Saturday, November 29, 2014

Lagu Sofaz Feat Asfan & R.J #PERISTIWA


Mula-mula dengar dekat radio lagu ni. Terus liz pun suka dan terus lah mencari dekat Youtube. Hari-hari dengar sekarang ni. Sofaz ni kalau sekali keluar lagu mesti hits punya lah.  



Strawberry Chocolate | Cameron Highlands |


Selesai sudah percutian seharian di Cameron Highlands!  Seronok sangat tu tidaklah cuma tenang sangat tu ada.  Sebab bila naik dekat Cameron Highlands ni duduk dalam kereta pun dalam speed yang sederhana je. Banyak bengkang-benkong, ambil selekoh pun sweet je gituh. 

 

Tempat sesejuk macam ni sesuai juga buat orang yang nak honey-moon pastu makanlah Strawberry cicah chocolate then boleh lah feefeling macam Dato Siti with Dato K hah!  Tetiba teringin pula nak makan lagi.  Kalau dekat Cameron tu pandang sepi je dah dekat Strawberry Chocolate tapi bila dekat bawah ni mulahlah gelabah nak terliur sana sini.  Jadi eloklah sangat-sangat beli bawa balik. Boleh sedekah pada kawan-kawan dan jiran tertangga.

 

Strawberry ni bila sampai dekat rumah kita bukan boleh tahan lama sangat. Liz tak letak dalam peti ais, liz buka kotaknya dan letak je atas meja.  Esoknya terus basuh - yang mana nak buah makan yang mana asing nak buat air.  Mood tengah rajin kena terus laksanakan. 

 







Liz belah dua sebab 1 nya kedua belah akan dapat chocolate. Keduanya dapat kasi banyak sikit orang rasa. Kalau dah sebiji sorang hehehe separuhnya lagi tak dapat. Jadi memandangkan terlalu ramai sangat knak kasi kat orang. Beginilah caranya. Sekurangnya kalau korang nak beli RM20 5 kotak yang bungkusannya saiz macam ni tau. Jangan mudah tertipu kalau depa kata RM20 3 kotak je. or 4 kotak. Atleast 5 kotak wokeh.  Dekat pasar malam banyak. Kalau pick your own tu huhu memang mahal lah.




Thursday, November 27, 2014

Strawberry Yogurt Juice


| Strawberry Yogurt Juice |  Minggu ni liz pilih strawberry sebagai jus pilihan.  Alah sebenarnya sebab kebetulan balik daripada cameron highlands. Borong banyak sangat strawberry.  Mula-mula masa nak beli cina tu kata 3 bungkus RM20 lepastu dia buat-buatlah nak kasi diskaun 1 kotak lagi. 4 kotak RM20 tapi sebenarnya masa liz nak balik tu, liz ada lalu lagi dekat bahagian yang lain promote 5 kotak RM20.  Uishh lagilah murah kan?  Liz pun terbeli lah lagi.  Bila dah banyak macam tu, nak makan semuanya memang tak mampu dah.  Jom kita buat jus.

Bahan-bahannya :
1. Strawberry
2. Yogurt
3. Susu cair
4. Gula


Cara-caranya :
Potong lah ikut suka banyak mana sekalipun strawberry tu.  Lepas tu kita blend sekali dengan yogurt/gula/susu cair. Letak air sikit ye.  Tak perlu banyak sebab strawberry tu sendiri dah berair plus ada susu cair lagi.  Yogurt tu ikut suka nak letak banyak mana.  Liz letak 4 sudu besar. Bolehlah letak ais memang sedap sangat okay rasa manis-manis masam strawberry tu.


Yummiee!!

