TAK manis kalau sesebuah hubungan tu bila awak dengan pasangan awak berlalu macam tu sahaja. Seperti putaran alam ada panas ada hujan ada musim bunga dan ada juga musim gugurnya, begitulah kehidupan berlalu seterusnya. Betul? Berani kata tak betul, nak kena tembak?
Contoh masa awak dengan pasangan awak menjalin cinta kasih sayang, waceh statement tu gelinya. Masa tu korang mungkin akan mengalami macam-macam masalah, korang mesti cari jalan yang rumit nak selesaikan. Betul tak? Jalan yang paling mudah ada iaitu lupakan dan memaafkan. Tapi kalau nak jalan rumit apa lagi merajuk dan merajuk lepas tu hal yang sekecil-kecil kuman jadi bapak kuman. Atau bila korang ada terlanjur menyakiti pasangan korang so macam mana nak pujuk supaya pasangan korang tu tak merajuk? Biarkan je? Itu pun salah satu cara yang bagus tu. (~.0)
Langkah pertama korang cari punca masalah, dan fahami apa yang tidak disukai oleh si dia, mungkin si dia cemburu bila korang bercakap atau bertemu dengan orang lain yang berlawan jenis. Jadi penerangan itu sangatlah penting tapi sejauh mana benarnya keterangan tu? Fikirkan!
Cara anda memberi keterangan dan bersungguh-sungguh memperlihatkan kejujuran dan akan membuat dia yakin terhadap keterangan tu. Jangan terus naik angin bila si dia meradang dan jangan juga berkecil hati. Jangan juga mengambil sikap tak apa, kerana ini akan memburukan lagi keadaan. Jika andai kata kita menegur dan si dia seorang yang sukar di tegur, pujuk dan cuba yang terbaik agar dia memahami niat sebenar anda bukanlah untuk memperlekehkan si dia tetapi ingin kan yang terbaik untuk dia.
Mungkin korang dah pujuk beberapa kali tetapi tidak BERJAYA juga agar si dia berbaik dengan anda semula, anda seharusnya tidak perlu risau, kerana sepanas-panas api akan padam jika disiram dengan air oleh itu kelembutan anda dan kesabaran anda lambat laun akan menyejukkan hatinya.
Tetapi AWAS! Kelembutan anda juga ada batasnya, janganlah kerana si dia merajuk anda sanggup menjadi hamba cinta kerana sikap ini akan menjatuhkan martabat anda, dan anda tidak sepatutnya menggadaikan harga diri anda kerana seorang lelaki atau seorang wanita.
Dalam segala hal korang dah usaha untuk memujuk hati si dia tetapi dia tetap berdegil dan tidak mahu menerima apa-apa cadangan dari anda, anda seharusnya tidak terlalu meminta-minta dan merayu-rayu, kemampuan korang atas keperibadian korang bukan sebagai pengemis.
1 comment:
dalam perhubungan, ramuan paling penting ialah kejujuran..kejujuran pula mesti dibalas kepercayaan..insyaAllah dgn tambahan rencah toleransi, hubungan akan berkekalan..paling penting hubungan tu mestilah mendapat keredhaan..satu bnda saya pegang, bila lepas khwin, everytime ada problem and thing gets worse ingt satu benda, syaitan ngah cucuk kita..syaitan mmg kerja dia nak porak-peranda umat manusia..yg belum khwin dia cucuk suruh berzina, yg dah khwin dia cucuk nak rosakkan rumah tangga..hihi *belum kahwin..:D
Post a Comment