Tuesday, July 16, 2013

Kunci Syarikat Dalam Tangan!!


Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdullilah masih berpeluang untuk berpuasa sehingga ke hari ini.

 

Hari ini liz dapat satu lagi amanah baru semenjak bertukar kerja di tempat baru.  Apakah?  Sibuk kan you all ni nak tahu. Liz dapat kunci.  Tiada kunci tiada yang boleh masuk kerja. Mengapakah kunci ini perlu diberikan kepadaku!!

 

Hooohh!  Seandainya liz datang lambat alamatnya semua orang pun tak dapat nak masuk kerja awal.  Jadi kesimpulannya liz kena besiap awal dan tidak boleh datang lewat.   Di mana-mana company pun HR bertanggungjawab untuk memegang kunci syarikat.  Liz bukan pelajar dalam bidang Human Resource tetapi liz bersyukur rezeki Allah kurniakan ini. Jadi perbezaan antara liz dengan pelajar Human Resources ialah mereka mempunyai degree dalam bidang ini tetapi liz mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

 

Setiap hari dalam syarikat baru kami akan adakan morning briefing. Memberi kata-kata semangat kepada staf-staf bahawan bawahan.  Mereka tidak akan selamanya menjadi staf bawahan, seandainya anda sentiasa mempunyai usaha dan semangat, sesiapa sahaja mampu untuk berada di tahap yang lebih tinggi.



 

Sentiasa positif dan tanamkan semangat yang jitu. Eceh jitu nya cik liz. Jitu sangat!!!

 

 

 

 

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan Hari Ke-5


Assalamualaikum.

Ringkas punya entry. Sedang berjinak-jinak semula untuk active menaip blog. Walaupun mata ni dah mengantuk sesangat. Try to do it before the clock turn to 12AM. 

Hari ni liz ada tetamu which he is my staff mate. New staff mate. Yes he is a guy, handsome 29 and still single. Anyone interested? 
Pendekkan cerita, disebabkan semenjak puasa kawan liz tu tak berpeluang langsung untuk berbuka bersama keluarga dia. Oleh itu, liz invite dia berbuka sekali bersama keluarga liz.

Biasalah bila tetamu datang pastilah membawa buah tangan kan. Bila liz buka buah tangan yang dihulurkan tu terus terbahak-bahak liz gelak. Panggil ibu datang cepat tengok apa buah tangan tu. Biasalah ada kuih popia basah, kuih bombay, dan terakhir ialah kuih TAKO.

Tahu tak apa yang lucu sangat. Kuih TAKO tu kuih ibu liz jual letak dibazar ramadhan. Macam kelakar je kuih tu datang semula ke rumah. Ibu pesan jangan bagitahu nanti dia segan.

Tapi waktu selesai makan untuk sesi mencuci mulut. Aku tak tahan gelak. Last-last kantoi juga. 

Saturday, July 6, 2013

Resignation Moment

Assalamualaikum ..

Lama nya hai rasa tak update selalu. Jangan kata seminggu sekali nak update, sebulan sekali pun belum tentu. Stalker pun sudah bosan nak view. Aishh ada orang terasa dia stalker.  Stalk tandanya ambil berat.  Jadi liz ucapkan terima kasih ambil berat pasal perkembangan diri liz.
Dari zaman belajar sampailah ke zaman sudah bekerja.  Dari zaman bercinta dengan orang A B C D dan sehingga la Mr. √ bukan senang.  Nak tahu dah jumpa ke tidak you all punya soul mate or not tunggu la waktu dah sah akad nanti. Tetapi masa tu sebenarnya kehidupan realiti baru nak bermula bukannya ending of your love story lagi.

4hb Julai 2013

Tarikh ini ialah tarikh terakhir liz bekerja di PACIFIC MENTAKAB STAR MALL.  Selama 6 bulan dalam department Human Resource liz rasa kepala ni makin lama makin sakit je.  Tak rasa stress pun. Mungkin stress tapi tak rasa. Yang rasa sakit kepala. Bila sakit kepala supervisor urutkan. Owhh tak ke heaven macam tu supervisor urut kepala anak buah.

Masa hari pertama melangkah masuk department HR ni macam-macam dengar gossip pasal wanita yang bernama ZULAIHA ni. Apa la hebat sangat ke cik.zu ni, garang sangat ke orangnya. Orang kata dia ni keret sangat.  Sebagai freshie yang baru habis belajar dengan semangat berkobar-kobar nak kerja so akan ku redah jua lautan berapi itu. Apa pulak tak boleh redah lautan berapi? Ingat untuk orang bercinta je ka redah-redah api tu.

So nak buat pengumuman dekat sini wanita itu sangat awesome GILER!  Liz siap boleh buli dia lagi ada.  Baik sangat-sangat orangnya. Korang tu yang buat pasal memangla dia garang. Liz ni baik so pastilah jadi kesayangan. So nak end up story liz kena karangkan dekat blog. Walauapapun berlaku dalam kehidupan sehari-hari kita, kita perlu percaya pada rezeki dan usaha itu perlu.

Ingat lagi dialog masa merajuk balik rumah tak mahu kerja dekat PACIFIC bila mak tanya
“Kenapa tak nak kerja dekat sana kan dekat boleh duduk rumah Dee pastu jalan kaki sejengkal je.”
Me : “Tak nak lah kerja belakang tu kak.zu tu belagak, bajet bagus je.” Terus tidur tutup pintu.
Tapi sebenarnya semua tu INTRO je. Sekarang ni dah macam family.  Kak Ina pula penyelamat keadaan masa mula-mula masuk kerja. Dia lah yang tunjuk semua tempat, macam mana nak guna mesin Photostat, macam mana nak buat panggilan keluar, macam mana nak guna mesin liminate. Harapkan Cik Zulaihah yang bajet busy pada mulanya tu memang macam haram la kan. Hoho.


Hari demi hari berlalu. Kami rapat dan semakin rapat. Bila dah terlampau rapat makin sengal pulak.  Bila dating angin mengarut cakap pot pet macam buntut ayam.  Tapi kak. Ina kata masa mak dia hamilkan dia, mak dia suka tengok mercun. Sebab tu mulut macam mercun. Pandai pulak akak ni melawak.  Tak best cerita banyak-banyak.  Apakata tengok gambar pula.  


Sis ina waktu ni macam mood swing je.Tiba-tiba macam polite sangat. Sedih simpan dalam hati. 
Senyum pun ala-ala je. 
Department Admin HR ni memang suka bagi hadiah buku ke eh?


Buku ni memang kena prank habis lah. Siot la kak.zu!!

 1. Holla ayuh peace too baby. Tak pernah ada adik, takutnya nak sentuh perut kakak ni. 
2. Yang ini masih lagi 9 minggu kecil lagi baby tu. 



Alrite masa pemulangan badge. Hukhuk. Uniform pun dah pulangkan so berbaju putih semula seperti mula-mula masuk. Serahkan semula jawatan ini pada supervisor liz. 
InsyAllah hari isnin nanti kerusi liz akan digantikan oleh kak.as
~~~~~

Last pose! Kissing and hug time. Masa ni mood sis ina macam malu-malu. Selalunya dia sporting. So last pictures dekat office. Sitting dekat my chair.
Macam mama dengan daughter x?

Keesokkan pula bawa sis zu shopping. 


 Makan shopping semua dah. Cant upload all pictures. Ini sahaja yang mampu. 
Alrite wait next post me as Admin HR. Hoho. 


Thursday, June 27, 2013

Update About FACE SHOP


Hola hola everybody. Let shop with THE FACE SHOP. You all pernah tak try product THE FACE SHOP? Tak pernah? Okeh you all belum terlambat lagi. THE FACE SHOP akan buat sales less 50% mulai hari esok iaitu 28 Jun sehingga 30 Jun.

Jadi apa kata ramai-ramai kita serbu ke THE FACE SHOP.  Takut nak try? Jangan risau sebab mereka akan berikan customer sample untuk mencuba. Jadi tak membazir rite?  Hari ni liz dapat macam-macam sample dari produk mereka.  Seronoknya dapat free.  You all pun mesti suka kan barang-barang free ni lagi-lagi gadis-gadis yang suka bershopping. Lagi-lagi ditambah dengan staff dekat shop ni sangat-sangat friendly.  Selangkah je you all masuk shop ni, terus disapa mesra.  Semua pertanyaan dari A sampai Z dorang akan layan. Walaupun liz tak beli apa-apa. Nak beli apa kalau dah dapat free sample macam-macam. 

Tunggu esok ayuh shop dekat sana with 50% discount.  


Antara free sample. Ada banyak lagi dan macam-macam jenis lagi sample waiting you all semua.  Dulu famous dengan BB cream kan? Now kita ada fomulasi baru dengan CC cream.  Lets try it out. 



Monday, June 10, 2013

Hati

Wahai hati, belajarlah kamu untuk menjadi kuat agar tidak mudah berasa sakit andai saat disakiti.
Wahai hati belajarlah kamu menelan penghinaan, sindiran, dan kutukan.
Wahai hati, jangalah mudah mengalah kerana garisan penamat itu masih lagi jauh menanti.
Wahai hati, janganlah manaruh harap untuk dilindungi, kerana hatimu akan sentiasa berasa sakit disakiti hati yang lain.
Wahai hati, sabarlah dengan nilai yang ada.
Wahai hati, janganlah kamu berkecil hati walau sekecil mana pun kamu.
Wahai hati, tabahlah agar cita-cita dan keinginan itu dimilikki.
Wahai hati, cekal lah dengan impian itu walaupun dilekehkan.
Wahai hati, sabarlah kamu menempuhinya.
Wahai hati, kuatlah kamu. Kerana sakitnya kamu, menitisnya air mata.
Wahai hati, segala kunci itu dari kamu.
Hati. Kamu itu terlalu instimewa kerana kamu adalah tempat memberi seribu rasa peristiwa.


Sunday, June 9, 2013

Penyakit Hati


Tahu tak kamu semua, penyakit hati ialah apa? Bermula dari perasaan cemburu. Perasaan cemburu yang melampau akan menjejaskan hubungan kalian.

Jadi teruskan cemburu tanpa asas yang kukuh. Dan biarkan hubungan kamu kecundang di atas alasan yang remeh temeh.


Wednesday, June 5, 2013

Liyliz Boutique


Salam semuanya. Alhamdullilah. Impian menjadi nyata? Yeake? Tanpa sokongan dari dia dan kritikan yang menyakitkan hati.
Memang selalu merajuk sebab makan hati je. Tapi hasilnya membuat diri ni happy selalu.

Berangan nya liz nak ada online butik sendiri.
Nak ada own design. Finally sikit-sikit semakin membukit.
Step by step. FB page dah siap liyliz boutique.

Now im going to sew new design.
Tak tahu lagi rupa macam mana. Design yang lain belum sempat lagi nak upload. HP pun rosak, so by hope boleh upload guna camera yang kualitinya baik supaya customers boleh tengok dengan jelas.



Jenis kain ni lycra neelofa dan lycra printed.