Wednesday, November 26, 2014

A day at Lavender Farm Cameron Highlands



| Lavender Farm Cameron Higlands | Seronoknya plus teruja sangat-sangat masa datang sini sebab banyak sangat benda-benda yang comel.  Orang yang pertama kali jejak kaki dekat sini memang jakun plus hairan tahap maksima punya lah.  Cuba kali kedua confirm belagak buat muka tak heran, Haha!  Cuaca waktu ni tak menentu, kadang-kadang hujan renyai lepas tu reda sekejap, lepas tu hujan semula.  Tapi alhamdullilah semuanya baik-baik saja. Melainkan ada 1 kemalangan kecil berlaku masa  nak balik. Nanti liz cerita wokey sebab sekarang nak cerita pasal Lavender Farm ni.
Nak masuk Lavender Farm ni kena bayar RM5 wokay. Bukan free of charge, haruslah bayar bila nak masuk sebab penat mereka-meraka ni nak gubah suai semua dan menjaga bunga-bungaan dalam ni tau.  Bila dah bayar tiket "sila lah masuk" tak-kan nak berjemput pulak.  Langkah pertama je ke dalam Lavender Farm ni mesti nampak gerai Ais-Krim.  Jadi sambil nak jalan-jalan tu boleh la makan Ais-Krim-nya.  Tapi bila dekat Cameron Highlands ni faham-faham la, Ais-Krim yang corn biasa kita boleh dapat dengan harga RM2 sini RM4 lah wokey.  Sebenarnya liz teringin sangat nak rasa Lavender Ais-Krim. Rugilah you alls kalau datang sini tak cuba Lavender Ais-Krim.  Liz tak reti nak cerita pasal rasa tapi liz cuba okay. Please bayangkan tapi jangan sampai ternganga mulut tu.  Rasa dia berangin macam rasa mint. Ada rasa milky sikit dan yang paling pasti mestilah ada rasa lavender.  Macam mana korang bau Lavender tu macam tu lah rasanya.  Sedap! Liz suka sebab habis liz makan. Kalau tak habis maksudnya tak sedaplah pada liz.  Owh tertanya-tanya ke siapa budak sebelah ni?  Okay ini bakal anak tiri liz. Nama dia Sofee.  Keluar dengan duda anak satu mestilah kena bawa anak sekali. Hahahaha ______________________ Mohon jangan percaya, ni anak visitor dari Australia.  Hahahaha tak kenal pun.  Kenal time berebut nak beli Ais-Krim je. Dan liz tak keluar dengan duda ye. Hahahaha.

Sangatlah hijau pemandangan dari atas ni. Sebelah sana tu ada gerai kecil-kecil, ada banyak makanan.  Tapi macam liz yang dah 2 3 kali ke Cameron Highland liz prefer beli dekat tempat lain sebab lagi murah.  Cuma Ais-Krim Lavender je tak pernah rasa jadi wajib lah dibelanja oleh orang yang bertanggungjawab bawa liz ke sini.

Waktu ni la fefeling macam dalam drama Nora Elina kut ye pun nak acting kan.  Penat memilih bunga kekwa, semua cantik.  Sekuntum RM2 tau.  Bagi yang berminat boleh petik sendiri kat sini.  Korang cuba teka berapa kuntum liz beli? _______________________ Sebenarnya tak beli pun sebab tak minat pun kekwa hehe sesaja buat-buat memilih je tuh.

Haruslah masuk ke kedai Lavender ni.  Dalam ni semuanya berkenaan Lavender kalau nak cari Strawberry dalam ni harap maaf lak ye. Idok ada ler.  Banyak sangat jenis-jenis perfumes Lavender dalam ni. Dalam-dalam diam memilih ni ada juga photographer kat belakang ni snap curi-curi rupanya.  Tiba-tiba liz macam berkenan dengan Lavender packet ni.  Bau punya bau risau juga sebab pure sangat Lavender kadang-kadang boleh memeningkan juga hidung ni. #hidungpunpening hahaha

Satu untuk liz dan satu untuk dia.  Okaylah sekurangnya beli la something kalau dah alang-alang datang ke Lavender Farm ni.  Kami letak dalam kereta masing-masing.  Yes memang dia suka sangat bau ni.  Liz pun suka juga.  Harga fragrance sachet ni RM8 each.  Boleh lah beli sebab tak murah tapi tak mahal sangat. Hehe.

Kalau korang penat macam aku ni hah, bolehlah duduk ye. Sepanjang jalan ada bangku purple ni. Walaupun tak penat sangat tapi kalau dah korang mengada-ngada nak rasa duduk atas bangku ni pun boleh. #macamaku

Bye-bye. Jomlah ke pasar malam dan cari makanan pula.

Tuesday, November 25, 2014

Flora Mask Yang Termurah



AihGooo dah 4 hari tak hupdate belog. Okay buka laptop cepat-cepat sebelum mengantuk mata ni dan bantal empuk memanggil.  Sambung link dengan TITLE liz hari ni FLORA MASK MURAH!  Yes sangat murah yang liz jumpa setakat ni.  Dah teringin-nya dah lama, nak beli-nya pun dah lama.  Tapi tunggu harga tak turun-turun pun. Selalu nampak harga-nya RM39.90!  Mahal!!! Hahaha liz memang berkira juga bab-bab ni. Nanti campur postage RM6 total dah RM45.90 uish mahal tu. Flora Mask je pun -- JEPUN tapi dalam hati memberontak nak sangat-sangat.

Beberapa hari lepas liz buat misi pencarian Flora Mask Murah IG shop ke IG shop yang lain. Dan liz jumpa RM39.90 termasuk postage.  Ish rasa macam mahal je lagi. Jadi teruskan lagi pencarian kemudian jumpa lagi dengan harga RM35 tidak termasuk postage. Aik lebih kurang je termasuk tadi RM39.90 kan.  Takpe-takpe sabar lagi mencari. FINALLY!!!!! Yes horay-horay jumpa RM36 termasuk postage wokey you alls.  *tapi kalau ada yang nampak siapa jual lagi murah kasitau liz tau

RM36 termasuk postage okay! 

Aigoo banyak-nya!!!

Sebenarnya dan alkisahnya penggunaan yang pertama liz dah gagal tahap maksima!  Letak sana sini la tampal kat muka, bila tarik cisss yang ada cuma macam 3 4 gitu je. Sikit sangat.  Tak puas hati lagi ni.  Orang ramai sangat dah cakap bagusla berkesanlah. Ke dorang tipu?  #mulabersangkaburuk Tapi tak putus asa lagi ni.  Cuba lagi jom!!! Liz letak air kat hidung kasi basah-basah. Lepas tu letak Flora Mask ni banyak sikit kat hidung.  Lepas tu? Lepas tu jomlah tengok TV, tak kan nak tunggu depan cermin sampai kering pula.  *jenaka ku di hari selasa. Tolonglah gelak.  Ada orang kata wap kan muka, lagi bagus kesan dan hasilnya. Aku buat wap? Memang tiada lah kerajinan nak tadah muka dikala kesibukkan melanda gini. 


Nak beli juga boleh lah Whatapss Flora Mask ni,sorry na liz tak tahu nama dia apa. Tak tertanya pula
: 011-16997508

Thursday, November 20, 2014

Pelembab Bibir Yang Liz Suka





Demi menjawab soalan reader yang bertanya "apa alat make up liz pakai?"
Okay liz tak berapa bermake-up sangat sebab nak recover skin.  #acneproneskin Jadi antara yang nya ialah pelembab bibir wajib lah pakai, tak nak lah nampak pucat sangat kan.  Ada banyak jenis warna electro pop ni.  Bila pakai memang akan lembab sepanjang hari. Tapi kalau dah minum air tu memang akan hilang juga lah.  Antara pelembab yang liz suka sebab warna dia pinky moist je tau. Boleh lah korang cuba juga ye. 

Wednesday, November 19, 2014

People Love To Know My Acne Journey


| People Love To Know My Acne Journey [ Ko Skin Care Specialist ] | Boleh dikatakan setiap hari liz akan dapat soalan-soalan mengenai kulit muka liz dan produk apa liz ambil.  Bermula dengan belog liyliz yusof --> PM FB ---> IG ---> whatapps.   Dan yang best nya dalam masa yang sama liz dapat kawan baru. Kawan baru yang ada masalah yang sama iaitu JERAWAT.  First of all liz nak bagitahu semua yang entry mengenai Ko's Product bukan tajaan okay.  Sedirian berhad tajaan sendiri.  Memang ikhlas liz kongsi untuk mereka-mereka yang ada masalah jerawat.  Tak kisahlah jerawat kecil ke besar ke yang pasti semua nak kulit mulus cantik kan.  


Dalam masa yang sama juga dari penulisan ni, liz dapat bantu mereka-mereka kat luar sana atasi masalah mereka.  Yes bila korang google korang akan jumpa macam-macam produk baru yang cakap produk A B C D ni elok untuk hilang jerawat.  Dekat Facebook apatah lagi, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Ada saja testimoni yang buat kita tergoda nak cuba.  Tup-tup nanti makin banyak pula tumbuh.  I experienced it once.  Dan liz bukan nak cakap product mereka tu tak bagus CUMA risau kalau-kalau tak sesuai dengan jenis kulit muka korang tu.  Sebenarnya pada pengalaman liz sendiri, liz sarankan korang jumpa Dr. Tak kisahlah Dr. mana sekalipun.  Dr. pakar kulit ramai sangat dalam Malaysia ni.  Tak payah tunggu Dr. kulit pun takpa, ada staff dekat tempat liz tersalah pakai product untuk memutihkan kulit, last-last jerawat naik banyak dekat dahi dan pipi.  Tapi mujur adik ni baru kena, liz terus minta dia jumpa Dr.  sekarang dah baik.  Macam liz pula masa mula-mula kena dulu, liz biarkan je.  Liz ingat lama-lama nanti hilang, rupanya makin teruk dan sebabkan dah terlalu berlanjutan liz jumpa pakar kulit.  Bagi adik-adik yang baru nak tumbuh jerawat tu cepat-cepat jumpa Dr.  


Bukan senang nak pulih dan dapatkan kulit seperti sedia-kala.  Orang sekeliling juga memainkan peranan yang sangat penting. Ahli keluarga dan kawan-kawan.  Ada pembaca liz luahkan pada liz yang dia pada mulanya tak kisah sangat mengenai kulit muka well since tunang pun boleh terima seadaanya tapi once her bakal bapa mertua tegur.  Dia pun rasa segan dan kurang yakin dengan diri sendiri.  Ye! Keyakinan diri tu sangat penting untuk berhadapan dengan orang ramai.  Pada liz sendiri, dulu liz memang rasa segan sikit.  Tapi semakin hari liz positif kan diri dengan motivasikan diri sendiri "semuanya boleh disembuhkan" .  Niat dan fikiran perlu positif supaya aura-aura ni boleh memberi impak yang baik untuk build up keyakinan diri.


Alhamdullilah kulit liz pun semakin hari semakin pulih.  Sekarang ni pergi ofis memang tak pakai make up. Naked face je. Biarlah pulih betul-betul dulu.  Kerap minum air masak okay.  Dan tak payah segan sangat. :) 


Antara-antara soalan dari Facebook untuk liz  : 






Dari pelbagai negeri.  Liz dapat kawan dari Shah Alam, Sabah pun ada. Dari kelantan dan paling keep in touch dengan liz kawan dari Johor.   Liz happy liz ada silent readers walaupun liz bukan top blogger :) Happy blogging bila dapat menolong. 




 

Tuesday, November 18, 2014

Jus Kiwi Yogurt


| Jus Kiwi Yogurt | Ahad baru-baru ni liz rasa macam nak minum sesuatu yang baru.  Tekak ni memang mengada-ngada sikit.  Terasa nak minum jus kiwi dengan yogurt.  Rasanya best!! Kena dengan tekak liz.  


Bahan-bahan-nya :

2 biji kiwi

2 sudu yogurt

3 sudu perahan lemon


Caranya : Blend semua tadi bersama air.  Jangan lupa pula letak gula ikut rasa tekak korang lah.  Letak ice cube!! Yummy sedap nya. Rasa dia ada masam manis. Sedap tau.  

 

Monday, November 17, 2014

My Part Time Job [ Felt Pillow ]


Syukur Allah kurniakan kesihatan yang baik pada liz dan pada kita semua. Liz siapkan bantal felt couple dalam masa 2 hari.  Bayangkan liz kerja dari 9 - 6 kemudian balik rumah rehat-rehat makan kemudian buka kotak felt liz.  Buat lah apa pun part time job tapi semuanya perlu didatangi dengan minat.  Kalau you all buat semata nak kan duit mesti korang rasa berat sangat kerja tu.  


