Tuesday, July 22, 2014

Perempuan : "Pengalaman Pertama Pam Tayar Sendiri"



Assalamualaikum.

Rindunya liz nak menaip dalam belog kesayangan liyliz yusof ni!! Bulan puasa ni aktiviti di-terhad-kan sedikit. Bulan 07 2014 ni banyak juga dugaan yang baru liz kena hadap, antaranya dugaan kereta asyik calar balar!!! Urrghh rasa tak lena tidur.

Langgar kereta orang. Hikhik langgar lari pulak tu.
Sorry abang kereta hitam, liz panic sangat masa tu. Lepas sondol kereta hang, ceq lari. Tapi sikit je tu tercium bontot kereta. Hihi hadiah hari raya. Tapi boleh tahan kuat juga rasanya sebab siren kereta abang tu NINO NINO NINO NINO bunyi.

Tulah antara cabaran terawal yang liz kena biasakan bila pakai kereta. Belum timbul masalah lain yang lebih kritikal.

Hari ni liz nak bagitahu semua orang yang baca belog liz bahawasanya liz dah pandai pam tayar sendiri!! Pam Tayar tau!! Hahaks. Seriosli lawak na!! Kali pertama liz minta abang Petronas pam. Okey senang sebab suruh orang yang buatkan. Kali kedua liz pergi dekat Shell. Ada Bangla tu tolong liz pam kan. Liz mintak dia pam kan 210 kpa. Tapi dia pam kan tayar liz 41 psi. Dan jahil nya liz waktu tu liz tak tahu beza unit kpa dan psi. Dan dengan yakinnya juga Bangla tu cakap "ini biasa punya ini automatik sudah set punyalah." Perghh Bangla tu berjaya buat liz percaya dengan kata-katanya.

ON CALL WITH AA

Me: "yey dah berjaya pam tayar, esok boleh dah gerak pi Raub untuk service kereta" 

AA: "Isi berapa?"

Me: "isi 41 psi"

AA: "uittt nak meletup ke tayar tu tengah panas esok hari, esok nak jalan jauh, kenapa ambil mudah je benda-benda macam ni. Tayar tu antara element paling penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang" "Itu kalau unit kpa dah jadi 280 macam tu dekat 300 tu."

Me: " Semua salah Bangla tulah"

AA: "Cubalah belajar sendiri. Tengok dan ambil tahu." "Esok pagi before gerak ke Raub, singgah Petronas dan keluarkan semula angin dalam kereta tu."

Me: "Cara nak keluarkan tu macam mana?"

AA: "Set semula 210 kpa dan cucuk je terus dekat tayar, angin yang lebih tu akan di keluarkan nanti."

Subuhnya sesudah sahur. Siap-siap nak pi Raub. Bawa slow je, terasa takut pula lepas kena ceramah perdana dengan AA semalam. Tanpa bantuan sesiapa liz set sendiri dekat pam angin tu berapa kpa yang liz nak. Yang ni bukan susah pun sebab main tambah tolak je. Hihiks itu pun selepas di ajar oleh AA. Kalau sebelum ni nak tekan + dan - pun takut.

Done set 210kpa, liz cucuk dekat tayar. Automatik jarum tu naik lebih dari yang di set sebab angin dalam tayar liz sebenarnya dah terlebih. Jadi ini antara sesi membuang angin tayar. Subuh-subuh dah kena buat kerja ni pulak. Kalau you all perasan dekat situ ada simbol + - kan. Tekan tambah atau tolak untuk tentukan nilai angin yang korang nak.  


Hai my baby. Wake up! 
#ootd

Semua tak payah iron : 
1. Shawl strawberry
2. T-shirt
3. Jaket (Mr. coding kasi) bhaa bhaha
4. Jeans
4. Palm shoes

Taniah kepada liz!
 Sudah Graduated Pam Tayar Sendiri.







Friday, July 11, 2014

11 July 2014


Bila mana kau bersama dia
Bahagia episod mulanya
Kemudian kau mula bukti pada semua
Benarkah kau bahagia?

