masalah yang sama boleh likes dan pm dekat Facebook page dan follow Instagram ye.
Packaging dia warna milky cokolat sikit dan di-datangi dengan 60ml. Aku beli ni masa bulan November 14 sebab-nya di dalam bulan November lah korang akan dapat membeli dengan harga sales tahap the max!!! Jujur-nya aku tak tahu pun pasal masker ni. Aku tahu pun melalui kawan alam maya yang pada asal-nya dia ialah pembaca blog aku mengenai entry Dr.Ko produk ni. Kemudian dia pun sekarang ni dah guna juga produk Dr. Ko walaupun dia dekat Johor dan aku dekat Pahang tapi kami agak rapat bab-bab berkongsi masalah ACNE! Argh please jangan stress. Itulah yang aku selalu beritahu dia. Dan dia lah yang ceritakan dekat aku ada sales untuk masker ni. Beli 1 percuma 1. Kiranya harga dia ialah RM148 untuk 1 kalau tiada sales. Tapi sebab-kan beli 1 percuma 1 why not kami share. Jadi bila bahagi 2 tadaaaa seorang cuma perlu keluarkan RM74 dan sekali dengan postage aku suruh dia pos-kan, thank you sayang ku ila. *Terpengaruh dengan kau(ila) lah ni dah aku beli benda mahal ni. Haha ~~~
Macam aku cuma pakai dekat bahagian yang bermasalah sebab benda ni sikit je. Memang lah cepat habis kalau pakai seluruh muka. Aku rasa benda ni kalau korang nak beli pun boleh tapi kalau tak beli pun takpe. Sebab pada aku kesan-nya ialah cuma untuk kurangkan minyak muka. Manakala untuk segi menghilangkan jerawat tu aku tak rasa lah ianya sangat berkesan setakat ni ke atas aku. Untuk korang aku tak tahulah. Contohnya macam aku ada jerawat sebiji tau kat pipi sekarang ni, bila aku pakai jerawat makin menimbul, maksudnya cepat menjadi masak dan dia keluar ke bahagian permukaan dan boleh lah buang. Mudahlah kalau bagi sesiapa yang suka nak picit tu. Tapi ada setengah mask bila aku pakai dia jadi kecut. Tak pastilah sama-ada masuk tersimpan balik dalam kulit ke tak. Bila tengok bahagian permukaan elok. Jadi kadang-kadang tu aku ber-experiment sendiri dengan produk yang aku beli dan cuba. Tapi apa yang pasti memang wajib untuk korang selalu amalkan pakai masker supaya kurangkan penaikkan jerawat.
Paling best sekali minggu lepas jumpa bos tau. Masuk je dalam kereta dia terus cakap " Eeh kulit dah banyak recover lah dear " Okay bukan senang dapat pujian dari bos tau. Jadi tahun 2015 ni work more lagi untuk dapatkan healthy skin. Besides jaga juga kesihatan diri. Dan jangan lupa tau korang untuk sesi detox amalkan minum lemon tea. Dan aku juga akan makan yogurt dan buah sekurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Bukan niat untuk diet pun sebab sebenarnya niat aku lebih kepada nak cuci usus. Tapi itulah kerajinan tu perlu lebih lah sikit ye.
Sekian terima kasih. Macam biasa kalau korang ada apa-apa nak kongsi-kan pengalaman atau masalah yang sama boleh likes dan pm dekat Facebook page dan follow Instagram ye.
1 comment:
Bilalah dapat try produk dri dr.Ko ni.. one day insyaAllah
Post a Comment