Tuesday, July 24, 2012

Item apa yang korang wish untuk hari raya?


Salam ramadhan semua, hari puasa keempat baru ada masa nak wish dekat kawan-kawan blog. SOri-sori tau tau .. semalam liz berbusiness sikit, alhamdullilah sekarang tinggal cuma 2 helai sahaja stock baju. Untung ke? Pulang modal je, dah syukur alhamdullilah. Sebab liz masih baru, sangat-sangat baru. Belajar test market macam mana, dan serba sedikit tahu citarasa remaja sekarang ni. Macam liz tak remaja je kan.

Puasa baru empat hari, dekat FB macam-macam dah orang post status. Memang kebiasaan puasa nak sambut hari raya ni meriah dia lain sikit. Ada yang dah pasang-pasang lagu raya. Tapi ada orang kata tak baik pasang lagu raya awal-awal sebab seolah-olah nak mengusir bulan ramadhan pula.

Sibuk fikir soal baju raya? Tak tahu tema warna apa? Tak tahu nak buat fashion apa? Pada liz setiap tahun liz tak pernah pun rungsing fikir hal ni. Tapi liz wish liz dapat ni. Masa raya lepas liz dapat telekung sepasang dari makde. Seronok tau rasa bila dapat hadiah bukan sebab telekung tu dari Indo. tapi hadiah berbentuk macam tu bila kita dapat kita boleh rasa macam nak menitis air mata tau tau ...

Cuba tengok ni sangat-sangat cantik tak tahu nak kata apa. Yang pasti liz sendiri pun memang suka sangat-sangat kalau dapat yang macam ni. Bukan pakaian kita hari-hari sahaja perlu cantik tapi pakaian mengadap Allah tak salah kan cantik-cantik juga.
















2 comments:

Unknown said...

cantiknyaaa :) memang tebal sulaman tuu..

Liyliz said...

cantik kan kak sulaman ni ..