Salam ramadhan dan salam hormat semuanya. Semangat tak tajuk liz? Selesai sudah payroll untuk staff. Pay slip pun dah print out. Apa yang seronok jadi HR ialah kita boleh tahu semua gaji staff tak kira apa level pun tetapi menjadi seorang HR perlulah amanah. Semuanya adalah P & C.
Semangat raya sekejap ada sekejap hilang, bila dah siap kerja yang paling utama di hujung bulan ni barulah beransur lega. Belum boleh lega lagi sebab foreign worker salary tak siap lagi. Account mereka close end of the month, tak macam untuk staff sini ialah pada 25 HB. Jadi semua orang dah excited sangat nak gaji.
Malam ni boleh la liz buat kuih raya dengan sedikit tenang. Hari ni baru bermula buat biskut SEMPERIT. Bukan sempit okeh. Liz selalu tersasul nak sebut biskut sempit. Jadi after berbuka selesaikan magrib dan juga isyak kemudian barulah beransur mulakan operasi.
Sakit nya tangan uit menerap adunan ni. Sebiji-sebiji rasanya tulang belakang ni dah bengkok 360 darjah serta merta. Sambil tu juga la menukar-nukar dulang
Tadaaa .... after few hours.
Ada yang berminat nak order tak? Hoho buat untuk sendiri makan pun dah sakit jari.
No comments:
Post a Comment