Wednesday, March 28, 2012

Mudah hilang fokus bila . . . .


minggu ni liz asyik lupa mana liz letak barang liz . . huh memang asyik tak tenang juga lahselagi barang tu tak jumpa .. semalam je retainer liz cari dalam beg tak jumpa .. tahu tak retainer tu apa ? haha jap lagi liz letak rupa dia dekat sini ...

kotak apa ni ye?


 apa ni ? 


haha yuck .. macam gigi palsu kan ?


ni lah retainer liz .. dulu liz pakai braces, lepas buka braces liz kena pakai retainer ni dalam 2 tahun baru lah tak payah pun tak pe dah .. macam braces kalau dah pakai tak boleh buka, tapi retainer ni time makan boleh buka.. dan kadang-kadang bila dah buka liz malas nak pakai semula .. sampai 1 hari liz tersedar yang gigi hadapan liz nak berlapis semula .. liz cari tak jumpa tu yang cuakk sangat tu .. 
kalau nak buat semula retainer ni, atas harga dia RM100 so kalau atas dan bawah hilang.  RM200 
jadi bila dah pakai braces mahal-mahal tapi tak jaga, useless kan .. so liz terpaksa lah rajin pakai retainer ni .. 
kadang-kadang kawan pelik tengok gigi liz bersinar haha .. padahal ada retainer ni .. 

Sunday, March 18, 2012

Exam

Salam semua readers.  Hari ni liz dah selesai jawab satu paper iaitu subject economic.  Malam tadi liz dengan roommate tak boleh nak tidur sebab takut sangat nak tunggu esok pagi.  Lepas tu salah seorang roommate liz kata, pukul 3 kita semua kena tidur dan jangan ada seorang pun study.  Ok lepas tu lampu dah ditutup walaupun mata masing-masing payah nak lelapkan lagi.  Pagi tadi macam biasa liz kejutkan semua orang bangun dalam pukul 6:45 bangun lepas tu ajak semua roommate mandi, yang paling liat sekali cik aqmaliah ni.  Liz dah bising-bising baru lah dia bangun.  Dah selesai solat, liz luang masa mengaji sekejap.  ALhamdullilah tenang hati ni sikit daripada gelabah sebelum ni.  Lepas tu siap-siap kemudian sempat juga lah selak 1 buku economy tu sampai habis.  


Semua barang dah double check, kad matrik, slip exam, pencil case and calculator.  Sebut pasal calculator ni, liz tengah jalan nak ke dewan tadi pun liz dah check lagi sekali.  Masa nak masuk dalam dewan tadi, liz bawa keluar letak atas rak dengan buku liz, lepas tu liz buka beg nak simpan buku tu, liz tengok calculator liz hilang.  Mungkin pelajar yang sebelah liz tadi ambil.  Liz rasa nak nangis dah, memang cuak dah saat-saat macam ni.  Masa tu tinggal lagi 15 minit untuk dipanggil masuk dewan.  Liz tak tahu nak buat apa, nak pinjam dengan yen tah sempat ke tidak.  Masa tu aqma tenang kan liz, dia suruh liz call yen. 


Ok yen sanggup nak datang bagi pinjam calculator.  Masa tu lagi 10minit je nak masuk dewan, tiba-tiba datang seorang pelajar siswi dekat liz.  “awak, ni calculator awak, saya minta maaf tak sengaja terambil.” Masa tu liz rasa syukur sangat-sangat.  Liz tak marah pun cuma masa tu liz rasa sebak, liz kata “ kenapa awak buat saya macam ni, kenapa? Sampai hati awak.”  Liz cakap macam tu dalam nada yang nak nangis.  Bila liz cerita dekat kawan-kawan liz semua gelak, diorang kata liz dah macam nada merayu jangan ditinggal kan kekasih je.
Lepas keluar dari dewan tadi rasa badan ni nak demam je, mungkin sebab dlam dewan tu terlalu sejuk dan bila keluar dari dewan tu cuaca panas sangat.  Sekarang ni liz rasa mulut liz pun dah pahit payau je.  Mungkin nak demam tapi harap-harap biarlah lepas exam isnin minggu depan.  Cuaca dekat jengka ni semakin panas, kawan liz pun dah perasan kulit muka liz mengelupas sebab kena panas.  Tapi mungkin juga sebab effect liz tak pakai pelembab muka bila keluar. 


picture masa before keluar bilik .. 







buruk nye muka liz nangis tadi hihi .. hilang calculator je pun kan liz ..

Thursday, March 15, 2012

today is thursday

Hari ni lepas je makan liz buka laptop ambil guitar dan pakai headphone sampai terlupa buka tudung.  Lepas tu kawan tegur, Liz ko ni kenapa tak reti buka tudung.  Oh baru perasan.  Tapi nak cover malu aku pun kata lah saja sebab nak main webcame.  So dah alang-alang kan memang liz pun practice main guitar dulu dengar lagu dulu lepas tu ambil gambar depan webcam ni.  Suka juga habiskan masa depan laptop ni.  Lepas tu tengok kawan-kawan dah nak mula study pula, terpaksa lah berhenti main guitar ni. Ok liz pun try buka buku sambil buat latihan dan sambil nyanyi dengar lagu dekat playlist liz.  Tapi memang liz tak boleh fokus study dengar lagu sebab liz tend to sing every single song yang ada dalam laptop ni.  

Dan bertambah-tambah seronok, bila liz dapat usik BFF liz, malam ni dia nak keluar date.  Dia mintak liz doakan semoga malam ni tak hujan, sebab dari sem lepas lagi setiap kali mereka nak keluar pasti hujan.  So tadi kami 1 biik menadah tangan dan berdoa.  Tah lah kenapa aura mereka ni, sebab memang mereka dah jadi fobia untuk keluar.  Tak silap liz lebih dari 5 6 kali dah rancang nak keluar pasti hujan.  Sebab masa liz teman aqma keluar hari tu jumpa boyfriend dia pun hujan turun renyai-renyai.   Kesian kan mereka ni.  Tak pasal-pasal dapat gelaran “hujan couple”.  

Setiap kali lagu yang ada bunyi-bunyi perpisahan tu mesti liz nyanyi untuk aqma.  Bukannya mereka nak berpisah tapi di sebab kan sem ni dah nak habis.  Yen dah sem 6, dah nak grad, nanti tinggal aqma kat sini tanpa si dia.  Agak sedih juga.  Tapi insyallah liz doakan hubungan kekal ke akhir hayat. Amin amin amin.

Nak tengok tak gambar liz tadi main guitar, ni kod C tau.  Lepas tu beberapa gambar liz main webcam tadi.  Ok lah nak study ni.  Tak nak dengar lagu dah lepas ni sebab liz tak fokus.  Dari pukul 12-pukul2.30 liz main buka buku tapi tengok apa pun susah nak masuk sebab mulut ni tak reti senyap.  Baru nak rest, tiba-tiba roommate nak beli ice cream pula, aish memang mengganggu tumpuan betul.  Malam ni nak study betul-betul insyallah lagipun exam lagi 3 hari ni.  Nak tutup laptop nak letak jauh hanphone.  Awak nanti after pukul 12 baru mesej yer. hihi

 ni masa practise kod c


wink-wink

tengok awak stalk saya 

ni time nak buka buku tapi tak study nye pun 

Wednesday, March 14, 2012

Semalam dan hari ini :)


Hi assalamualaikum terutama buat si dia Mr. Z yang suka stalk tu .. Semalam kami satu bilik rasa macam penat sangat nak study so roommate liz ni bodek-bodek liz suruh liz bawa mereka pergi kompleks baru untuk ambil movie dengan kakak degree.  

Ok lepas tu after liz mandi, cuaca pun memang sejuk sangat.  Gagah kan juga kaki melangkah ke kompleks baru.  Bahagia dan seronoknya macam dah habis final je.  Siap bergambar-gambar lagi.  Lepas dah berjam-jam tunggu liz pun bosan, liz pergi bilik kakak aza dan belajar main guitar dengan roommate dia.  Liz dah pandai pegang kod G AM C dan F tau. 

Lepas tu balik lah dengan hati yang bahagia yealah movie semua dah dapat.  Lepas tu nak makan ice cream lah pulak kan cite dia.  Lepas tu pergi lah kedai, tengok-tengok koperasi dah tutup.  Tapi kami sanggup merayu dekat abang kedai tu suruh buka bagi kami masuk sebab nak beli ice cream.  Akhirnya berjaya juga dapat kan ice cream tu.  Lepas tu nak bayar total RM1.50, kawan bagi RM10, abang tu kata tak da duit kecil lah, bayar esok.  Wah indah dunia betul.  Dan malam tu balik bilik, liz terus buka buku lesen memandu dan sambung jawab soalan-soalan dalam tu.  penat sangat. Memang tak sempat nak habiskan.  

                                                 time ni baru nak gerak ..  
                                                             Aqma & Liz


                                                                  Liz & Zalina 

Mereka ni ialah rommate Liz yang tersayang, actually ada lagi seorang mia tapi mia dekat rumah lagi :(


time depan bilik kakak senior macam nak minta bantuan kan?


 bertapa banyaknya yang di transfer kan


happy nak balik dah


               seronok makan ice cream ni dan ice cream fav kami 1 bilik

gambar liz makan ice cream tak mo lah letak, malu haha .. letak gambar diorang je haha

Pagi ni liz lepas solat subuh, liz sambung buat.  Finally liz berjaya siapakan 500 soalan tu pada pukul 8:15 a.m.  Ni gambar liz tadi pagi nak pergi ambil lesen.  Hihi muka bedebar nak ambil ujian stastik.  Lepas tu dah sampai dekat tempat tu, liz seorang je.  Liz tak tahu nak masuk mana, tak pe lah liz jalan-jalan nampak ada kertas tulis anak panah ke kanan untuk pergi ke tempat ujian computer tu.  Lepas tu dah berjaya jumpa, liz bagi kad pengenalan liz dan kakak tu ambil gambar liz, liz kena bayar RM10.  Lepas tu, masuk dalam guna PC 2.  Jawab pun berdebar-debar sebab liz takut salah.  Masa diberi 45minit dan soalan sebanyak 50.  Liz jawab 15 minit je.  Lepas tu fikir nak click ke tak nak ke tak.  Lepas tu click juga.  Dan keputusan nya liz dapat 44/50.  Alhamdullilah lulus. 

.
                            masa dalam bilik before keluar

masa ni rommate tengah syok lagi tidur, mujur ada dia teman mesej sampai lah ke tempat ujian tu. tq awak.


time ni dekat kedai gambar sebab liz nak ambil gambar ukuran pasport
sempat lagi kan liz snap pic sebab liz memang suka sangat dengan kamera dan photo ni 


Monday, March 12, 2012

Cara Tidur kita


Korang tahu tak cara tidur korang ni mencerminkan identiti diri korang ?
Liz baca majalah kesihatan pagi tadi sebelum liz balik ke UITM JENGKA.  Jadi liz dapat lah sedikit informasi.  Menurut Samueal Dunkell, Pengarah Medical Services, New York City.  Dia kata tauw bukan liz kata :

Tidur Telungkup : Seorang yang semangat dan bertenaga.  Seorang yang sentiasa tepat pada masa dan mudah mendapat kejayaan.  Dalam masa yang sama suka mengawal orang lain termasuk pasangannya.

Tidur Memeluk Bantal : Seorang yang sangat peka dan mudah tersinggung.  Suka mengharapkan keputusan positif daripada orang lain daripada membuat keputusan sendiri.

Tidur memeluk badan :  Lelaki yang suka tidur memeluk tubuh ni adalah seorang yang bersikap rasiona, mudah simpati dan mempunyai pola hidup yang teratur.

Tidur terlentang :  Seorang yang sudah terbiasa mengusai seluruh tempat tidur, sesuai dengan sifat anda yang mempunyai keyakinan diri, dan suka mencuba sesuatu yang baru tetapi agak sombong dan ingin menjadi perhatian orang lain.

Thursday, March 8, 2012

Essay liz masa Form 5


Hi assalamualaikum hari ni liz kemas almari buku dekat dalam bilik liz, lepas kemas-kemas tu liz perasan 1 fail yang penuh dengan penulisan karangan.  Bila selak helaian-helaian buku tu, owh rupanya ini buku essay liz masa liz tingkatan 5 dulu.  Sayang nak buang lagi-lagi sebab Teacher Cheam yang ajar.  Apa kata kita baca karangan liz masa form 5 ni. 

Let’s begin:
I wake up at the usual time for school that Tuesday morning.  When I looked out the window, the day looked cheerful and the sky was bright and sunny.  I grabbed my towel and headed for the bathroom.  When I emerged from the bathroom some twenty minutes later, I saw that the day had transformed and dark clouds loomed ominously up the sky.

My mother advised me to bring an umbrella but I refused and saying that the school was only a short walking distance away and I would be in class before it begins rain.  I ate two slices of buttered toast that made by mother and drink a glass of chocolate milk.  Then, I gathered my school bag and walked briskly in the direction of my school.  Just as I reached the school gates, hard drops of rainfall pelted my head and body.  I dashed inside the school building just in time to escape the downpour that had begun.

In class, we had to shut all the windows and switch on the light for the day had grown very dark.  There was also a constant strong wind that threw the raindrops onto the closed windows causing a continual patter. 

I thought that the rain would cease by the time school dismissed.  I was wrong.  The rain was still pouring relentlessly when it was time to go home and it looked as if it would carry on throughout the day and night.  I decided to walk in the rain.

When I reached home, I was soaked to the bone.  Mother made me take off wet clothes and take a warm shower.  Then, we ate a nice hot dish of fish and prawns for lunch.  The rain had somewhat subsided to a slight drizzle by the time father returned home.  We had dinner together and then I did some homework given by teacher.  Then I went to bed early that night. 

Haha cerita zaman sekolah menengah, bila baca semula kelakar pun ada.

Monday, March 5, 2012

Study Week and dapat offer kerja ..

Salam semua. Sekarang ni ialah study week for students diploma. Dan liz akan habiskan sem 4. alhamdullilah liz ada 1 sem je lagi, insyallah kalau tak ada apa-apa yang berlaku dengan izinNya dapatlah liz grad this year jugak. First day dekat rumah liz just rehat dan tengok cerita guguma couple, so korang boleh try search dekat youtube. We got married. Ada khuntoria couple, Adam couple macam-macam lagi. Dan tengah-tengah tengok cerita liz dapat mesej dari dia then mesej-mesej sekejap dia call.

Seronok sangat berbual di telephone sampai kredit dia habis, then liz dapat mesj. "Sekejap tau".  Liz ingatkan bateri phone dia habis. ok tak pe lah liz tunggu dia jap. Dalam 10 minutes macam tu, ringtone berbunyi. Sambung-sambung cerita then tanya lah kenapa tadi terputus, and jawapan dia bagi tu buat liz rasa "how a sweet friend you are" .. dia kata "sebenarnya tadi tunggu tu sebab proses buat advance kredit dari celcom."  Sangat polite when he tried to say sorry.

Dan tadi liz bangun awal-awal pagi ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata baru. Cermin mata liz hilang, mungkin hilang pun ada hikmahnya. So after ke kedai yang ketiga tengok design memang banyak, cuba yang ni cuba yang tu. Finally liz dapat yang liz suka. Warna biru gelap dengan hitam. Bingkai penuh. And the price was RM_____.___ haha. Masa borak-borak dengan kakak tu, liz tak sengaja tecakap Mandarin dengan dia, then jiejie tu pun dah dapat tangkap yang liz boleh bertutur dalam bahasa mandarin. Seriously i love languages. And now i try to learn bahasa korea. Tapi macam susah je. Lepas tu tiba lah masa untuk liz check mata liz, and dapat layanan memang perfect sangat, yang check mata liz tu husband jiejie tu. Masa dalam bilik tu for certain vocab in mandarin liz tak tahu so liz kata dekat doctor tu " im very sorry if i can't speak mandarin fluently because there are certain vocab yg i dah lupa." and doc tu kata "oh its ok how if we mixed the laguanges. Maksudnya 3 laguanges in the sentences". Haha great!

Ni ialah kali ketiga liz buat spect baru. Tapi ni ialah first time liz dapat penerangan yang sangat-sangat terperinci dan liz siap boleh try tengok ke luar guna kanta tu. Wow amazing. The best feeling ever and ever lah untuk buat spect baru ni.  Dalam masa yang sama doctor dan jiejie tu tanya lah latar belakang liz study dekat mana dan bila habis study. Tanya liz habis belajar nanti kerja dekat mana? Then liz jawab lah secara jujurnya tak tahu lagi kerja dekat mana. Lepas tu doctor tu tanya kalau kami offer awak kerja dekat sini bahagian office sudi tak? Wah.. terkejut liz. ni ialah second offer yang liz dapat even liz tak habis belajar lagi. Alhamdullilah rezeki. Tapi saya habis belajar lambat lagi. Cuma nanti kalau ada cuti sem 2 bulan tu jiejie terima ke saya kerja sini. And lucky for me, jiejie tu kata " ok boleh je takda masalah untuk kamu belajar before kamu betul-betul habis study nanti. Dan jiejie tu tanya berapa kamu terima sebagai gaji? owh my god! .. liz speechless giler tadi. No answer for that question, and nanti apa-apa jiejie akan contact bila liz dah habis paper nanti dan kalau liz till interested untuk berkeja dengan mereka.

Tertelan duit 5 Sen


Cerita ni liz tebaca dekat salah satu majalah dan liz rasa cerita pendek ni cerita yang lucu jadi liz nak share lah dengan readers semua ok. Harap-harap korang semua suka.

Pada suatu malam, sepasang suami isteri baru bersiap-siap nak masuk tidur tiba-tiba terdengar suara anak bongsu mereka menangis teresak-esak.  Mereka pun pergi lah mendapatkan anak bongsu mereka tu dan bertanyakan kepada anaknya, nape ni dik nangis? Anak mereka jawab, adik tertelan duit duit 5 sen. Adik tak nak mati adik tak nak mati. Ayahnya dah penat pujuk kata tak da ape-ape nanti sok jumpa doctor. Tapi anak dia terus juga nangis. 

Lepas tu ayah dia perasan dalam poket seluar ada duit 5 sen. So dia pun buat silap mata kononnya bawa keluar duit 5sen tu dari dalam mulut anak dia. Berjaya. Dan anak dia pun terus senyap bila nampak ayah dia dah berjaya bawa keluarkan duit tu. 

Anak dia pun mintak duit 5 sen tu dari ayah dia kemudian ditelan nya lagi sekali. Ayah cuba buat lagi sekali macam tadi. 

Hehe so menipu bukan cara yang baik walaupun nak tipu budak-budak. Betul tak??


Thursday, March 1, 2012

Semalam dapat coklat ..

Thanks sangat-sangat kepada azman masturi sebab hadiah kan sekotak coklat as a souviner dari langkawi. Sedap sangat and liz memang suka coklat.



Dan hari ni dapat 1 lagi gift dari kawan study group. Thanks a lots.
Dapat kerongsang tudung.


Akhirnya dah lama tak amik gambar sebab busy, tapi nak letak dekat blog ok kita spend time kijap amik gambar dengan hadiah tomey ni.