Wednesday, November 5, 2014

Yey dah boleh buang P pada kereta!


Dear Belog.  Hari ni liz dah dapat lesen penuh.  Lesen tanpa P berlalu sudah tempohnya.  Liz ingat boleh buat 2 atau 3 minggu awal sebelum tamat tarikh lesen.  Tapi rupanya untuk pemilik lesen P ni perlu tunggu sehingga pada tarikh tamat tempoh lesen baru lah boleh renew.

Liz cadangnya nak buat untuk 3 tahun tapi tak tahu mana dan punca masalahnya cuma lepas buat setahun.  Katanya sistem blocking - ada orang yang nak buat setahun tak lepas tapi kena buat 2 tahun. Macam liz nak buat 3 tahun cuma lepas setahun.  Jadi liz pun layankan saja la statement yang uncle tu kasi.  Sebab dekat Kuala Lipis takda Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJM) jadi kisahnya kena hantar ke Raub buat.

Kebanyakkan orang dekat Kuala Lipis ni suruh Uncle Bala ni buat.  Jadi upahnya RM5 sahaja.  Tapi memang ramai yang jadikan Uncle Bala ni orang tengah untuk renew lesen.  Bayangkan ada 100 orang kali dengan RM5. Itu kalau 100 orang hehe wow dapat RM500. Kaya-kaya.  Apa kata korang jadi agen macam tu. Hehe boleh buat duit.

Jadi nak tanyang sikit la dekat belog yang liz dah dapat lesen baru.  

Tang gambar je tak seceria gambar dalam lesen P.  Muka masa umur 19 tahun. 


6 comments:

jaymiee said...

cute mute haha

Nur Arifa said...

Tahniah dh dpt lesen penuh..hati-hati ketika memandu k ...

I N A A I N A A said...

Tahniah liz.. hehehehe..

Cik Lily Putih said...

comey nau gambo kat lesen ek

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

tahiniah ye sebab dah dapat lesen penuh. hihihi

DILA ELLA said...

tahniah, saya tak tahu lagi bila nak dapat..