Tuesday, January 13, 2015

Kursus Perkahwinan Perlu Ke Buat Walaupun Belum Ada Calon


Kursus Perkahwinan Perlu Ke Buat Walaupun Belum Ada Calon | Assalamualaikum dan salam 2015!  Topik ni terkeluar bila borang permohonan cuti staf dekat tempat kerja aku ni asal cuti je tulis alasannya ialah HADIRI KURSUS KAHWIN.  Walhal mereka ni muda-muda lagi dari aku.  Aku sendiri pun belum tergerak hati nak buat kursus kahwin walaupun _____ hehe. Konon-konon buat suspen.  

Bermain pula di minda fikiran aku ni dengan soalan "Perlu ke buat kursus kahwin awal-awal walaupun belum bersedia nak berkahwin?"  Ada macam-macam pendapat punya lah keluar.  Ikut atas permikiran memasing.  Ada yang kata apa salahnya buat awal-awal sebab sekarang harganya murah. Dah macam lesen kereta punya statement kan?  Haha ~~~ Ataupun buat dengan kawan-kawan ada geng sebab berkumpulan.  Buat je awal-awal sebab senang nanti kut-kut kena jadi bidan terjun senang dah siap kursus. Aik macam tu boleh? 

Dulu pernah masa zaman Universiti dulu.  Ada pihak yang anjurkan kursus perkahwinan dengan harga RM50 je. Ramai sangat kawan-kawan yang ajak pergi tapi aku lebih tertarik dengan statement kawan aku sorang ni yang kata "Pergi nanti kursus kahwin dengan pasangan kita.  Lagi seronok. Sama-sama dengar benda yang sama di bawah penceramah yang sama." Rasa lah saat-saat persiapan perkahwinan tu sama-sama. 

Korang pula macam mana?  Tapi aku memang haraplah boleh pergi kursus kahwin ni sama-sama dangan bakal suami. Eehemm!! Tapi kadang-kadang isu jarak, isu masa dan macam-macam isu pun akan timbul. Jadi mudahan dapat lah buat sama-sama. Tak nak buat asing-asing.  Korang macam mana?

Dreaming you alls.  Calon pun tiada nih. Hehe.
Lama dah tunggu nih! Sobs-sobs





10 comments:

Lieya Von Jay said...

Akak rasa cam rugi jer masa belajar tak amek. Skrg ni baru nak kalut.

vaniLLa a.k.a eLya said...

Buat akak rasa mcm nak g amik kursus tu skrang je... Hahahahaha

Liyliz said...

Amik la bsm si dia

Liyliz said...

Haha.. Blh la tu akk persilakan berkursus dl

Unknown said...

Alhamdulillah kak da setel Liz :) mcm sweetje statement kawan Liz tu.heeee

Raihana said...

pergi waktu nak kahwin elok juga. waktu tu otak fikiran kita masih fresh and bersedia ke arah tu. kesedaran tu lebih bila pikir kita ni nak jadi bakal isteri tak lama lagi. pergi awal-awal takut semua ilmu tu dilupakan. tapi kalau dah pergi, and nak pergi sekali lagi tak ada salahnya :)

Raihana said...

pergi waktu nak kahwin pun elok juga. waktu tu otak fikiran kita masih fresh and bersedia ke arah tu. kesedaran tu lebih bila pikir kita ni nak jadi bakal isteri tak lama lagi. pergi awal-awal takut semua ilmu tu dilupakan. tapi kalau dah pergi, and nak pergi sekali lagi tak ada salahnya :)

Raihana said...

pergi waktu nak kahwin elok juga. waktu tu otak fikiran kita masih fresh and bersedia ke arah tu. kesedaran tu lebih bila pikir kita ni nak jadi bakal isteri tak lama lagi. pergi awal-awal takut semua ilmu tu dilupakan. tapi kalau dah pergi, and nak pergi sekali lagi tak ada salahnya :)

Sally Samsaiman said...

ambik awal pun takde masalah sbnrnya...sbb tu boleh jadi pengetahuan asas...dan persediaan nak mencari calon :D

cik amal said...

nk try, tapi takut ibu kata gatai la pulak
:D