Monday, April 30, 2012

Nikmat Keindahan Ciptaan Allah



Perhatikanlah ciptaan Allah yang bernama manusia : indah bentuknya, bermacam-macam suku bangsanya, dan beraneka ragam bahasa dan loghatnya kan?  Allah benar-benar telah menciptakan makhluk-Nya ini dengan indah dan menyusunnya dengan bentuk yang sangat mempersonakan.  “Allah telah menciptamu dengan bentuk yang paling bagus.” (At Taghabun:3)

Lihatlah langit, gemerlap bintang-bintangnya, keindahan sinar mataharinya, kedahsyatan tata suryia nya, keteduhan cahaya rembulannya, keelokan angkasa dengan kecantikkan pelanginya.
Lihatlah bumi yang telah dihampakan Allah dengan sedemikian luasnya ini, ditumbuhkan darinya berbagai macam-macam tumbuhan darinya dan diperkuat dengan gunung-gunungnya.

Tajuk ni liz dapat dari sumber yang liz baca, liz tak copy paste tapi liz copy type. Liz cuma nak berkongsi apa yang liz baca semasa musim cuti ni.  Memang liz ralit sangat dengan buku-buku sejak akhir-akhir ni.   buku ni seronok sangat .. so boleh try cari ok .. terutama buat wanita lah yerkk 

PANCAKE





Yummy yummy .. liz dah pandai buat pancake .. Sedap dan lembut sangat, lagi best makan panas-panas dengan honey .. tak pun kalau korang nak makan dengan maple syrup pun ok ataupun makan dengan aiskrim kalau pada waktu petang ..

Liz bagi resepi kat sini ok so siapa-siapa nak try sila lah :
  • 115g Tepung Gandum
  • 1/2 sudu kecil Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil Krim tartar
  • 25g  Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara
  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah
  2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti
  3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati.
  4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
  5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
Ni gambar pancake liz yang dah siap.  Hihi sekarang ni waktu cuti sem dah jadi blogger masakan pula.  Tapi liz nak pesan jangan terlajak letak soda bikarbonat tu nanti pahit.  Macam liz punya ni liz terlebih sikit tapi ibu dan ayah kata sedap lagi masih boleh di makan. 
Selamat mencuba ye siapa-siapa yang teringin nak makan pancake tu.


Mohonlah Perlindungan Kepada Allah dari Kegelisahan dan Kesedihan



Tidak percaya bila orang yang berakal bisa kehilangan keceriaan, atau orang yang beriman menjadi putus asa dan kehilangan harapan? Terkadang seseorang itu dikalahkan oleh hal-hal yang menekannya sehingga kehilangan ketenangan.  Dalam keadaan macam ni sepatutnya seseorang itu berpegang teguh pada Allah agar Allah menolongnya dan mengeluarkannya dari kesusahan atau kesulitan.  Sesungguhnya kepasrahan seseorang terhadap gelombang kesedihan merupakan awal dari gagalnya sebuah keingingan dan menjadikan setiap langkah atau karya penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Sumber Dr.’ Aidh al-Qarni


Thursday, April 19, 2012

Gulai Lemak Cili Api & Sayur Ladna

Hi korang .. Semalam kan liz pergi pasar so liz beli ayam dengan sayur kan.  Jadi semalam mula lah episod liz memasak dengan serius nya.  Maksudnya memang hasil air tangan liz tanpa bantuan ibu atau ayah.  Ibu dan ayah pandai masak sebab tu liz ni jadi manja tak mau masak, sebab kalau mak tak da dekat rumah pun ayah kan ada.

Waow seronok nya hidup anak dara 20 tahun ni.  Tapi sejak akhir ni ada someone yang selalu galakkan untuk liz memasak.  Dia ingat liz ni teruk sangat ke tak reti masak, ala nak kene ada skill la apa.  Emm liz memang dilahirkan masak sedap lah.

Ayah dan ma kata liz masak sedap ok.  Seriously liz tak tipu. :-D

 ok kan warna dia pun .. guna kunyit dan serai semua dekat depan rumah je


ni sayur ladna .. yummy .. ayah suka sangat makan

Wednesday, April 18, 2012

salam semua followers

Hai giler lama liz tak update dekat blog lilizazaliza ni kan. Banyak sebenarnya post tapi liz tak rasa sesuai nak share dekat sini.  Hari ni terasa i have to say something :) .. hihi smile gatal.


Pagi ni liz terasa nak pergi pasar, dah kenapa berbulan tak pergi pasar kut sejak belajar ni, cuti pun liz still setia dengan buku.  Tiba-tiba muncul lah satu kesedaran yang owh liz dah 20 tahun.  Mungkin dah tiba "Girl turn to Woman" eerk tapi boleh ke ni. 


RAsa pelik sangat bila masuk pasar tadi, niat semalam nak pergi apply kerja tapi alih-alih tukar fikiran tak nak kerja lah.  Selalu nya setiap sem rajin sangat nak kerja, tapi sekarang ni rasa liat, maybe nanti masuk pun dah sem akhir.  After belajar mesti apply kerja sementara nak masuk deg.  Jadi ni masa sesuai bersenang lenang dekat bilik yang dah macam perpustakaan. 


Minggu lepas baca buku The Missing Movie, agak menarik dan tak da lah seram sangat.  Lepas tu minggu ni hampir beberapa muka surat lagi nak khatam cerita Pricess in Love.  Cerita ni memang syok.  Lebih kurang macam cerita Pricess Mia ala yang ala-ala Pricess Diary tu.


