Sejuk nya, rasa tak mahu mandi boleh tak? Hujan sangat lah
lebat petang ni, guruh pun berdetum dentam.
Sepi nya rasa, sunyi nya rasa.
Memang dah biasa rasa sunyi sendirian menjadi anak tunggal. Bila di Jengka seronok nya hai, ada kawan-kawan
boleh bawa bertumbuk bertampar. Bergosip
gossip hal itu ini.
Bila study week macam ni memang terasa sangat kita semua
sibuk dengan buku. Cara masing-masing
dalam berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik, ada ketika nya semua ini
menyebabkan kita renggang.
Rindu sangat-sangat moment-moment rutin harian kita sebagai
pelajar. Mungkin kah untuk apa yang
sedang berlaku ini adalah untuk kita semua bersedia menjadi lebih berdikari.
Semua benda liz terasa kena buat sendirian. Kawan kelas lain, kawan sebilik lain. Tahu tak korang liz rindu sangat pada nana,
ana, nurul, shina. Kita makin renggang.
Perasan tak?
Selepas last paper nanti mungkin kah kita terus hilang tanpa
berita dan lupa semuanya. Kenapa liz
sensetif sangat ni. Yela liz seorang je
dari kelas lain duduk dalam bilik ni, tak sama dengan persahabatan korang yang
dah 5 semestar.
Bila ana nak tinggal kan bilik, mengalir air mata. Liz okey, serius liz okey. Sedih sangat.
Terasa macam kehilangan kakak-kakak.
Liz nak luah secara direct liz tak reti.
Liz rindu sangat nurul, rindu nak ejek-ejek nurul. Bila nana ada, mesti nurul jadi bahan
kami. Rindu nak panggil nurul LEM.
Bila nurul jarang tegur liz sejak akhir ni, liz pun tak
berani nak tegur nurul, tak berani nak manja-manja dengan nurul. Nana tada.
Dia mesti tak lekat dekat Jengka lagi-lagi study week. Ana yang selalu jadi pendengar yang baik
untuk semua orang.
Liz harap minggu-minggu terakhir kita untuk last sem boleh
luang masa sama-sama lama. Tapi korang
semua pilih untuk balik. Liz tak boleh
balik. Liz kena siapkan lesen motor liz,
baru lesen kereta boleh keluar sekali.
Liz doakan kita tetap rapat walaupun liz terasa kita makin
renggang kini. Kering dah air mata
aishh. Sepi sangat tau dalam bilik ni. Cer
korang duduk sorang-sorang macam liz ni.
Liz kuat lah. Insyallah.
Aihh sifat manja ku ni, pergi lah jauh-jauh.