Bulan ni tempahan yang sangat banyak berbanding bulan-bulan yang lepas.  Orang nak mengurat dekat FB pun liz tak sempat layan tau. *hahahaha orang perasan memang macam ni.  BTW kawan-kawan FB yang pm bertanya kan mengenai Ko Skin Care Product you alls boleh baca dekat sini ye.  Nak whataps tanya liz boleh, tapi janganlah tanya soalan yang liz dah cerita dekat belog.  Tanya harga treatment, tanya harga Vit A? Aigoo semua tu ada di belog ye sayang-sayang.  Kalau liz tak sibuk, boleh liz nak jawab semua tu tapi buat masa ni agak kurang pegang phone. :) 

Entry My Acne Journey HERE 



Saturday, November 15, 2014

[ NOVEMBER SHOPPING ] Kimono Cardigan Cantik & Murah


| Kimono Cardigan Cantik & Murah |  Selamat sampai kimono cardigan ke rumah semalam!  Aku berangan nak-kan kimono cardigan ni dah lama tapi bila mencari tak jumpa pula yang berkenan dan bila dah jumpa yang berkenan tu aku rasa mahal pula. 

 

Aku nak barang murah tapi nak dalam masa yang sama nak barang tu cantik.  Okay lah cari punya cari IG yang jual kimono ni memang susah tau.  Penat sangat-sangat nak masuk satu ke satu IG yang lain.  Then aku pun dapat ilham dengan cara search guna hash-tag # contohnya #kimonomurah .. Hah banyak pun keluar IG shop yang jual kimono cardigan ni.  Aku terus semak-semak harga, bila sebut part harga waktu ni lah kita terus dapat membezakan barang yang sama tapi harga berlainan. 

 

Ada pro and cons juga lah bila penggunaan # ni. Kebaikkan-nya ialah pembeli mudah nak jumpa IG you alls. Keburukan-kan pula ialah kalau you alls letak harga yang mahal kantoi lah dengan IG shop lain yang jual lebih murah. Pandai-pandai lah peniaga IG ye kut ye pun nak untung tu jangan mark-up melampau. 

 

Jadi IG shop yang aku beli memang terbaik. 1 nya sebab dia layan aku dengan sangat baik dekat Whatsaps.  Dalam masa yang sama aku ada whatsaps dengan IG owner yang lain, perghhh aku minta snap gambar hantar kat Whataps pastu dia suruh aku refer IG. Yes aku tau dekat IG memang dah terang tang-tang ada gambar nya TETAPI aku nak tengok material nya dalam capture yang paling dekat.  Yes aku cerewet sikit bab ni sebab aku tak suka nanti beli lain yang nak lain yang dapat. 

 

Seronok giler beli dengan UNICK_MODERNVINTAGE jadi kalau nak cari kimono cardigan boleh beli dekat sana.  Lagi satu nak bagitahu waktu aku beli ni kebetulan waktu promosi sempena IG mereka mencapai 50k followers.  Free postage tau jadi aku pun beli lah 2 pasang Kimono Cardigan RM50.00. 

 

Packing yang sangat kemas. Aku suka sangat-sangat.

 Ada FREE GIFT lagi tuh!  Ya Rabbi happy nya. 

Surprised daripada owner butik ni.  Kita doakan semoga business semakin maju ye. Nanti nak shopping lagi dan nak FREE GIFT lagi.  Yey dapat hair band pinky dengan brooch. 


Meh cuci mata sikit antara koleksi yang ada di IG mereka.  Hari ni last promosi tau boleh la jenguk sekarang.  Banyak yang dah SOLD out tau.



Ni aku punya!

Dan ini pun!

 

Bantal Felt IG


| Bantal Felt IG | Alhamdullilah siap juga semalam bantal felt IG yang pertama liz buat untuk kawan baik liz.  Nama dia LYA - nak hadiahkan pada teman tapi mesra beliau katanya.  

Liz penat sangat agaknya sampaikan tahun pun dah tertulisan 2104.  
Mujur belum tempek kat bantal tu.  

