Assalamualaikum
..
Lama nya hai
rasa tak update selalu. Jangan kata seminggu sekali nak update, sebulan sekali
pun belum tentu. Stalker pun sudah bosan nak view. Aishh ada orang terasa dia
stalker. Stalk tandanya ambil berat. Jadi liz ucapkan terima kasih ambil berat pasal
perkembangan diri liz.
Dari zaman
belajar sampailah ke zaman sudah bekerja. Dari zaman bercinta dengan orang A B C D dan
sehingga la Mr. √ bukan senang. Nak tahu
dah jumpa ke tidak you all punya soul mate or not tunggu la waktu dah sah akad
nanti. Tetapi masa tu sebenarnya kehidupan realiti baru nak bermula bukannya
ending of your love story lagi.
4hb Julai 2013
Tarikh ini ialah
tarikh terakhir liz bekerja di PACIFIC MENTAKAB STAR MALL. Selama 6 bulan dalam department Human
Resource liz rasa kepala ni makin lama makin sakit je. Tak rasa stress pun. Mungkin stress tapi tak rasa.
Yang rasa sakit kepala. Bila sakit kepala supervisor urutkan. Owhh tak ke
heaven macam tu supervisor urut kepala anak buah.
Masa hari
pertama melangkah masuk department HR ni macam-macam dengar gossip pasal wanita
yang bernama ZULAIHA ni. Apa la hebat sangat ke cik.zu ni, garang sangat ke
orangnya. Orang kata dia ni keret sangat.
Sebagai freshie yang baru habis belajar dengan semangat berkobar-kobar
nak kerja so akan ku redah jua lautan berapi itu. Apa pulak tak boleh redah
lautan berapi? Ingat untuk orang bercinta je ka redah-redah api tu.
So nak buat
pengumuman dekat sini wanita itu sangat awesome GILER! Liz siap boleh buli dia lagi ada. Baik sangat-sangat orangnya. Korang tu yang
buat pasal memangla dia garang. Liz ni baik so pastilah jadi kesayangan. So nak
end up story liz kena karangkan dekat blog. Walauapapun berlaku dalam kehidupan
sehari-hari kita, kita perlu percaya pada rezeki dan usaha itu perlu.
Ingat lagi
dialog masa merajuk balik rumah tak mahu kerja dekat PACIFIC bila mak tanya
“Kenapa tak nak
kerja dekat sana kan dekat boleh duduk rumah Dee pastu jalan kaki sejengkal je.”
Me : “Tak nak
lah kerja belakang tu kak.zu tu belagak, bajet bagus je.” Terus tidur tutup
pintu.
Tapi sebenarnya
semua tu INTRO je. Sekarang ni dah macam family. Kak Ina pula penyelamat keadaan masa
mula-mula masuk kerja. Dia lah yang tunjuk semua tempat, macam mana nak guna
mesin Photostat, macam mana nak buat panggilan keluar, macam mana nak guna
mesin liminate. Harapkan Cik Zulaihah yang bajet busy pada mulanya tu memang
macam haram la kan. Hoho.
Hari demi hari
berlalu. Kami rapat dan semakin rapat. Bila dah terlampau rapat makin sengal
pulak. Bila dating angin mengarut cakap
pot pet macam buntut ayam. Tapi kak. Ina
kata masa mak dia hamilkan dia, mak dia suka tengok mercun. Sebab tu mulut
macam mercun. Pandai pulak akak ni melawak.
Tak best cerita banyak-banyak.
Apakata tengok gambar pula.
Sis ina waktu ni macam mood swing je.Tiba-tiba macam polite sangat. Sedih simpan dalam hati.
Senyum pun ala-ala je.
Department Admin HR ni memang suka bagi hadiah buku ke eh?
Buku ni memang kena prank habis lah. Siot la kak.zu!!
1. Holla ayuh peace too baby. Tak pernah ada adik, takutnya nak sentuh perut kakak ni.
2. Yang ini masih lagi 9 minggu kecil lagi baby tu.
Alrite masa pemulangan badge. Hukhuk. Uniform pun dah pulangkan so berbaju putih semula seperti mula-mula masuk. Serahkan semula jawatan ini pada supervisor liz.
InsyAllah hari isnin nanti kerusi liz akan digantikan oleh kak.as
~~~~~
Last pose! Kissing and hug time. Masa ni mood sis ina macam malu-malu. Selalunya dia sporting. So last pictures dekat office. Sitting dekat my chair.
Macam mama dengan daughter x?
Keesokkan pula bawa sis zu shopping.
Makan shopping semua dah. Cant upload all pictures. Ini sahaja yang mampu.
Alrite wait next post me as Admin HR. Hoho.
1 comment:
abis praktikal ker?
Sedang mencari sponsor. Hubungi ejulz jika berminat k.. ^_^ "Mencari sponsor GA kad raya 2013.."
Post a Comment