Assalamualaikum. Taniah buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga
dalam bulan syawal ini.
Dan tak lupa juga untuk teman-teman yang sedang merancang kearah itu. Liz
doakan semoga kalian semua disatukan tidak lama lagi. InsyAllah berdoalah
banyak-banyak padaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang tebaik buat hambaNya
sekalian.
Oleh itu, liz ada soalan untuk korang semua hari ni. Sepanjang korang bercinta lah kan, sejauh
mana korang mengenali hati budi pasangan masing-masing? Dan sejauh mana korang
kenal ahli keluarga pasangan korang? Jadi ada baiknya juga korang bercinta sekali
dengan ahli keluarganya. Ketahuilah
tentang perilakunya terhadap keluarganya, khususnya kepada kedua ibu-bapanya.
Tidak semestinya lelaki yang cepat sediakan itu dan ini untuk kamu itu
ialah lelaki yang baik. Pernah tak kaji
mana sumbernya? Mana tahu dari sumber yang haram.
1. Pilihlah kerana agamanya, perkahwinan dibina atas sebab akhlak dan
agama. Andai memilih pasangan kerana
hartanya atau kedudukannya, biasanya mereka akan meninggalkan pasangan mereka
apabila semuanya hilang.
2. Periksa kesihatan sebelum berkahwin.
Banyak Negara mensyaratkan semua pasangan melakukan ujian ini tetapi
pemeriksaan ini bersifat anjuran untuk kebaikan kedua belah pihak sahaja. Contohnya jika kumpulan darah suami positif,
sedangkan kumpulan darah isteri negative, anak pertama akan mewarisi kumpulan
darah ayahnya yang positif. Sehingga
dalam tubuh si ibu akan muncul unsur-unsur yang berlawanan dalam darahnya yang
akan semakin bertambah banyak pada setiap kali hamil. Meskipun anak pertama yang lahir dalam
keadaan baik, tetapi anak yang lahir selanjutnya memerlukan adaptasi pada sel
darahnya sesaat selepas kelahiran.
Diantara pemeriksaan yang biasa diadakan sebelum perkahwinan ialah
pemeriksaan air mani bagi lelaki, untuk memastikan kesuburan dan mengubati
kelemahan atau penyakit. Selain itu juga
melakukan pemeriksaan prostate untuk memastikan bahawa dia terbebas dari radang
menahun yang mungkin akan pindah ke leher rahim si isteri.
Liz pun tak tahu dengan detail sebab tak tempuhi lagi proses ini, janganlah tanya liz macam tanya doctor pula
ye. Liz cuma share apa yang liz tahu. Selebihnya pergilah rujuk pada yang
pakar. Liz beritahu apa yang sepatutnya dilakukan sahaja sekiranya ingin
berkahwin.
Pemeriksaan kesihatan ini
penting untuk keduanya juga.
Untuk step seterusnya nanti akan bersambung lagi.
No comments:
Post a Comment