Wednesday, September 25, 2013

Met Up! Daiso Japan.


Salam.
Dear diary. Hari ni hari rabu, selalunya tema blogger suka buat WORDLESS WEDNESDAY. Tapi liz nak wordssss Wednesday hari ni.

Sejak kerja dekat tempat baru , liz baru perasan selepas sebulan kulit muka tangan kaki semua dah hangus. Senang cerita dah gelap gelita. Maybe sebab bila waktu lunch liz balik ke rumah, jadi ulang alik sehari harian dah dapat hasilnya.

Ahad lepas liz pergi KL, sebulan lebih tau tak jumpa dia. Bertambah-tambah busy bila masing-masing dah involve dalam kerjaya masing-masing. SE vs HR. Software engineer vs Human Resource. Gila banyak benda bercanggah, jadi bila dalam telefon pun nak bergaduh, pasal itu ini pasal insurans pun nak gaduh, pasal EPF, pasal masa, pasal cari pasal pun ada. Jadi kalau jumpa kitaorang janji tak kan cerita pasal benda yang serius.

Bengang kut, sekali lagi, liz kena tunggu dia sampai. Kali ni 1 jam. Perut dengan laparnya gerak dari Pahang jam 8 pagi. 3 jam dalam bas bukan perkara yang best okeh. Boleh tidur bangun dan tidur lagi, orang selalunya pergi date, siap-siap terus ada orang datang ambil depan rumah sambil siap buka pintu lagi. *Ala-ala gentleman gituh.
Siap ada bunga lagi okeh. Ops pasal bunga sensitive okeh, ex plus ex classmates dia pernah bagi kat liz. *Siap jadi wanita pertama dapat bunga dari dia.

 
 
Now kulit kembali hitam manis, baru nak feeling-feeling alami pencerahan selama 1 minggu ala-ala "tagline" lotion dalam tv.
Orang dekat belakang tu nak tompang masuk blog liz la tu.
Welcome Sg. Wang.
 
Datang sini sebab liz nak pergi DAISO. Alrite siapa yang tak pernah pergi, DAISO ni ialah shop yang jual perbagai barangan untuk hand craft. Boleh deko dari A - Z.
 
 
 
Antara kedai yang jadi favourite liz sekarang. Ada sesiapa nak buat craft tangan sendiri untuk hadiahkan pada yang istimewa tapi tak nak cari dekat mana? Moh le kita jejak ke DAISO. If you all nak tahu mana location nya boleh google je. Ada banyak cawangan dalam Malaysia ni.
 
 
Total up RM75 .. hoho masa mula-mula masuk ni main ambil je, tak tahu pun price for each items ni how much. So liz bagitahu awal-awal na kat sini, semua harga RM5 setiap barang, tak kira kecit besar panjang pendek barang tu. Tak kira!! RM5 jugak.
Jadi waktu bayar tu, SE complaint 'kalau gitu kita kena ambil barang semua yang besar-besar barulah tak rugi.'
 
 
 
Antara kain felt yang liz shop! Tq nana sebab bagitahu kita mana nak cari kain felt ni. Tq sangat. Dalam usaha menjahit bantal now. Pada awak-awak yang nak jahit bantal atau apa apa sahaja menggunakan kan felt boleh dapatkan di sini. Kalau ada tempat yang lagi murah, jangan lupa bagitahu liz tau. *mana tahu ada yang jual berela-ela boleh liz jahit buat langsir. Macam awesome bukan langsir with felt.
 
Dalam ni macam-macam lagi ada, benang ada, jarum, button. Nanti liz update lagi pasal bantal yang liz tengah jahit ni.
 
Terima kasih sudi membaca, tak kisah kepada yang menyukai atau yang membenci.
 
Salam.

2 comments:

Sally Samsaiman said...

tempat feberet menghabiskan duit -__-

Liyliz said...

Jom kita jht sama sama