Monday, February 9, 2015

Getting Surprised On My Birthday


Assalamualaikum .. #sambiltersenyum haha
Aku tak sangka sebenarnya yang birthday yang ke 23 ni dapat banyak kejutan.  Sebab-nya aku dah rosak-kan mood birthday sendiri pada tarikh yang sepatutnya.  Ehem mungkin sebab masa tu ialah minggu RED FLAG.  

Sehari sebelum birthday pun dah emosi sedih menguasai diri.  #salahfahamjepun tapi entah macam mana mood sedih terkena pada sehari sebelum birthday jadi-nya menjadi-jadi pula perasaan sedih tu. Ego merajuk tu kemahein la terbawa-bawa sampai ke hari Jumaat (birth date).   Sebab tu entry My Birthday tu entry redha tahap gaban. #poyosangat 

Hari Jumaat aku kerja lepas tu sabtu pun aku kerja. Jadi hari ahad baru la ada masa nak berehat.  Merajuk! Tak nak keluar dengan #boss sebab menangis pun pasal dia lah. Pasal apa tu rahsia la tak kan nak cerita semua amboi hampa korek rahsia sampai ada yang PM FB ada yang WASAP lagi sebab nak tengok gambar #boss 

Hari sabtu ialah hari yang seharian kena pujuk. Okay konon-nya kena pujuk lepas tu kena marah pula. Aku punya sensetip dahla senipis kulit bawang, kalau dengar statement tegas terpancul dari mulut dia aku sentap ketap-ketap bibir.  Padahal memang mood dah tengah RED FLAG, mau tak sensetip.

Dalam phone siap bagitahu awal-awal dah pukul 4 kena pergi Ampang jumpa seller ambil barang yang dia tempah.  Seriously aku tak da nak fikir pun itu ialah surprise untuk aku sebab a week before birthday aku dia cakap ada special budget untuk aku. I thought ada orang ajak aku beli cincin!!! Hahaha perasan giler weh.  So I guess itu ialah surprise-nya.  Dan aku wish nak makan dekat Ice Room.  Tapi hampeh giler sebab tak tahu yang Ice Room dekat Kota Damansara dah tutup. Dalam website kemahein la banyak outlet, kat Cheras pun dah tutup. Bukit bintang pun dah tutup. Yang bukak-nya cuma dekat Nilai sahaja.  Bangi pun dah tutup!  Aku siap call tau tanya kepastian.  Sangat jauh weh memang tidak lah nak pergi sana sebab boss cakap takut tak sempat pukul 4 nak ke Ampang dah janji dengan orang tu lepas tu nanti rushing nak hantar balik pula.  Itu alkisah planning beliau lah.

Pada hari kejadian once arrived memang terus dia ajak aku breakfast dulu. Tapi aku tak rasa nak makan sangat dek sebab deria rasa pun macam 50-50 kebetulan batuk dan selsema. Mujur la waktu keluar tu hingus takda sangat weh. Nak hembus hingus depan boss kang uisshh habislah keayuan aku karang. Jadi setakat batuk-batuk comel tu takda la buruk sangat rupanya. Hahah.

 Destinasi pertama SOGO. 

Aku ingat tadi terus nak bawa aku pergi Ice Room tiba-tiba terpinga-pinga bila masuk building company dia ni. Okay rupanya nak park sini murah sikit RM5 je pe entrance tapi kena jalan sikit la ke bangunan sebelah baru lah jumpa SOGO.  Kalau parking dekat SOGO memey tersangat mahal la.  Sampai je SOGO aku wish nak cari kasut kerja.  Dalam masa yang sama ternanti-nanti juga apa yang
dimaksudkan special budget tu.  Sangat sekejap proses mencari kasut dalam 30 minit dah siap.  

Boss: "Siap dah membeli kasut?" 
Aku : "Yer dah siap dah. Okay jom ice room"
Boss: "Nantilah dulu, jom pilih your new hand bag. Ada special budget for your hand bag."

