Wednesday, August 14, 2013

Nilainya Cinta Sejati


Assalamualaikum. Syawal yang ke-berapa pun liz dah tak sedar bila dah mulai sibuk dengan kerja. Tetapi hari ini liz bukan nak cerita mengenai kerja yang bertimbun berhari-hari tu.

Hohoho sebenarnya mengenai cinta gitu. Tajuk pun sudah terang lagi bersuluh kan. Bukan nak describe what is the true meaning about love or membebel jiwang-jiwang tetapi liz nak share kisah benar cinta seseorang.

Percaya atau tidak terpulang. Hari ni keluar melepak dengan seorang kawan lelaki, makan kedai mamak. Cerita punya cerita keluarlah soalan, "bila nak kahwin?" Memandangkan dia lebih berusia dari liz, makanya soalan itu ialah dari liz kepadanya.
Selambanya kawan liz tu jawab, belum masanya lagi. Calon pun tak cari lagi.

Cerita punya cerita lagi. Rupanya ada kisah sedih disebalik semua yang berlaku. 'HATI' yang masih belum mampu melupai sejarah silam yang perit dengan pengorbanan. Semua kerana salah faham kata-kata yang terluah dari kedua belah pihak. Bila tesedar rupanya masing-masing saling mencintai namun semuanya sudah terlewat. 

Si lelaki terlalu sibuk membina kerjaya sehingga membiarkan si gadis ternanti tanpa jawapan. Setelah sekian beberapa lama, pinangan dari pihak lain datang merisik si gadis itu. Si gadis pula masih dalam keadaan keliru untuk menerima pinangan itu atau setia menanti cinta yang belum pasti.

Si gadis menghantar pesanan ringkas "Saya nak bertunang"
Si lelaki terkejut lalu terus menjawab "Atas pilihan awak, kalau dah sedia bertunang lah"

Saat ini keduanya salah faham. Si lelaki menganggap si gadis sudah pun membuat keputusan untuk bertunang. Sebab tu lelaki ni secara redha berikan jawapan acuh tak acuh kerana menganggap buah hatinya memilih untuk bertunang dengan lelaki lain sedangkan si lelaki ini sudah pun merancang untuk membeli cincin dan menghantar rombongan merisik minggu hadapan. Disebabkan statement kedua belah pihak begini, akhinya si gadis merasakan dia tidak perlu lagi menanti si lelaki yang tidak lagi menyayanginya. 

Makanya bertunanglah si gadis ini atas pilihan keluarga. 
Selepas beberapa hari gadis ini bertunang, barulah si lelaki ni meluahkan rasa hati kecewanya. Masa tu dah terlewat, pujaan hati sendiri telah pun sah menjadi tunangan lelaki lain. 
Kedua belah pihak menyesal tak sudah. Shahdu menahan perasaan masing-masing. 
Sehingga ke saat si gadis tu bernikah, lelaki tu muncul juga pada hari majlis. Sesi bergambar, si gadis tu sempat menarik lengan kawan lelaki liz tu atas pelamin tu bergambar berdua. Sahabat dan saudaramara yang tahu mengenai kisah mereka menitis air mata tengok moment tu. Masa tu pengantin lelaki tu tengah tukar persalinan kedua. 

Jadi waktu tu walaupun impian tak sepenuhnya tercapai untuk duduk bersanding bersama. Membina impian hidup bersama sehingga ke akhir hayat apatah lagi. Cukuplah sekadar sekeping gambar pengubat impian yang tidak terlaksana. 
Sehingga ke saat ini, kawan liz tu masih tidak dapat mencari pengganti yang boleh menggantikannya. 




Sempat lagi liz bergurau dengan soalan. Andai kata suatu hari nanti mereka bercerai atau lelaki tu pergi dahulu disebabkan ajal masihkah awak sudi terima dia sebagai suri hati?

Kawan liz jawab "YE SUDI". Walaupun sudah beranak dua. Cinta bukan semata kerana wanita itu masih dara atau janda. Cinta itu datang dengan pelbagai cara. 
Hanya yang ikhlas tahu menilainya. 

Sekian kisah liz share dengan korang hari ni. Bahasa agak baku kaku, tak reti nak cerita kisah orang lain. Tapi liz rasa sedih sangat dengar cerita tu tadi. 

Salam ketemu kemudian story. 




No comments: