Tuesday, April 30, 2013

GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum.
Hari ni dah 26 April. Baru hari ni ada masa nak update post pasal GENTING HIGHLANDS.

Gagahkan diri juga update hari ni sebab tak mahu kena perli dengan dia " tak guna ada blog tapi update blog setahun sekali " ..
Rasa nak bagi dia makan kaki, mujur la sebab kenangkan nak tukar blogspot ni kepada .com, akur je la. 
*bunyi pasrah tapi suka sebenarnya kena perli. 

Siapa yang pertama kali pergi Genting Highlands macam liz. Korang jangan mudah terpedaya dengan pelawaan atau pujuk rayu abang-abang teksi dengan dialog " dik nak naik genting kan, naik dengan abang 30 ringgit je sorang, abang hantar sampai atas, tak payah tunggu cable car, lambat woo nanti kena beratur panjang."

Tapi kalau kita naik bas harganya cuma RM10.30. See murahkan? Dan selamat tau, tiket ni sekali dengan tiket cable car tau. Hah murah giler kan. Dan lebih selamat berbanding kita naik teksi daki bukit tajam tu. Bahaya-bahaya.

Tiket ni sekali dengan tiket skyway
 pergi dan balik tau.

Tiket ke Genting Highlands ni ada sejam sekali. So tak payah risaulah. Cuma kena pergi beli cepat-cepat supaya dapat tiket awal.

Liz cerita perjalanan liz dari Titiwangsa ok.

Naik LRT beli tiket ke KL Sentral. So dari Titiwangsa turun dekat Masjid Jamed untuk tukar train. Naik train No.5 untuk ke KL Sentral. Done dah sampai. So pergi la cepat-cepat beli tiket untuk ke Genting Highlands.

Perlulah membawa keluar spect 
kerana keduanya rabun.

Gambar terlalu banyak nak letak but then bila da seminggu baru nak update mood excited tu makin lama pun makin kurang.  Banyak dah post dekat FB or Instan.  

Before itu haruslah pergi makan isi perut yang lapar dahulu. 
Kira-kira budget sekali. Wajib. Jadilah pelancong yang cermat macam kami.


Betterlah membawa bekal siap-siap. Campai apa yang ada di KL Central. If you all wish nak beli dekat GENTING. Silakan. 
Hoho. Kaya you all nanti. 

Bas dah sampai hoyee. READY!!!



Ops orang sebelah ni dah ZZZzzz.

But we are crazy like this!!
Enough publish yang macam ni because our families watching. Hehe.
Segan tiba-tiba. 



SEE! Ramainya beratur. Mujur kami dah makan. Mujur juga ada bekal. *Bekal lah sangat, ada orang tu bawa karipap sebiji je dalam bag dia, pelawa kita makan tapi masuk dalam mulut dia. Kejam tau ENCIK Nurdin.

Dalam Skyway akhirnya.

Jauh juga nak sampai tau. Kagum betul amacamane lah dorang bina atas bukit ni.
Tengah kagum-kagum tetiba rasa nak sumbat makanan je dalam mulut orang sebelah ni kasi diam. Gayat macam apatah.

Dah sampai pun. Kabus tebal dan cuaca sangat nice.
So masa untuk hiburan.
No more pictures sebab excited main.

Game indoor RM32. Game outdoor dalam RM50+ tak sure berapa sebab tak main outdoor. Si dia tu penakut. Naik mini roller coaster pun dah macam orang nak kena bunuh. 

Masa naik tu tunggu dekat skyway huh punya la panjang. Ada gambar tapi tah mana da letak. 

Kalau rasa nak tanya apa-apa boleh PM dekat FB liz. Anyway makanan fast food dekat sana normally sama je macam dekat kita. Mahal pun dalam seringgit sahaja.

Kalau sesiapa yang nak bermalam dekat sana. Hotel yang dekat ialah Theme Park Hotel dan First World Hotel. 

Selamat bercuti.