Tuesday, April 3, 2012

Status FB


Hari tu liz ada buat status dekat Facebook liz iaitu : Antara memasak dan mengemas rumah yang mana 1 lagi utama?  Ada yang kata dua-dua utama dan ada yang kata salah 1 daripadanya.  Tapi ramai yang kata mengemas rumah lagi utama, kalau rumah kotor nak memasak pun tak selesa kan.

Tapi liz tak reti lah mengemas rumah.  Seriously tak reti.  Masa nak balik rumah cuti sem baru ni pun, kawan liz dah siap mengemas dalam pukul 10 pm tapi liz tak siap-siap lagi.  Diorang bukan nak tolong liz pun, diorang gelak je dekat liz.  Liz mengemas sekejap lepas tu liz rehat.  Lepas tu kemas lagi, lepas tu rehat lagi.  Diorang tak habis-habis gelak. Dan masa ni lah Cik Aqmaliah tu tibai liz cukup-cukup.  Kemain seronok lak cerita dia kutuk liz, katanya “lain kali belajar mengemas dulu ni tahu je masak tapi kemas beg pun tak reti.

Tapi untung juga Aqmaliah ni sebilik dengan liz, liz bebel dekat dia untuk bangun pagi mandi awal.  Dan dia pula bebel dekat liz kemas bilik tapi dekat bilik liz rasa dia yang tolong menyapu, liz rasa liz tak pernah pegang penyapu kat bilik tu kalau habuk bukan sampai sekilo. 

Tapi what the best is I love to cook.  Cakap pasal makanan Aqma mesti kalah.  Ada ke patut dia kata goreng telur pun kadang-kadang tu hangus. Issh-ishh kan kesian lah kat Yen.  Tak pe lah yen pandai masak kut. Tut .. tut .. yo lah kan.

Kita tak perlu cari pasangan yang sempurna, cukup lah kalau dia ada kelebihan yang kita tak ada dan sebaliknya.  Saling melengkapi antara sama lain. Kan?  Kak nor selalu pesan pada liz sayangi lah diri kita sebelum menyayangi diri orang lain kerana orang yang akan menyangi kita kadang-kala akan menyakiti kita lebih dari menyayangi kita suatu hari nanti.  Menanti itu bukan satu penyeksaan tetapi tempoh kesabaran kita diuji.  Good thing takes time mungkin ada yang kata good thing comes when it want to come sebab tu bad thing pun akan datang bila dia nak datang kan?  Jadi liz nak tunggu lah siapa yang boleh melengkapi kekurangan yang liz ada ni.

“Menanti seseorang yang benar-benar mencintai Allah, InsyaAllah.  Allah akan titipkan kasih sayang lelaki itu pada liz.  Jum tunggu lelaki tu.”  P/s from kak nor .. liz percaya pada jodoh dan ketentuannya.  Semakin kita yakin Insyallah sebaik-baik ketentuan untuk kita Allah akan tentukan kerana kita percaya pada kuasanya. 


Jadi untuk yen dan Aqma walaupun korang dulu 1 kampus tapi korang jarang juga keluar kan.  Dan bila korang nak keluar pasti akan ada rintangan kan?  Misalnya hujan, salah sorang antara kamu sakit lah dan macam-macam lagi kan.  Liz percaya itu adalah ujian yang Allah turunkan untuk kamu.  Lagipun ada sebab kenapa hujan kerana Allah sayangkan kamu berdua.  Faham kan.  Bercinta kerana Allah Insyallah hubungan kamu dilindungi.  Liz pun doakan yang terbaik untuk korang.  Selepas ini kamu berdua akan berjauhan dan kunci nya adalah kejujuran dan kesetiaan.  Waktu ini hubungan kamu berdua akan diuji dengan lebih hebat lagi.  Perkara yang baik tak datang dengan mudah, jadi jangan sia-sia kan nya ye. 


No comments: