Friday, October 12, 2012

Hati terasa sepi bila rasa semakin renggang




Sejuk nya, rasa tak mahu mandi boleh tak? Hujan sangat lah lebat petang ni, guruh pun berdetum dentam.  Sepi nya rasa, sunyi nya rasa.  Memang dah biasa rasa sunyi sendirian menjadi anak tunggal.  Bila di Jengka seronok nya hai, ada kawan-kawan boleh bawa bertumbuk bertampar.  Bergosip gossip hal itu ini.

Bila study week macam ni memang terasa sangat kita semua sibuk dengan buku.  Cara masing-masing dalam berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik, ada ketika nya semua ini menyebabkan kita renggang.

Rindu sangat-sangat moment-moment rutin harian kita sebagai pelajar.  Mungkin kah untuk apa yang sedang berlaku ini adalah untuk kita semua bersedia menjadi lebih berdikari.

Semua benda liz terasa kena buat sendirian.  Kawan kelas lain, kawan sebilik lain.  Tahu tak korang liz rindu sangat pada nana, ana, nurul, shina.  Kita makin renggang. Perasan tak?

Selepas last paper nanti mungkin kah kita terus hilang tanpa berita dan lupa semuanya.  Kenapa liz sensetif sangat ni.  Yela liz seorang je dari kelas lain duduk dalam bilik ni, tak sama dengan persahabatan korang yang dah 5 semestar.

Bila ana nak tinggal kan bilik, mengalir air mata.  Liz okey, serius liz okey.  Sedih sangat.  Terasa macam kehilangan kakak-kakak.  Liz nak luah secara direct liz tak reti.  Liz rindu sangat nurul, rindu nak ejek-ejek nurul.  Bila nana ada, mesti nurul jadi bahan kami.  Rindu nak panggil nurul LEM.

Bila nurul jarang tegur liz sejak akhir ni, liz pun tak berani nak tegur nurul, tak berani nak manja-manja dengan nurul.  Nana tada.  Dia mesti tak lekat dekat Jengka lagi-lagi study week.  Ana yang selalu jadi pendengar yang baik untuk semua orang.

Liz harap minggu-minggu terakhir kita untuk last sem boleh luang masa sama-sama lama.  Tapi korang semua pilih untuk balik.  Liz tak boleh balik.  Liz kena siapkan lesen motor liz, baru lesen kereta boleh keluar sekali.

Liz doakan kita tetap rapat walaupun liz terasa kita makin renggang kini.  Kering dah air mata aishh. Sepi sangat tau dalam bilik ni.  Cer korang duduk sorang-sorang macam liz ni.

Liz kuat lah. Insyallah.  Aihh sifat manja ku ni, pergi lah jauh-jauh.  
  





  

4 comments:

Unknown said...

sahabat baik sukar dicari.. kanNnn??

Liyliz said...

btl .. ada tu ada .. tp adat manusia biasalah .. kite sendiri kadang2 belum tentu dapat jadi sahabat yang baik kan

Unknown said...

eh time sebilik dengan mya takda pun. fine! bye

Liyliz said...

ehh hello,lupa la tu, masa exam jmp dia terus peluk2 dkt dsg, pastu da tk dtg bilik da.. final tk hbs lg .. mengada!