Wink-wink semoga selamat sampai bantal ni ke KAJANG ye. 
Berminat nak ada felt pillow juga boleh whatsapps liz 0179804423 okay.
:) 



Friday, November 14, 2014

Extraction Treatment by Ko Skin Specialist


| Extraction Treatment by Ko Skin Specialist |  Jom liz kongsi-kan cerita pengalaman pertama liz datang buat extraction facial treatment dekat sini.  First time facial liz buat ialah pada bulan September 2014.  Sebab liz rasa kulit liz makin kusam dan ada bintik-bintik hitam.  Tahu kah anda apakah sebabnya? Haha waceh tertiba tanya dengan nada skema!  Liz tak pakai sunblock.  Sinaran matahari zaman sekarang semakin berbahaya bukan macam dulu-dulu. 


Rileks sebentar. Nervous tau sebab liz phobic after ke NYS dulu.  Jadi dah lama tak buat facial dekat mana-mana tempat.  Sehinggalah ke hari kejadian ini pintu hati liz terbuka nak buat extraction dekat Ko Skin Care Specialist. 


Counting 1 2 3 mana Nurse ni.  Liz suka panggil specialist beauty dekat sini nurse.  Hehe.  *sebenarnya dia ada je belakang liz ni kasi can AA snap pica.  Untuk details treatment liz tak dapat nak share sebab liz buka tudung jadi AA tunggu dekat luar dah masa extraction ni.  Nak ambil gambar guna monopod segan lah pula sebab 1st timer kan.  Tapi jangan risau InsyAllah next time liz akan share lebih detailnya sebab nurse yang buat treatment dekat liz ni dah jadi kawan baik kecantikkan kitew.  Aumm suke nya kittew!


Liz memang suggest sangat anda yang ada masalah acne tu buat extraction dekat Ko Skin Care Center ni sebab selain kita control dari dalaman dengan memakan vitamin A sebenarnya kita kena buang kan juga segala kekotoran yang berada di luar.  Sebab kadang-kadang kita tak nampak ada jerawat yang berada di bawah permukaan kulit.  Lucu sangat tau Nurse liz ni suka cakap macam ni "ini jerawat jahat ni sayang, eee tengok ni dia menyorok dalam tak mahu keluar' degil nya!" "I buat sampai dia keluar juga tau."  Btw tak sakit pun sebab Nurse dekat sini gunakan jari beralaskan tisu bersih bagi tujuan memicit jerawat.  Tahu tak kalau gunakan besi lagi sakit dan boleh tinggalkan parut tau.


Mesti ada yang nak tahu berapa harga extraction ni kan? Sebab ramai yang pm mesti nak tanya harganya. Baiklah liz bagitahu dekat belog liz ye sebab kadang-kadang liz tak sempat nak reply pm you alls dekat FB.  #perasanmacamdutakecilKoSkinJe
Extraction facial treatment is RM180 :) 
Liz buat pun bila ada budget lebih je.  Tapi untuk kali pertama buat pun hasilnya memang dah nampak.  





My First Business Cards


| My First Business Cards | My first business cards finally arrived last Saturday. Kind of embarrassing to admit this since I've actually got several years of online shop business but I don't have a business card.  Eeewwww! 

I was very excited to having it.  Honestly, I just loved this card layout as it was. I love the colors I love the font I love everything. Pretty and simple! The most important thing is the information in the cards. Actually I'm not only running Felt Craft Items but I also selling Pre-Loved Stuff and plus ---- > Chocolate Fountain buffet.  Phewww.  Mixed up everything kut. #tamaktak? #mysideincome 

Let's take a look at mine!


- Liyliz Yusof - 

I'm well known as Liyliz Yusof a newbie blogger and also entrepreneur and a Human Resources.  I choose not to put Human Resources in the cards because it is my full time job.  Ehemm after much consideration I decided not put it in.

The thing that I can do for you

:  Felt Pillow

:  D I Y Craft

:  Chocolate Fountain

:  Candy  Buffet

:  Preloved Stuff

 

Many thanks to Zaza Iman

Kalau nak order business card boleh klik nama beliau di atas dan PM beliau di FB. 