Atau kau cuba mengaburi
Mengharungi hari-hari bahagia
Namun terdetik kau untuk membandingkan
Setiap sifat yang kau mula rindukan
Suara hati masihkah kau egois
Yaaa da mengatakan inilah terbaik

Sedangkan jauh di sudut hati
Kau tidak mampu menggantikan
Dia yang halus tuturnya
Namun tegas dalam bicaranya

Kau mula rindukan senyumannya
Ketenangan dan kefahaman dirinya tentang kau
Saat ketika kau aibkan dia
Masih bersabar mengharungi
Dan bila kau sakitkan hatinya
Kau mula bersorak bahagia
Namun ketika kau sedang berasa tidak tenang
Kau mengingatinya bahawa dia yang kau rindukan

Rajuknya masih bertempat
Marahnya berakal
Umur bukan ukuran kematangannya
Dan masihkah kau ingat
Perbezaan layanan kau pada dia dan kini

Tetap berbeza
Kerana bila kau selalu mengaibkan dirinya
Sedangkan kau cuba menutup kesilapan diri kau
Berubahlah pada diri untuk kebaikkan



Monday, July 7, 2014

Berbuka Puasa di "Medan Muara Ikan Bakar" | Tanjung Harapan | Klang |


Salam Ramadhan. Sabtu lepas tertunai juga hajat tekak ni nak berbuka makanan laut. Alhamdullilah rezeki jangan ditolak, betul tak? Tapi bulan puasa ni kalau nak ikutkan tekak pun janganlah sampai tahap membazir ye kawan-kawan. Ingat tu!

 #OOTD

Sangat selesa pakai dress ni. 
Makan banyak sat lagi perut buncit pun owang tak tahu.

Destinasi liz kali ni ialah di Klang | Tanjung Harapan | Medan Muara Ikan Bakar | suasananya sangat tenang sebab menghadap pelabuhan. Sambil makan boleh tengok orang-orang yang kerja diperlabuhan sedang mengangkut kontena ke kapal dan sebaliknya. Sambil tu boleh hirup udara yang segar sambil mendengar bunyi ombak. Memang rasa tenang je suasana dekat situ. Disebabkan terlalu tenang sampai tak perasan ada blogger juga 1 bumbung dengan liz. Hoho sorry Yazid Otai.

Cantik kan.

Liz dari Shah Alam bergerak dalam pukul 8 malam. Liz berbuka dulu dekat bilik. Disebabkan boss yang #caring tu macam tak sihat jadi tak dapatlah nak bergerak awal ke sana. Tapi dia gantikan liz dengan menu di bawah ini:

 Sebenarnya liz cuma nak berbuka dengan soya dan roti gardenia tapi dia belikan liz kek ni.
Ada 4 jenis kek iaitu : Red Velvet | Carrot Cake | Cheese Cake | Chocolate Cake
Sempat lagi mengutuk boss sendiri
 "kalau tak minta ada je macam-macam kalau mintak mesti kata belilah sendiri".

Malam yang sangat penat. Liz keluar tanpa make up. Yes too tired dan masa ni muka dah rasa panas macam nak demam. Liz pakai dress labuh warna hitam dan sarung sahaja dengan cardigan. Tarik shawl leopard 1. Semua nya tidak bergosok. Well peeps, liz selalu akan standby pakaian yang tak perlu gosok bila emergency "Kemalasan" datang. 

Jom tengok menu apa yang liz pilih. 

2 Ekor Sotong Goreng Tepung (Mengikut Size)
RM 16.25

2 Ekor Ketam Goreng Pedas (Mengikut Size)
RM21.00

 Ikan Bawal Masak 3 Rasa (Mengikut Size)
RM30.25

Next :
1. Sup Sayur RM4.5
2. Nasi Putih RM1.5x2
3. Air Buah RM3x2

Okey liz sangat suka air asam jawa dan sambal nya!!! Lagi-lagi bila makan dengan sotong goreng. Meleleh air liur ni teringat kan rasa malam tu.

Wet Tissue RM0.60
(Walaupun tak mintak)

Total makan boss bayar RM86.71 sebab ada Gov Ser Tax tau 6%. Haha ~~~

Belanja you all tengok liz makan yer. Hehe.

Sedap sangat hadap sotong goreng ni cicah dengan kuah asam jawa! Memang liz puas sangat makan. Walaupun boss macam kasi hint "Tak nak tunggu lauk lain sampai dulu." Urmm masa tu terus stop makan dan letak tepi.

2 Ekor ketam selamat masuk perut liz. Tiba-tiba boss sakit gigi. Haha gelak besar dalam hati!!

Buktinya. Boss awal-awal dah cuci tangan.