Part paling kelakar ada 1 entry dalam muka surat tu about Frech Kiss.  Wah kemain lah ada sebab dan munasabab.  Aish malas cerita lebih lah, nak tahu baca sendiri buku tu. 

Thursday, April 5, 2012

Bercuti Sahaja

 Bosan memang sangat bosan ..  Ok tak pe semua orang sibuk dengan kerja masing-masing .. Tak layan liz pun .. Fine liz nak merajuk .. Cuti sem yang lama ni liz tak kerja sebab kesusahan melanda nanti dikemudian hari .. Sebab nya nak bercuti punya pasal bulan depan liz terpaksa tolak offer kerja dekat pasaraya semalam .. :)

Tuesday, April 3, 2012

Status FB


Hari tu liz ada buat status dekat Facebook liz iaitu : Antara memasak dan mengemas rumah yang mana 1 lagi utama?  Ada yang kata dua-dua utama dan ada yang kata salah 1 daripadanya.  Tapi ramai yang kata mengemas rumah lagi utama, kalau rumah kotor nak memasak pun tak selesa kan.

Tapi liz tak reti lah mengemas rumah.  Seriously tak reti.  Masa nak balik rumah cuti sem baru ni pun, kawan liz dah siap mengemas dalam pukul 10 pm tapi liz tak siap-siap lagi.  Diorang bukan nak tolong liz pun, diorang gelak je dekat liz.  Liz mengemas sekejap lepas tu liz rehat.  Lepas tu kemas lagi, lepas tu rehat lagi.  Diorang tak habis-habis gelak. Dan masa ni lah Cik Aqmaliah tu tibai liz cukup-cukup.  Kemain seronok lak cerita dia kutuk liz, katanya “lain kali belajar mengemas dulu ni tahu je masak tapi kemas beg pun tak reti.

Tapi untung juga Aqmaliah ni sebilik dengan liz, liz bebel dekat dia untuk bangun pagi mandi awal.  Dan dia pula bebel dekat liz kemas bilik tapi dekat bilik liz rasa dia yang tolong menyapu, liz rasa liz tak pernah pegang penyapu kat bilik tu kalau habuk bukan sampai sekilo. 

Tapi what the best is I love to cook.  Cakap pasal makanan Aqma mesti kalah.  Ada ke patut dia kata goreng telur pun kadang-kadang tu hangus. Issh-ishh kan kesian lah kat Yen.  Tak pe lah yen pandai masak kut. Tut .. tut .. yo lah kan.

Kita tak perlu cari pasangan yang sempurna, cukup lah kalau dia ada kelebihan yang kita tak ada dan sebaliknya.  Saling melengkapi antara sama lain. Kan?  Kak nor selalu pesan pada liz sayangi lah diri kita sebelum menyayangi diri orang lain kerana orang yang akan menyangi kita kadang-kala akan menyakiti kita lebih dari menyayangi kita suatu hari nanti.  Menanti itu bukan satu penyeksaan tetapi tempoh kesabaran kita diuji.  Good thing takes time mungkin ada yang kata good thing comes when it want to come sebab tu bad thing pun akan datang bila dia nak datang kan?  Jadi liz nak tunggu lah siapa yang boleh melengkapi kekurangan yang liz ada ni.

“Menanti seseorang yang benar-benar mencintai Allah, InsyaAllah.  Allah akan titipkan kasih sayang lelaki itu pada liz.  Jum tunggu lelaki tu.”  P/s from kak nor .. liz percaya pada jodoh dan ketentuannya.  Semakin kita yakin Insyallah sebaik-baik ketentuan untuk kita Allah akan tentukan kerana kita percaya pada kuasanya. 


Jadi untuk yen dan Aqma walaupun korang dulu 1 kampus tapi korang jarang juga keluar kan.  Dan bila korang nak keluar pasti akan ada rintangan kan?  Misalnya hujan, salah sorang antara kamu sakit lah dan macam-macam lagi kan.  Liz percaya itu adalah ujian yang Allah turunkan untuk kamu.  Lagipun ada sebab kenapa hujan kerana Allah sayangkan kamu berdua.  Faham kan.  Bercinta kerana Allah Insyallah hubungan kamu dilindungi.  Liz pun doakan yang terbaik untuk korang.  Selepas ini kamu berdua akan berjauhan dan kunci nya adalah kejujuran dan kesetiaan.  Waktu ini hubungan kamu berdua akan diuji dengan lebih hebat lagi.  Perkara yang baik tak datang dengan mudah, jadi jangan sia-sia kan nya ye. 


Last weekend


Last weekend, I went to my grandfather’s house in Kuantan.  They live in a small fishing village near the sea.

I was very interested observing the daily routine of the fishermen in the village.  One day, I woke up early in the morning and went to the beach.  A soft breeze was blowing and the coconut trees swayed gently.  It makes me enjoy the beautiful view.

I saw many fishermen getting into their boats.  They were preparing to go out to the sea.  They were also carrying a big fishing net along with them.  As the fishermen were rowing their boats, they dropped their net into the sea.  They waited patiently for the fish.

Soon as dark approached, I saw the fishermen returning to the beach.  They were pulling the net while rowing back to the beach.  When they reached the beach, all the men on the beach help to pull in the net.

I saw a lot of fish in the net.  There was a variety of fish too. The fishermen were busy putting the fish into baskets as they sorted the fish according to their sizes.

Finally I saw the baskets putting on to a lorry which arrived at the beach. One of the fishermen told me that the fish will be taken to the market.  This is very enjoyable weekend . . . .