Salam.
Dear Blog ..
Hari ahad ialah hari paling aman dari segala masalah manusia dekat pejabat. Alam pekerjaan lagi horror dari alam Uni okeh. Yang pasti ada yang nak over take kita punya task pun ada, dalam cara halus. Busuk betul hati orang macam tu. Demi mengisi tabung beli kereta takpelah, menyabar lagi mampu.
Hari ni memang membuta sampai jam 12.30. Okeylah kan, revenge semula masa mata ni mencelik. Malam tadi liz tidur lewat jugak, bersaing dengan nana menjahit sama-sama melalui wataps. *yups kami memang sahabat yang comel. Jarak bukan penghalang menjadi mesra dan akrab.
okeh ini kapas untuk bantal liz nanti.
Ini benang yang liz gunakan. Buat masa ni hitam dan putih sahaja adooooo!
Dalam ni semua abjad yang liz dah buat. Tupperware cilok jek dekat dapur.
Ini jarum yang liz guna, memang besar barulah jahitan pun timbul.
Jangan risau semua barang boleh beli dekat DAISO.
Okeh ni ala-ala topi konvo gitu, puas memikir macam mana nak letak rambu rambai ni. Cuba je lah. Lagipun ni 1st try liz menjahit kain felt ni.
Yang ni pun belum siap lagi. Semua huruf ni akan dilapik dengan warna hitam. Baru dia timbul.
Nanti dah siap liz update lagi. Huk Nampak tak gigih bahagikan masa menjahit, betapa nak tunjuk ikhlasnye. Untungnya bermenantukan liz ni makcik makcik, bantal sekeluarga macik-macik liz boleh jahitkan. Okeh cik yah cik ngah jangan gaduh-gaduh, hantar je calon nanti liz pilih.
Alrite nak simpan dah, kena mengemas diri dan pakaian pula, bila menjahit ni benda lain terabai.
Salam sayang.
No comments:
Post a Comment