Jadi bagi mereka yang nak berbuka boleh datang sini bawa family memang sesuai sangat. Lagi-lagi orang area Klang. Senang sangat nak cari tempat ni. Liz suka suasana dekat sini. I wish to come back here again. InsyAllah.

Alamat: 
Jalan Sultan Hishamuddin,
 Kawasan 20, Bandar Suleiman, 
42000, Port Klang, Selangor 

Tel : 03-3176 6001












Friday, July 4, 2014

Redwood Inn Hotel Shah Alam



| Redwood Inn Shah Alam TTDI Jaya | 

Ini kali kedua liz menginap dekat sini. Selesa dan harga nya juga berpatutan. Memandangkan sabtu dan ahad liz ada program dekat KL dan area Selangor. Liz pilih untuk stay sini. Sebenarnya tidaklah pilih, sebab hari tu boss yang book kan. Katanya sini dekat dengan rumah dia. Senang if ada apa-apa nak minta bantuan. #caring #boss

Jadi second program liz dekat KL & Selangor ada juga liz terfikir nak cuba menginap dekat Hotel lain. Tapi jauh dari rumah boss lah pulak. Know what dia siap mention macam gini tau "Kalau awak stay dekat hotel **** tu memang saya tak dapatlah nak bawa awak keluar bersahur sama. Kan bagus stay je dekat hotel hari tu. Sahur nanti saya datang jemput kita sahur sama."

So fefeling macam seronok je if dapat sahur dengan boss yang #arrogant ni. Ada breakfast disediakan dekat hotel ni tapi pada bulan Ramadhan ni mungkin takda la kut. Hoho entahla not really sure sebab malas nak fikir. Fikir nak keluar sahur dengan boss. #wink #wink

http://www.redwoodinnshahalam.com/index.php/joomla-overview

Ada tersedia juga budget room tau. RM 50 je tapi toilet di luar la tau. Ikutkan liz nak je ambil budget room tu sebab nak jimat kan tapi memandangkan rasa tak selamat je toilet luar bilik. Nak bersiap lagi kan. Esok bakal bermula aktiviti seharian. Semoga di bulan puasa ni liz kekal aktif dan ceria. #extra #ceria #maybe




Bantal Felt #Sarawak #Superman



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari ni liz nak update gambar felt pillow yang liz baru buat semalam. Liz dah mula buat ansur-ansur sikit sebab liz kan kerja. Tapi sejak masuk bulan Ramadhan ni makin bertambah sibuk dengan bebanan kerja yang dah bertambah.

Well peeps! Sibuk macam mana pun, business still on. Order kali ni dari adik yang duduk Sarawak. Wah makin jauh liz dapat tempahan. Thank you dik order dengan akak yek. Baru bulan lepas pos ke Sabah. Mudah-mudahan ramai lagi yang suka order dengan liz.

Pagi-pagi tadi sebelum mandi barulah pelan-pelan bangun membalut. Haish kepenatan mengada betul dah liz ni. Jom layan gambar pula ye. 

 Sebelum dijahit.

Fuh sorry ter-extra light ni sebab guna flash.
Warna yang real seperti di atas sana.

Superman K. Untunglah incik abang ni ada gf sweet kan.
Btw liz pun pernah menjahit gigih dulu untuk bf. 
-dihargai atau tidak shj-




Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.


Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tak kira dimana jua anda berada. Di bulan yang baik dan melalui hari-hari yang penuh keberkatan ini marilah kita bersama-sama melakukan kebaikkan. InsyAllah semoga segala kebaikkan dan amal yang kita lakukan ini akan dirahmati oleh Allah swt. 


| Jalinan Ramadan 1435H | memerlukan sedikit sumbangan ikhlas daripada anda. Mudahan anda semua tidak keberatan untuk membantu mereka yang memerlukan dana ini. 
Maklumat program adalah seperti di bawah :

Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)
Tarikh  dan Tempat - 
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor
Matlamat - 
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.
Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200
Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)
Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.
Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 
Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8
Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in
Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362
Info lanjut di 
FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

 Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-130120
14)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah

p/s : Sesiapa yang singgah di blog ini mohon sebarkan moga ada mereka di luar sana sudi menghulurkan sumbangan ini.

Terima kasih
Yusmarliza