Sunday, March 18, 2012

Exam

Salam semua readers.  Hari ni liz dah selesai jawab satu paper iaitu subject economic.  Malam tadi liz dengan roommate tak boleh nak tidur sebab takut sangat nak tunggu esok pagi.  Lepas tu salah seorang roommate liz kata, pukul 3 kita semua kena tidur dan jangan ada seorang pun study.  Ok lepas tu lampu dah ditutup walaupun mata masing-masing payah nak lelapkan lagi.  Pagi tadi macam biasa liz kejutkan semua orang bangun dalam pukul 6:45 bangun lepas tu ajak semua roommate mandi, yang paling liat sekali cik aqmaliah ni.  Liz dah bising-bising baru lah dia bangun.  Dah selesai solat, liz luang masa mengaji sekejap.  ALhamdullilah tenang hati ni sikit daripada gelabah sebelum ni.  Lepas tu siap-siap kemudian sempat juga lah selak 1 buku economy tu sampai habis.  


Semua barang dah double check, kad matrik, slip exam, pencil case and calculator.  Sebut pasal calculator ni, liz tengah jalan nak ke dewan tadi pun liz dah check lagi sekali.  Masa nak masuk dalam dewan tadi, liz bawa keluar letak atas rak dengan buku liz, lepas tu liz buka beg nak simpan buku tu, liz tengok calculator liz hilang.  Mungkin pelajar yang sebelah liz tadi ambil.  Liz rasa nak nangis dah, memang cuak dah saat-saat macam ni.  Masa tu tinggal lagi 15 minit untuk dipanggil masuk dewan.  Liz tak tahu nak buat apa, nak pinjam dengan yen tah sempat ke tidak.  Masa tu aqma tenang kan liz, dia suruh liz call yen. 


Ok yen sanggup nak datang bagi pinjam calculator.  Masa tu lagi 10minit je nak masuk dewan, tiba-tiba datang seorang pelajar siswi dekat liz.  “awak, ni calculator awak, saya minta maaf tak sengaja terambil.” Masa tu liz rasa syukur sangat-sangat.  Liz tak marah pun cuma masa tu liz rasa sebak, liz kata “ kenapa awak buat saya macam ni, kenapa? Sampai hati awak.”  Liz cakap macam tu dalam nada yang nak nangis.  Bila liz cerita dekat kawan-kawan liz semua gelak, diorang kata liz dah macam nada merayu jangan ditinggal kan kekasih je.
Lepas keluar dari dewan tadi rasa badan ni nak demam je, mungkin sebab dlam dewan tu terlalu sejuk dan bila keluar dari dewan tu cuaca panas sangat.  Sekarang ni liz rasa mulut liz pun dah pahit payau je.  Mungkin nak demam tapi harap-harap biarlah lepas exam isnin minggu depan.  Cuaca dekat jengka ni semakin panas, kawan liz pun dah perasan kulit muka liz mengelupas sebab kena panas.  Tapi mungkin juga sebab effect liz tak pakai pelembab muka bila keluar. 


picture masa before keluar bilik .. 







buruk nye muka liz nangis tadi hihi .. hilang calculator je pun kan liz ..

No comments: