Monday, April 28, 2014

Weekend Activity


Hai assalamualaikum. Lama pula rasa tak update blog. Sekarang ni tempahan bantal semakin banyak. Alhamdullilah rezeki. Mungkin sebab harga yang liz jual tu tak mahal mana berbanding dengan tempat lain. Sebab liz bukan berbusiness sangat dengan bantal. Cuma .... mulanya minat menjahit dan hadiahkan pada kawan-kawan.  Tak sangka pula dapat sambutan dan rezeki liz semurah ni. Lagipun setiap kali lepas solat selalu minta dengan Allah murahkan rezeki liz sekeluarga.

Syukur sangat. Walaupun liz ni pekerja sepenuh masa dengan orang tapi menjana pendapatan sampingan punya aura tu memang lain macam. Lagi-lagi liz dapat hasilkan produk sendiri. Sangat berbeza dengan liz jual shawl ataupun closet.

Liz share sikit tempat liz buat kerja. Sepahan nya tak payah cakaplah sebab bila tengah buat kerja tu tak perasan jam dah pukul 1 pagi, sibuk kelam-kabut nak tidur sebab esok nak kerja.  Bila dah rasa lewat sangat, liz pun suka juga biarkan bersepah sebab malas nak kemas. Kononya esok pun nak buat juga lagi, biarlah macam tu je. Teruk tui perangai. Mujurla mak dengan nenek dah faham perangai liz ni. Kalau tak nenek liz tu kuat juga bisingnya.

Ini untuk tempahan baru. Hari sabtu ni nak bagi by hand je.

Ini baru sikit! Malu nak tunjuk banyak-banyak. 

Ni baru draft nya. Sweet la sangat bofie nya nak buat surprise untuk girfen dia.  Lelaki-lelaki dekat luar sana tu, jangan lah asyik hadiahkan girfen korang teddy bear. Macam old school nya gift kan. Apakata order bantal felt ni dengan liz. Boleh tulis nama. Empuk boleh tidur malam lagi tau. 

Boleh wataps liz di 017-9804423 untuk tempahan. Serius buyer sahaja ye. Untuk sesi berkenalan memang tidak dilayan.

 Ini tempahan terbaru yang dah siap deliver.




5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum liyliz, alhamdullilah. bertambah murah rezeki bisnes awak. syukur dik. hehee lawanya bantal felt ni. dulu pernah juga cuba berkreatif tapi separuh jalan je dah malas. hahahah ~~~

Liyliz said...

wasalam kak. alhamdullilah. liz syukur sngt akak.

✿INA AINAA✿ said...

Kalau ada bakat terpendam, memang best kan kan. Ena ni bab2 jahit ni memang, eeerrrrr fail! Sob sob sob.. Apapun, all the best liz.. esok buka butik lak. Ekekekek

sHaRiNa eLyaNa said...

wah makin ctk hasil tgn liz..
btw done whisper :)

Qaseh Vee said...

mmg kreatif . klu sis kerastangan jer ... follow sini (307