Wednesday, August 27, 2014

Persiapan Annual Dinner Syarikat TF Value Mart Kuala Lipis #Part 1


Assalamualaikum. Alhamdullilah ada juga masa liz nak update pasal persiapan Annual Dinner yang pertama buat TF Value Mart Kuala Lipis.  Di sinilah tempat liz mencari rezeki sampai berjaya beli kereta sendiri tau! Okay sambung cerita pasal persiapannya. Ya Rabbi cuak sangat-sangat bila diberi tanggungjawab ni. Liz bukanlah pandai sangat dari segi perancangan buytheway cerewet je yang lebih.

Rakan sekerja yang dengar semuanya seronok. Macam-macam dah depa ni berangan nak pakai apa. Confirm!!! Tapi liz tak dapat nak beranganlah-mana pasai duk memikirkan makan apa? Hotel mana? Persembahan apa? Door Gift apa? Emcee siapa? Dan macam-macam lagi perkara yang perlu di fikirkan.  Tapi Alhamdullilah liz ada rakan sekerja yang tolong support liz.  Walaupun ada dalam kalangan staf yang tak pernah rapat dengan liz tapi bila liz minta tolong depa jawab "No problem". Syukur Alhamdullilah kan. :)

Perkara pertama yang liz buat bulan lepas ialah survey HOTEL. Sebenarnya dekat Kuala Lipis ni bukan banyak sangat Hotel. Hotel yang ada Hall cuma ada 3 iaitu - Centrepoint Hotel - Lipis Plaza Inn - D' Valley Inn Hotel - ini sahaja pilihan yang ada. Memang agak susah sebenarnya.
Finally decided untuk buat dekat D' Valley Inn Hotel. Dewanya besar muat sehingga 400 pax. Dalam dewan ni pula siap ada surau dan tandas. Alhamdullilah kemudahan semua ada. Kemudian bila dah jumpa Hotel yang sesuai makanya masa untuk memilih menu lah pulak kan.

3 Kali quotation tukar. Cerewet juga liz pasal makanan. Sebab Operation Exec (OE) dah pesan - fikirkan menu yang bagus supaya semua staff makan pun seronok.  Sebenarnya OE liz ni nampak je garang, suka membebel tapi baik hati. Dia memang lah tegas tapi sebenarnya bab-bab kebajikan staff dia jaga. Tapi kalau staff yang selalu buat hal, rasanya bos mana-mana pun rasa tawar hati nak ambil tahu. Betul tak?

Okay lets proceed! Liz ajak seorang ofismat teman liz untuk tengok dewan dan bicang quotation makanan. Sekarang ni menu semua dah selesai. Alhamdullilah selesai tetapkan menu. Mudahan semuanya sedap. Door gift pun liz dah siap buat tempahan. Tinggal tunggu siap je. Cuma kena fikirkan decoration untuk stage dan juga photo booth. Jom tengok gambar dewan yang kami pergi semalam.  Dewan ni baru je selesai buat majlis perhimpunan Umno. #wootwoot

 Pentasnya.
Okayla sekurangnya ada space untuk mereka yang buat persembahan. Hah pasal persembahan pun dah selesai. Upah je emcee cari kan.



 Ruang ni mungkin nak buat Photo Booth.

Memang masih blank dan tak da idea lagi. Untuk lebih kurang 100 lebih orang. Tak boleh nak bayangkan pun bila tengok kerusi banyak-banyak macam ni. Pengurusnya tak sempat lagi nak suruh anak buah kemaskan katanya.  Well! Hope everything gonna be okay. 


No comments: