Tuesday, July 16, 2013

Kunci Syarikat Dalam Tangan!!


Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdullilah masih berpeluang untuk berpuasa sehingga ke hari ini.

 

Hari ini liz dapat satu lagi amanah baru semenjak bertukar kerja di tempat baru.  Apakah?  Sibuk kan you all ni nak tahu. Liz dapat kunci.  Tiada kunci tiada yang boleh masuk kerja. Mengapakah kunci ini perlu diberikan kepadaku!!

 

Hooohh!  Seandainya liz datang lambat alamatnya semua orang pun tak dapat nak masuk kerja awal.  Jadi kesimpulannya liz kena besiap awal dan tidak boleh datang lewat.   Di mana-mana company pun HR bertanggungjawab untuk memegang kunci syarikat.  Liz bukan pelajar dalam bidang Human Resource tetapi liz bersyukur rezeki Allah kurniakan ini. Jadi perbezaan antara liz dengan pelajar Human Resources ialah mereka mempunyai degree dalam bidang ini tetapi liz mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

 

Setiap hari dalam syarikat baru kami akan adakan morning briefing. Memberi kata-kata semangat kepada staf-staf bahawan bawahan.  Mereka tidak akan selamanya menjadi staf bawahan, seandainya anda sentiasa mempunyai usaha dan semangat, sesiapa sahaja mampu untuk berada di tahap yang lebih tinggi.



 

Sentiasa positif dan tanamkan semangat yang jitu. Eceh jitu nya cik liz. Jitu sangat!!!

 

 

 

 

No comments: