Monday, July 29, 2013

Biskut Bunga Cina


Salam ramadhan dan salam hormat semuanya.  Semangat tak tajuk liz? Selesai sudah payroll untuk staff.  Pay slip pun dah print out.  Apa yang seronok jadi HR ialah kita boleh tahu semua gaji staff tak kira apa level pun tetapi menjadi seorang HR perlulah amanah. Semuanya adalah P & C.

Semangat raya sekejap ada sekejap hilang, bila dah siap kerja yang paling utama di hujung bulan ni barulah beransur lega. Belum boleh lega lagi sebab foreign worker salary tak siap lagi. Account mereka close end of the month, tak macam untuk staff sini ialah pada 25 HB.  Jadi semua orang dah excited sangat nak gaji.

Malam ni boleh la liz buat kuih raya dengan sedikit tenang.  Hari ni baru bermula buat biskut SEMPERIT.  Bukan sempit okeh. Liz selalu tersasul nak sebut biskut sempit.  Jadi after berbuka selesaikan magrib dan juga isyak kemudian barulah beransur mulakan operasi.

Sakit nya tangan uit menerap adunan ni.  Sebiji-sebiji rasanya tulang belakang ni dah bengkok 360 darjah serta merta.  Sambil tu juga la menukar-nukar dulang siling silih berganti keluar masuk dari perut oven tu.

Tadaaa .... after few hours.

Ada yang berminat nak order tak? Hoho buat untuk sendiri makan pun dah sakit jari.


Thursday, July 18, 2013

Ikut cara liz bershopping.



Assalamualaikum. 
Wajib lah bagi salam, dah tu you all pun wajib la jawab salamnya tu.

Suka shopping? Gila tak suka shopping. Gila?? Gila?? Untungla pakwe-pakwe luar sana tu kalau dapat goilfen yang tak suka shopping. Liz tak suka shopping? Lambat lagi lah nak feeling TAK SUKO tu.

Turun escalator pun sempat lagi singgah kedai terdekat, mujur dekat car park tak da shop. Kalau tidak sempat juga campai sehelai duo sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Dulu masa jadi student liz limit kan tahap keshoppinan. Keshoppinan pun boleh laaaa....
Sebulan sekali pun belum tentu, niat kena betul. Pergi Universiti untuk belajar dan juga cari calon suami.

Bila dah kerja boleh shopping sebulan dua kali. Wajib!
Kenapa pula tak boleh. Tak perlu tunggu gaji beriban lor nak shopping macam liz.

Tips ..
1. Haruslah ada box colourful untuk simpan resit pembelian.

2. Calculate kan semua perbelanjaan. Groupkan resit mengikut jenis-jenisnya.  Contoh : Makanan, make up, pakaian, topup dan lain-lain.

GUNA KONSEP 1/3

3. Liz akan spend kan 30% gaji liz untuk expenses. Semua di atas ni termasuk dalam expenses.  Tak kisahla macam mana you all nak divide kan pula 30% tu kepada group-group yang lain. 
Contoh : Topup 5% je sebab dah pakai whataps.
       : Make up untuk bulan ni 0% sebab bulan lepas dah shop.
       : Makanan jimat sebab berpuasa dan tinggal di rumah sendiri. 
       : Pakaian 25%.  Divide lagi awal dan hujung bulan.

Tak kisah la macam mana pun you all divide tetapi lebih dari 30% gaji you all dah tak boleh sentuh. Simpanan perlu 30%.
Dan lagi 30% untuk asset.
Asset ialah item seperti gadget, kereta ke atau apa-apa kehendak you all impikan.

Kalau nak buat konsep 1/3. Nak buat konsep 1/4 ke 1/5 ke atau ke berapa pun ikut you all lah.






 

Tuesday, July 16, 2013

Kunci Syarikat Dalam Tangan!!


Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdullilah masih berpeluang untuk berpuasa sehingga ke hari ini.

 

Hari ini liz dapat satu lagi amanah baru semenjak bertukar kerja di tempat baru.  Apakah?  Sibuk kan you all ni nak tahu. Liz dapat kunci.  Tiada kunci tiada yang boleh masuk kerja. Mengapakah kunci ini perlu diberikan kepadaku!!

 

Hooohh!  Seandainya liz datang lambat alamatnya semua orang pun tak dapat nak masuk kerja awal.  Jadi kesimpulannya liz kena besiap awal dan tidak boleh datang lewat.   Di mana-mana company pun HR bertanggungjawab untuk memegang kunci syarikat.  Liz bukan pelajar dalam bidang Human Resource tetapi liz bersyukur rezeki Allah kurniakan ini. Jadi perbezaan antara liz dengan pelajar Human Resources ialah mereka mempunyai degree dalam bidang ini tetapi liz mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

 

Setiap hari dalam syarikat baru kami akan adakan morning briefing. Memberi kata-kata semangat kepada staf-staf bahawan bawahan.  Mereka tidak akan selamanya menjadi staf bawahan, seandainya anda sentiasa mempunyai usaha dan semangat, sesiapa sahaja mampu untuk berada di tahap yang lebih tinggi.



 

Sentiasa positif dan tanamkan semangat yang jitu. Eceh jitu nya cik liz. Jitu sangat!!!

 

 

 

 

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan Hari Ke-5


Assalamualaikum.

Ringkas punya entry. Sedang berjinak-jinak semula untuk active menaip blog. Walaupun mata ni dah mengantuk sesangat. Try to do it before the clock turn to 12AM. 

Hari ni liz ada tetamu which he is my staff mate. New staff mate. Yes he is a guy, handsome 29 and still single. Anyone interested? 
Pendekkan cerita, disebabkan semenjak puasa kawan liz tu tak berpeluang langsung untuk berbuka bersama keluarga dia. Oleh itu, liz invite dia berbuka sekali bersama keluarga liz.

Biasalah bila tetamu datang pastilah membawa buah tangan kan. Bila liz buka buah tangan yang dihulurkan tu terus terbahak-bahak liz gelak. Panggil ibu datang cepat tengok apa buah tangan tu. Biasalah ada kuih popia basah, kuih bombay, dan terakhir ialah kuih TAKO.

Tahu tak apa yang lucu sangat. Kuih TAKO tu kuih ibu liz jual letak dibazar ramadhan. Macam kelakar je kuih tu datang semula ke rumah. Ibu pesan jangan bagitahu nanti dia segan.

Tapi waktu selesai makan untuk sesi mencuci mulut. Aku tak tahan gelak. Last-last kantoi juga. 

Saturday, July 6, 2013

Resignation Moment

Assalamualaikum ..

Lama nya hai rasa tak update selalu. Jangan kata seminggu sekali nak update, sebulan sekali pun belum tentu. Stalker pun sudah bosan nak view. Aishh ada orang terasa dia stalker.  Stalk tandanya ambil berat.  Jadi liz ucapkan terima kasih ambil berat pasal perkembangan diri liz.
Dari zaman belajar sampailah ke zaman sudah bekerja.  Dari zaman bercinta dengan orang A B C D dan sehingga la Mr. √ bukan senang.  Nak tahu dah jumpa ke tidak you all punya soul mate or not tunggu la waktu dah sah akad nanti. Tetapi masa tu sebenarnya kehidupan realiti baru nak bermula bukannya ending of your love story lagi.

4hb Julai 2013

Tarikh ini ialah tarikh terakhir liz bekerja di PACIFIC MENTAKAB STAR MALL.  Selama 6 bulan dalam department Human Resource liz rasa kepala ni makin lama makin sakit je.  Tak rasa stress pun. Mungkin stress tapi tak rasa. Yang rasa sakit kepala. Bila sakit kepala supervisor urutkan. Owhh tak ke heaven macam tu supervisor urut kepala anak buah.

Masa hari pertama melangkah masuk department HR ni macam-macam dengar gossip pasal wanita yang bernama ZULAIHA ni. Apa la hebat sangat ke cik.zu ni, garang sangat ke orangnya. Orang kata dia ni keret sangat.  Sebagai freshie yang baru habis belajar dengan semangat berkobar-kobar nak kerja so akan ku redah jua lautan berapi itu. Apa pulak tak boleh redah lautan berapi? Ingat untuk orang bercinta je ka redah-redah api tu.

So nak buat pengumuman dekat sini wanita itu sangat awesome GILER!  Liz siap boleh buli dia lagi ada.  Baik sangat-sangat orangnya. Korang tu yang buat pasal memangla dia garang. Liz ni baik so pastilah jadi kesayangan. So nak end up story liz kena karangkan dekat blog. Walauapapun berlaku dalam kehidupan sehari-hari kita, kita perlu percaya pada rezeki dan usaha itu perlu.

Ingat lagi dialog masa merajuk balik rumah tak mahu kerja dekat PACIFIC bila mak tanya
“Kenapa tak nak kerja dekat sana kan dekat boleh duduk rumah Dee pastu jalan kaki sejengkal je.”
Me : “Tak nak lah kerja belakang tu kak.zu tu belagak, bajet bagus je.” Terus tidur tutup pintu.
Tapi sebenarnya semua tu INTRO je. Sekarang ni dah macam family.  Kak Ina pula penyelamat keadaan masa mula-mula masuk kerja. Dia lah yang tunjuk semua tempat, macam mana nak guna mesin Photostat, macam mana nak buat panggilan keluar, macam mana nak guna mesin liminate. Harapkan Cik Zulaihah yang bajet busy pada mulanya tu memang macam haram la kan. Hoho.


Hari demi hari berlalu. Kami rapat dan semakin rapat. Bila dah terlampau rapat makin sengal pulak.  Bila dating angin mengarut cakap pot pet macam buntut ayam.  Tapi kak. Ina kata masa mak dia hamilkan dia, mak dia suka tengok mercun. Sebab tu mulut macam mercun. Pandai pulak akak ni melawak.  Tak best cerita banyak-banyak.  Apakata tengok gambar pula.  


Sis ina waktu ni macam mood swing je.Tiba-tiba macam polite sangat. Sedih simpan dalam hati. 
Senyum pun ala-ala je. 
Department Admin HR ni memang suka bagi hadiah buku ke eh?


Buku ni memang kena prank habis lah. Siot la kak.zu!!

 1. Holla ayuh peace too baby. Tak pernah ada adik, takutnya nak sentuh perut kakak ni. 
2. Yang ini masih lagi 9 minggu kecil lagi baby tu. 



Alrite masa pemulangan badge. Hukhuk. Uniform pun dah pulangkan so berbaju putih semula seperti mula-mula masuk. Serahkan semula jawatan ini pada supervisor liz. 
InsyAllah hari isnin nanti kerusi liz akan digantikan oleh kak.as
~~~~~

Last pose! Kissing and hug time. Masa ni mood sis ina macam malu-malu. Selalunya dia sporting. So last pictures dekat office. Sitting dekat my chair.
Macam mama dengan daughter x?

Keesokkan pula bawa sis zu shopping. 


 Makan shopping semua dah. Cant upload all pictures. Ini sahaja yang mampu. 
Alrite wait next post me as Admin HR. Hoho.