:)



Wednesday, November 12, 2014

[ Ko Skin Care Specialist ] Dermax Bio Perfom Acne Cleanser


[ Ko Skin Care Specialist ] Dermax Bio Perfom Acne Cleanser 


Bagi sesiapa yang pernah baca blog liz mengenai product Ko Skin Care don't get confused anymore okay.  Sebab sebelum ni liz update gambar cleaser yang OLD. Tetapi sekarang mereka dah tukar packaging kepada NEW.  Harga tetap sama iaitu sepertri di atas.  Jangan pelik pula ye kenapa botol Acne Cleanser liz lain sebab liz updated tu ialah OLD packaging.  Sekarang liz pun dah guna NEW packaging.  

Sebarang pertanyaan yang lebih detail boleh ke :
Tel : 03-33739808
Website :www.koskinlaser.com
 
 

Tuesday, November 11, 2014

Felt Pillow Buat Cik Lysa Blogger


| Felt Pillow Buat Cik Lysa Blogger | Terima kasih kerana sabar menunggu berbulan lama-nya.  Ini ialah hadiah buat pemenang GA.  Terima kasih buat penganjur iaitu SHarina ELyana yang anjurkan GA ni.  Bagi yang berminat nak tempah dengan liz boleh whatapss 0179804423.

Moga Cik Lysa suka dengan Felt Pillow ni.  

Monday, November 10, 2014

Detim Dengan Boss Di SEOUL GARDEN



| Detim Dengan Boss Di SEOUL GARDEN | Akhirnya tiba jua masanya untuk bermain masak-masak dengan boss.  Ini kali kedua liz masuk dan makan dekat Seoul Garden.  Liz malas nak review sangat pasal tempat makan ni sebab liz rasa SEOUL GARDEN dekat Shah Alam tak berapa best.  Pilihan makanan nya macam tak banyak sangat.  Kalau anda semua google SEOUL GARDEN mesti akan ternampak gambar-gambar yang sangat-sangat mampu membuat anda semua tamak haloba. Tak tahu nak cekau makanan yang mana tapi sebaliknya di SEOUL GARDEN Shah Alam. 

Cuma apa yang best ialah dekat sini boleh main masak-masak sama-sama tau. Lepas tu makan sesama.  Fefeling sangat romantik la ketika ni memang boleh lah sangat-sangat lagi-lagi untuk mereka yang sedang bercinta tetapi sebaliknya pula berlaku dekat liz dengan boss. Nak tahu kenapa? Hah sebab time ni liz tetiba fefeling Lady Boss.  Sebab boss liz yang masak-kan kut.  Masa tu liz tengah bahagi-kan Meggie Goreng sea food dalam pinggan liz sikit lepas tu pinggan boss sikit.  *haha datang Seoul Garden makan meggie kau* Tiba-tiba boss datang bawa pinggan yang banyak kiranya kalau anda semua boleh imagine dia datang dengan tangan yang penuh bersama bahan-bahan nak memasak. Macam mak-mak pergi pasar tu. Macam tu lah boss liz. #okayinidrama Saja nak menokok tambah. 

 Ini lah meggie yang liz cakap tu. Sedap tau. 
Sementara nak tunggu boss masak semua makanan yang mentah kan ambil masa. Jadi anda semua digalakkan sangat untuk ambil makanan yang dah dimasak untuk alas perut. Kuih-kuih pun ada tau.

 Banyak nya makanan dah ada di atas meja tapi boss mana? Hah kan liz dah cakap tadi, dia pergi ambil makanan lagi.  Liz duduk sopan-sopan je dekat atas kerusi ni.  Sambil makan meggie dulu.  Lepas tu kena tegur dengan beliau "eah makan dulu tak tunggu" Huhu senyum simpul jelah den
 pun.
Mula-kan memasak ye.  

Yang sushi ni liz yang ambil.  Liz suka yang ni daripada dekat SUSHI KING sebab rasanya tak da la macam mentah sangat.

 Semua ni liz habiskann dahulu. Entah waktu ni rasa macam liz sorang je yang makan dan dia sorang je yang masak.  Hahaha.  Sedar-sedar je bila liz dah kenyang dia suruh liz makan lagi.  Lepas tu baru tersedar "eah dari tadi dah liz makan yang boss ni asyik masak je bila nak makan?"

