Friday, February 20, 2015

Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam


Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam |  Assalamualaikum .. Korang pernah tak dengar pasal Skechers? Aku selama ni tak pernah pun dengar tapi dek kerana makdee yang tersayang tu. Aku dengar je cerita dia pasal Skechers ni.  Aku tak faham kenapa lah makdee aku ni semaca fanatik sangat dengan kasut jenama Skechers ni. 

Alang-alang nak ke Setia City Mall ke-esokkan harinya jadi teman lah dia cari Skechers ni kut-kut ada dekat Setia City Mall.  Memang ada pun kedai Skechers ni dekat sini.  Serbu lah pun kami ke kedai tersebut.  Skechers ni asalnya jenama daripada US dan ciri-ciri kasut ni sesuai untuk workout dan juga untuk berjalan. Untuk kategori kasut wanita terbahagi kepada 3 iaitu Lifestyle / Performance / BOBS.

Contoh Lifestyle


Contoh Performance


Contoh BOBS




Ada macam-macam jenis kasut Skechers ni antara-nya yang biasa aku dengar GORUN & GOWALK.


Yang aku pakai ni Flex 2. Ini dibawah kategori Lifestyle. Harga nya ialah dalam RM200++ 
Aku sendiri rasa selesa sangat dan ringan. Memang patutlah pun harga-nya mahal macam gini.


Yang makdee pakai ni Cali. Pun dibawah klategori Lifestyle. Yang ni size 7 makdee kata rasa macam ketat sikit. Dia order dengan kawan dia dekat US saiz 7.5 tapi macam dekat Malaysia size .5 ni takda. Kalau tak muat 7 kena lah ambil size 8 itulah perbezaan-nya. Harga yang ni RM259.00


Semua nak!! Banyak yang cantik dan boleh buat rambang mata. Tengok orang dekat belakang tu sampai duduk memilih Skechers. Dasyat! Kami cuma tahap sepah menyepah je lepas tu terlupa kasut yang pakai tadi letak dekat mana.



Last sekali beli yang ni. Yang ni new arrival jadinya takda lah discount. Macam yang dekat atas tadi tu ada 30% discount.  Bagi yang ada budget lebih nak kaki selesa berjalan. Ataupun yang kuat brzomba ke jogging ke boleh la cuba jenama Skechers ni. 

Boleh visit website mereka di : 

No comments: