Wanita
muslimah sering kali terjebak pada beberapa kesalahan dalam memilih pasangan
hidup, yang mana hal itu boleh menjadi salah satu penghalang kebahagiaan dalam
kehidupan rumah tangga.
Keberkatan,
kebaikan, keberuntungan dan kebahagiaan tidak akan diraih oleh seseorang wanita
andai memilih pemuda yang tidak rajin solat, sebab ciri orang Islam adalah
solat.
Lelaki yang
tidak mencintai ilmu dengan orang yang berilmu. Sebab dia adalah manusia yang
paling jauh dari kebahagiaan rumah tangga. Tidak mahu mengenal ilmu dunia dan
akhirat. Leka dan lalai dengan keasyikan dunia tanpa menghirau dosa dan pahala.
Kebahagiaan
rumah tangga akan terwujud jika suami adalah orang yang berilmu. Mengenai dosa
dan pahala, halal dan haram dan lain-lain lagi. Mengapa ada manusia yang marah
apabila ditegur untuk melakukan kebaikan? Sedar atau tidak kebaikan itu adalah
tiket untuk kita ke syurga namun mengapa tidak memilih jalan yang betul? Megah
dengan kebesaran diri sehingga lupa bahawa Allah adalah Maha besar lagi Maha
kuasa. Pilihlah pasangan yang menyayangi kita dunia dan akhirat kerana akhirat itu yang kekal.
Jangan
mengutamakan lamaran dari lelaki yang banyak hartanya, tinggi jawatannya atau
tampan rupanya, jika tidak beragama dan berakhlak dengan baik. Sebab itu ukuran ‘anak dunia’. Jadilah kita ‘anak akhirat’ bukan anak dunia.
Pilihan di tangan kita, untuk menjadi muslimin keturunan atau muslimin yang
beriman. Sedar atau tidak, usia kita semakin meningkat, jangan jadikan alasan
masalah dunia sebagai tiket untuk kita langgar larangan Allah. Yang ditegur
adalah kebaikan.
Istikharah
itulah kuncinya dalam soal memilih pasangan.
No comments:
Post a Comment