Assalamualaikum dan selamat malam. Jom bersambung lagi
tentang post liz yang lepas iaitu megenai langkah menuju perkahwinan.
3. Hukum-hukum meminang. Ramai yang nak masuk meminang anak dara orang
tetapi tidak tahu caranya? Alrite lets read here. Setelah membuat pilihan yang baik, si wanita
dan si lelaki telah pun melihat pasangan masing-masing, mengenali hati budi
masing-masing tetapi tetap masih ada hal-hal yang lain yang hanya diketahui
oleh Allah. Oleh kerana itu, Rasulullah
s.a.w memberi tunjuk ajar agar kita beristikharah untuk mengetahui hal
tersebut. Istikharah adalah meminta yang
terbaik kepada Allah di antara dua perkara. Ingat lagi tak maksudnya ni? Dulu masa sekolah menengah kamain lagi menghafal semata nak dapat A SPM kan tetapi mana perginya ilmu kalau tidak diaplikasikan sekarang.
4. Istikharah. Solat istikarah adalah solat sunat dua rakaat yag diikuti dengan doa khusus yang didalamnya seorang hamba meminta kebaikan untuk melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan uang diperbolehkan oleh syariat.
Seandainya dah tiba masanya, laksanakanlah solat istikarah. Mudahan anda semua diberi pertunjuk.
Will be continue ..
No comments:
Post a Comment