Saturday, November 15, 2014

[ NOVEMBER SHOPPING ] Kimono Cardigan Cantik & Murah


| Kimono Cardigan Cantik & Murah |  Selamat sampai kimono cardigan ke rumah semalam!  Aku berangan nak-kan kimono cardigan ni dah lama tapi bila mencari tak jumpa pula yang berkenan dan bila dah jumpa yang berkenan tu aku rasa mahal pula. 

 

Aku nak barang murah tapi nak dalam masa yang sama nak barang tu cantik.  Okay lah cari punya cari IG yang jual kimono ni memang susah tau.  Penat sangat-sangat nak masuk satu ke satu IG yang lain.  Then aku pun dapat ilham dengan cara search guna hash-tag # contohnya #kimonomurah .. Hah banyak pun keluar IG shop yang jual kimono cardigan ni.  Aku terus semak-semak harga, bila sebut part harga waktu ni lah kita terus dapat membezakan barang yang sama tapi harga berlainan. 

 

Ada pro and cons juga lah bila penggunaan # ni. Kebaikkan-nya ialah pembeli mudah nak jumpa IG you alls. Keburukan-kan pula ialah kalau you alls letak harga yang mahal kantoi lah dengan IG shop lain yang jual lebih murah. Pandai-pandai lah peniaga IG ye kut ye pun nak untung tu jangan mark-up melampau. 

 

Jadi IG shop yang aku beli memang terbaik. 1 nya sebab dia layan aku dengan sangat baik dekat Whatsaps.  Dalam masa yang sama aku ada whatsaps dengan IG owner yang lain, perghhh aku minta snap gambar hantar kat Whataps pastu dia suruh aku refer IG. Yes aku tau dekat IG memang dah terang tang-tang ada gambar nya TETAPI aku nak tengok material nya dalam capture yang paling dekat.  Yes aku cerewet sikit bab ni sebab aku tak suka nanti beli lain yang nak lain yang dapat. 

 

Seronok giler beli dengan UNICK_MODERNVINTAGE jadi kalau nak cari kimono cardigan boleh beli dekat sana.  Lagi satu nak bagitahu waktu aku beli ni kebetulan waktu promosi sempena IG mereka mencapai 50k followers.  Free postage tau jadi aku pun beli lah 2 pasang Kimono Cardigan RM50.00. 

 

Packing yang sangat kemas. Aku suka sangat-sangat.

 Ada FREE GIFT lagi tuh!  Ya Rabbi happy nya. 

Surprised daripada owner butik ni.  Kita doakan semoga business semakin maju ye. Nanti nak shopping lagi dan nak FREE GIFT lagi.  Yey dapat hair band pinky dengan brooch. 


Meh cuci mata sikit antara koleksi yang ada di IG mereka.  Hari ni last promosi tau boleh la jenguk sekarang.  Banyak yang dah SOLD out tau.



Ni aku punya!

Dan ini pun!

 

3 comments:

I N A A I N A A said...

Murahnyaaa... cantik pulak tu... wahhhh

jaymiee said...

cer liyliz pakai mesti cun kan...hihi

DILA ELLA said...

cantiknya, tapi tak pandai pakai :)