Aku memang tak pernah beli hand bag dekat SOGO. Tak pernah nak tengok pun sebab aku tahu even ada sales pun harga nya tetap beratus dan if ada yang harga-nya RM100 ke bawah confirm yang bukan citarasa aku.  Tapi orang dah belanja sahih lah aku jenguk-menjenguk juga.  Weehh dah kenapa mata yang berkenan dan tangan yang memilih ni asyik terpegang yang RM300 ke atas.  Ajak masuk Guess weh ada less 20% pun harga nya masih dalam likungan 1K.  Keluar-keluar rasa panas pula kaki dalam kedai ni.

At last aku decide cakap takpelah jom pergi Ice Room.  Next time cari lagi.  Ohh tapi kalau dengan boss ni bagi lah alasan apa pun kalau dia dah suruh buat tu jangan lah degil. Dan kalau dia tak suka apa yang aku buat tu jangan lah di uji-uji.  Secara sifat semula jadi keperempuanan aku memang YES aku nak hand bag tu dan aku rasa itu yang paling-paling murah aku jumpa dan berkenan di mata aku. Aku memang dah suka juga hand bag tu tapi aku rasa macam mahal sangat apakata mencari lagi.  Pusing lagi tapi bila dia dah bersuara pula "Pilih ambil dah tak payah fikir-fikir. Jom bayar".  Tapi kan ni mahal. Tapi dia kata "Takpe setahun sekali." Oh okay setahun sekali maksudnya tahun depan ada lagi eah boss. #hoho

Jadi aku rasa itulah dia hadiah birthday aku yang dikatakan special budget tu. Dan bukanlah CINCIN. Hoho please la liz jangan perasan lebih sangat boleh tak!!! Okaylah boleh gerak ke Ice Room kat Kota Damansara.  Penat kut berpusing dekat PJU tu rupa-rupanya dah tutup. Hampeh siottt!!! Lapar tau tak tensyen aku tulah eksyen sangat pagi tadi tak nak breakfast. Bila boss tanya tipu cakap dah breakfast dekat rumah konon. Mujur ada Strawberry kering dalam kereta yang dibeli sebagai buah tangan dari Cameron Highlands tu.  Masa tu jam dah kul 3 jadi aku risau pula nanti tak sempat nak jumpa seller tu nanti nak hantar balik lagi tak pasal stuck dekat traffic jammed pulak. Aku memang percaya lah bulat-bulat sebab kemahein lebat dia cerita yang dia nak beli SHIN GUARD. Okay aku tak tahu minatang amende tapi benda ni guna untuk main FOOTball. Okay btw dia footballer tapi tengok idok lah badan six pack mana pun.  #sorrytaksengajaterkutuk dalam belog.  Benda tu kalau beli yang original mahal jadi beli online dengan owner ni duduk dekat Ampang. Sokayla cari kedai makan dekat-dekat Ampang jela ye boss.  Pastu dia cakap "Sorry tau tak dapat bawa ke Ice Room." Eah takpe-takpe boss dah hadiahkan hand bag mahal ni pun dah happy da. 

Lepas sampai Ampang tu  masuk building Amwalk. Dalam hati dah pelik dah, semata nak beli SHIN GUARD tu sampai ke sini nak jumpanya. Dan aku memang tak tahu rupa SHIN GUARD tu macam mana.  Dan aku pun tak pernah masuk Amwalk ni.  Dan dalam bangunan ni ada Shopping Mall ke apa.  Mungkin ada tempat makan kut sambil tu tunggu seller tu datang.  Itulah dalam fikiran aku.  

Tiba-tiba dia menghala ke tempat seperti di gambar di bawah. Hehe supaya korang dapat bayangkan.



Gambar ni sumber dari Flora Face Book Page. Aku memang tak sempat nak ambil gambar sebab aku tergamam bila dia kata jumpa seller tu dekat situ dalam masa yang sama mata aku dengan kepala aku tak dapat hadam apa yang aku fikir lain dan apa yang aku nampak lain.  Dalam restaurant ni penuh dengan ballon dan bunga. Memang macam ada celebration birthday party tapi aku tak rasa lah itu untuk aku sebab orang-orang sekeliling tu bukan orang yang aku kenal.  Lepas tu dia pergi ke seorang lelaki tu, oh betullah sangkaan aku.  Mesti seller tu kerja sini.  Tapi yang aku pelik nya lelaki tu terus cakap gini "Hi you. Meja you alls dekat luar yer."  Memang aku kaget lah apa? Meja? Dorang kenal ke? Mesra?

Tetiba pulak boss "Have a seat." Eah sejak bila pula bila nak makan jemput aku have a seat bagai. Aku blur-blur kut masa tu. Tak dapat nak hadam apakah semua ini.  Apakah!!!  Lepas tu dia cakap okay sebenarnya memang I da plan nak bawa u kat sini. Tadi dalam kereta wasap dengan Mel. Btw Mel tu manager dekat sini bukan seller Shin Guard. Sebenarnya takda pun Shin Guard dan takda pun orang yang nk dijumpa.  Kalau setakat Shin Guard tu dekat bawah office I boleh beli.  Perghhh aku kena prank!!!


Mel ni kawan ke? Kenal mana? Memang banyak sangat soalan aku yang aku nak tanya.  Bila dia suruh aku order menu pun aku blur-blur nak order ke nak tanya dulu. Dan aku tak dapat nak fokus menu yang aku tengok dalam tu.  Sampaikan menu book pun aku tak sempat ambil gambar. Sebab aku ni ada penyakit ambil gambar menu book dan makanan. Jadi sempat tangkap gambar di bawah je.




 
Tempat ni sangat tenang dan memang santai. Lepas tu candle tu ada bauan macam lavender. Hah suka sangat tau kenapa boss boleh jadi romantik macam ni.  Macam susah nak percaya je. Bila pandang dia senyum dia boleh pulak angkat-angkat kening.  Ingatkan kayu sangat.  Ingatkan penipuan tu sampai dekat situ je bila dia cakap "Ini jelah yang mampu buat sebenarnya ni booking pun memang untuk tea time before hantar you balik tapi sebab Ice Room tutup jadi lunch dekat sini pula." Mel suggestkan bawa malam for dinner sebab suasana-nya mungkin lagi romantik tapi sebab nak hantar balik awal jadi tak sempatlah kan. Sebenarnya dalam hati ni melting gilorrr dah.  Lunch cum tea time. Happy!  Dan aku tak expect lebih dah sebab apa yang dia buat ni pun dah macam bukan dia yang aku kenal.  Sebab dia jenis yang bersahaja.  Mana aku nak percaya semua benda yang dia buat ni ..... nak hadam pun payah. 

Inikan tetiba ada lagi surprise before balik.  Sambil makan tu alahai kenapa dia ni sweet sangat cerita semua benda yang dia plan. Terharu!!! Taniah plan anda menjadi.  Lepas tu dia mintak bill. Dan aku ingatkan setakat itu sahaja.  Sedang elok je aku nak bangun ada lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Lalalaalaaaa ~~~~ dari belakang. Sound speaker dari restaurant ni. Kemudian ada orang hantar kek dekat meja aku. Terduduk balik. Hahahaha secara spontan terus take one take two posing depan photographer tu.  

 
Tak sangka ada kek!  Pada mulanya mulut ni ringan juga nak bertanya takda ke kek untuk ittew. Tapi rasa macam tak perlu-lah kut tanya bila surprise tadi pun dah cukup mengharukan aku. Bertambah dengan surprise yang ini lagi rasa nak nangis je. #dramaqueen memang macam ni. #terharu

Balik pula dekat rumah. Ada surprise lagi. Terima Kasih Mak Abah. 
Strawberry cake. Aku memang dilahirkan suka Strawberry agaknya.




5 comments:

I N A A I N A A said...

bestnya dapat sambut birthday kat sini..

Liyliz said...

alhamdullilah. xsgka jgk sbnrnya

Admin said...

happy birthday

Sally Samsaiman said...

happy belated! hehehehe...Flora Cafe mmg cantik sangat kan..? pernah buat gathering blogger kat situ :)

Anonymous said...

hehehe happy belated birthday =)