Assalamualaikum. Yumy-yumy!!! Yey cerita pasal makanan. Liz kalau pergi jalan-jalan, liz lebih suka cari makanan daripada shopping. Eh yeke? Makan ke shopping?
Destinasi kali ni kita ke The Mines.
| Ikan Bakar Super Meal | Decide untuk makan dekat food court. Mulanya nak ke Seoul Garden tapi bila check menu dalam Seoul Garden dalam tu, rasa nak menangis je sebab terlalu sikit. Too bad The Mines punya Seoul Garden. Jadi nasihat kepada mereka-mereka yang suka makan dekat Seoul Garden, mohon semak menu di dalam kedai dulu. Ada tempat menunya memang banyak. Jadi nak makan lama-lama pun puas hati.
Okay sambung cerita pasal Ikan Bakar Super Meal. Tempat ni sangat sempoi dan layan diri lah yang pasti sebab dah nama pun food court kan. Janganlah harap ada waiter pi tanya order dekat hang pulak na. Apa yang best kedai ni makanan dia memang murah. Maksud liz murah daripada restaurant lain. Hihi.
Menu yang liz pilih ialah :
1. Ayam bakar + nasi = RM 7.9
2. Ikan bawal bakar + sotong + nasi + sup = RM 12.90 *kalau tk silap
3. Sayur bendi + ulam raja = RM 5
Ikan bawal bakar + sotong + ada sikit bendi.
Mine! Ayam bakar sambal.Ayam nya sangat banyak.
Bendi dan ulam raja.
Sebenarnya masa menu-menu kami sampai perkara pertama yang kami tak sangka ialah setiap menu tu ada ulam raja. Jadi bila order sayur ni terasa macam ________________ fuh banyaknya bendi dan ulam raja nak kena telan ni. Hihi. Makanan dekat sini pada liz sedap, cuma ______ pedas sikit. Masa makan masing-masing akan mengeluh 'ssshhhssshhh pedas' pastu sambung makan.
Air nya pula kami tak beli dekat sini sebab AA suka Chatime.
Alhamdullilah done for lunch. Dan kami minta bungkus bendi dan ikan bakar sebab banyak sangat tak larat nak habiskan. Pekerja dekat kedai ni pun peramah. Lupa nak cakap yang AA siap apply kad chatime, mula-mula dia tak nak. Lepas liz cakap "i think you should, siapa yang selalu ajak cari chatime bila time shopping?" Jadi apply RM4 sahaja sebab kebetulan promosi. Kalau bukan promosi apply kad ni RM10.
~Happy lunch time.~
Selamat mencuba.
1 comment:
nampak sedap..
Post a Comment