Baru lah dia makan sungguh-sunguh dan liz pula take over penyepit tu.
- Kesian -

 Identiti di rasia kan. Kesian baru selesai makan selepas liz makan.
Lepas tu yang best-nya lagi ialah boss buatkan liz CENDOL dan juga Ice Cream.  Actually maybe sebab masa tu muka liz a lit bit redness dan bengkak jadi buat rasa diri ni segan nak bergerak ambil makanan.  Thank you dear sebab tolong buatkan.

Cendol plus jagung banyak-banyak.

Ice cream ni pun boss buat kan.  Tiba-tiba macam pelik je dia tak letak ice cream strawberry dalam ni. Atau sebab ice cream strawberry memang takda.

Okay pencuci mulut selepas makan.
P/S : Kalau keluar dari sini mesti baju memasing akan ada bau minyak. Haha memasaklah katakan.  Jadi bawa la perfumes ye untuk sembur selepas makan tu.







Sunday, November 9, 2014

Acne Facial Treatment Dr. Ko


| Acne Facial Treatment Dr. Ko | Assalamualaikum semua!  Minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak hupdate pasal Dr. Ko ni. Bukan pasal Dr. nya tapi pasal Ko Skin Center nya, don't get confuse yeah.

NOVEMBER SALES YOU ALLS!!!!
Harga normal diberi diskaun seronok yang teramat sangat wokeh.  

Dear readers ini ialah kali kedua liz buat facial di sini.  Kepada semua wanita yang ada masalah jerawat macam liz jangan takut untuk datang ke Ko Skin Care Center.  They all are very nice.  Don't worry about the price or about the product sebab consultant dekat sini tidak akan memaksa atau menakut-nakutkan anda.  Jujurnya pada pertama kali liz masuk sini the most thing paling takut ialah HARGA.  How if tak cukup duit! Jangan risau kerana mereka tidak akan memaksa anda untuk membeli produk ataupun melakukan treatment.  Kalau anda nak datang jumpa consultant sahaja pun boleh. How much they will charge is ... urmmm I'm not sure :) sorry readers.  

Liz beli Vitamin A seperti biasa untuk kawal minyak dan jerawat. 
Kemudian liz add on new product iaitu BIO PIMPLE CLEAR SA 2% 13
Dermax Bio Pimple Clear SA 2% 13 
Ianya sangat membantu untuk mengecilkan jerawat.  Ini kali pertama liz mampu beli sebab harga nya ialah RM80++ jadi bila ada 55% discount harga nya dalam RM30++ #mustbuy
-Minta maaf sebab liz tak ingat detail price-

Bentuknya seperti botol minyak wangi yang bersaiz kecil. 
Tetapi di-ingatkan kalau nak pakai jangan roll on direct to pimples. It is much better if  you are using cotton buds and apply it to your pimples. 

 Mohon zoom sendiri untuk lihat jerawat ye.  Selfie dahulu di dalam kereta sebelum buat treatment sebab after treatment muka mesti merah-merah dan bengkak.  Kalau nak tahu details treatment nya bagaimana anda semua haruslah datang dan alaminya sendiri.  Kalau anda semua buat dalam tempoh 1 Nov -15 Nov anda akan dapat 60%.  
Harga untuk Acne Facial Treatment adalah RM180 after less liz dapat RM72 #awesomebukan

Argh gelinya!!! Banyak white heads dan juga black heads.  Tahu tak mereka-mereka ini antara punca yang akan menyebabkan kulit berjerawat.  

Inilah wajah selepas treatment.  Merah dan sedikit bengkak.  By the way selepas sahaja liz keluar dari Klinik Dr. Ko liz akan terus pakai MASK sebab tak nak nanti orang tengok muka liz macam kepelikkan.  Sehinggalah sampai dekat restaurant baru buka mask.  Nanti nak makan masuk kunyah ikut mana pulak ye dak?  Liz harap sedikit perkongsian pengalaman diri liz sendiri ni boleh memberi gambaran serba sedikit mengenai rawatan dan produk yang ada di Ko Skin Care Center.

Nak tahu pengalaman pertama liz jumpa Dr. Ko dan entry-entry mengenai Dr. Ko anda boleh baca di sini.