Friday, April 25, 2014

Bantal Felt Hubby


Assalamualaikum. Hi semua. Hari ni liz share dengan you all gambar bantal yang liz dah siap buat.  Macam tak percaya tangan jari jemari ni ada bakat dalam jahitan. Tapi setakat jahit bantal je la, jahit baju sendiri belum mampu lagi. Sebut pasal baju, argh baju raya tak buat lagi. Ehhhh puasa tak habis ganti lagi. Jangan berangan nak fikir baju raya selagi puasa tak ganti habis!!

Sambung cerita pasal bantal tadi. Liz dapat tempahan ni daripada promoter dekat tempat liz kerja.  Pengantin baru la juga kiranya. Baru nak masuk 3 bulan berumah tangga.  Jadi untuk kenangan dan ingatan tarikh tu, akak ni mintak liz buat kan 2 biji bantal.  Alhamdullilah rezeki di hujung bulan April.

Warna dan tulisan akak tu serahkan sepenuhnya pada liz. Dia cuma request tarikh dan hari sahaja. Sebab nak lari daripada warna pink dan baby blue. Liz cadangkan untuk buat warna kuning susu. Belakangnya pula warna coklat. Liz sekarang suka kahwinkan bantal. Nak kahwinkan diri sendiri belum cukup duit. #sambil #buka #purse


Warna pink tu ialah LOVE tapi separuh sahaja sebab separuh lagi ada dekat pillow wifey. OTW tengah siapkan.  Bantal ni pun liz matikan jahitan pagi tadi tepat jam 8 pagi tau. Lepas tu terus siap pergi mandi nak masuk kerja.  Semangat tak?

Liz harap kakak ni suka bantal yang liz buat ni.  Nantikan  pasangan bantal hubby ni pulak tau. Mestilah bantal wifey kan. Kalau ada sesiapa berminat nak order jangan segan-segan untuk pm dekat fb liz ye.

4 comments:

Admin said...

terbaik lah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik, wahh kreatif kamu.. rajin betul menjahit ya, semoga bertambah murah rezeki kamu ye. singgah menabung astrogempak sini~~~

Fatin Najwa said...

wahh! so cute lah bantal tu! kreatif =)

http://theilusi.blogspot.com/2014/04/april-may-ga-by-amirah.html

maszull said...

assalamualaikum liyliz...cute jer...:)