Wednesday, October 30, 2013

LANGKAWI TRIP


Salam.
Dear Blog. Thank you welcome be back.

Shiitttttsss. Senyap senyap, attention please!
Tengah nak update ni, korang baca senyap-senyap okeh. Tahulah korang excited nak stalk what goes around kan?

24 hb 2013 - 26 hb 2013 Langkawi

Eceh macam nak buat itinerary pulak dekat sini. Senyap-senyap, focus please!  Liz sampai dekat LCCT dari Pahang lebih kurang jam 1 pagi. Then ke hulur hilir sambil fikir nak buat apa. Ayuh jom lepak MCD.
Lepak lepak sampai jam 4 pagi. Masing-masing main game dalam hand phone hiburkan hati sendiri. Nurdin masa tu, sah-sah lah dia tidur se-nyenyak nya dekat rumah.

Jam 7 pagi. Bye-bye to all acik-acik dan sepupu yang ado. Masa tu jenguh lah pulak tunggu orang tu datang dari Klang. Nak bercuti pun sempat lagi gaduh-gaduh. Tak faham. STRESS!

Lepas tu dia datang pulak dengan Asan. *Asan poyo. Sejak 1st time cakap dengan dia dalam telefon sampai lah waktu dekat LCCT dorang ajak pergi lepak makan sama tapi aku tak nak. *Boleh tahan degil juga kan.
Sampai kan dorang tunggu dekat Taste Of Asia sejam, liz pula tertidur atas troli luggage. Bangun-bangun tengok cermin, Pehhhhhh dekat dahi bulat merah berbekas kesan jam jangan. Masa tu pulak lah si nurdin ni nampak tempat aku lepak. Dia bawa asan pulak dahhhhh. Feeling macam nak bergaduh je.  Dah berjumpa tentang muka, tentang mata tak boleh. Bahaya. *khuatir asan jatuh hati kat aku nanti.
Eceh-eceh time kena snap pic pun segan nak tengok Asan.




Lepak jap sambil sumbat MCD lagi, tadaa the time!!
Fly.. Klakar giler muka nurdin naik flight. Penakut sih dia ni. Okeh next bila dah sampai, tak nak story dah. Bagi you all tengok gambar okeh.

 
Alrite jom lepak Restaurant Haji Ali. Dalam blog bila aku google, ramai kata sedap. Pada aku biasa-biasa je. Air teo Ais dia sedap sebab macam wangi-wangi sikit.  Siakap sweet sour dia pun not bad lah. Tom yam pun ala-ala je. Tapi motif adik sepupu aku tengok dia makan tahap segini macam 'urkk pelik!
*Se lepas makan liz dengan nurdin buat muka. Makan macam tak kenyang di tekak. Walaupun liz yang bawa dorang datang sini.
 
Dah jalan-jalan tu singgah pulak pizza.
 
 

 
Lepas tu nurdin complaint lagi. Pizza tak sedap. Pada liz sedap la juga, boleh tahan lah pizza ni. Cuma roti dia tak lembut macam pizza.
 
 
Keesokkan pagi nya bangun pagi nak berjalan ke cable car. Tunggu anak teruna bertiga tu siap, perhh lama sihh.
 
 
 
Sempat melawat pantai jap pagi-pagi. Lepas tu berlari bila hujan datang mengejar.
 
 
 
Bergambar dengan teady bear.
 
 
 
cuak =====
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Okeh selesai bertugas. Power rangers!!
Ramai yang sangka kami bercuti berdua. Saja bikin hot je you all, kami berdua tak giler lagi lah.
 
 
 
 
 
 
 
 








 

Tuesday, October 22, 2013

Nak Join Masukkan Blog u'lls Dalam Directory Blogspot Tak?


Salam
Dear Blog.

Hari ni baru ada masa sikit liz untuk jengah ke blog sendiri, check apa yang patut, kut-kut ada followers baru ke, ada comments baru ke yang perlu di approve kan ke, betul tak?

Jadi bila dah check. Tiba-tiba excited nya dapat invitation dari DIRECTORY BLOGSPOT. Tahu tak apa invitation dia. Liz pun malas cerita banyak-banyak. So liz print screen.

 
 
Mula-mula rasa nak abaikan je komen ni, liz berblog pun bukan sebab nak aim apa-apa publisiti. Tiba-tiba macam best pula bila dia sebut dia dari france kan. Makdee cakap orang france romantic. Dan topic ni yang pertama keluar masa jumpa Nurdin dulu. Liz bagitahu liz nak orang france, biar lidah berbelit tapi romantik gitu.
 
Liz pun view la link yang dia bagi, rasa macam biasa je, scroll ke bawah, macam biasa je. Tengok tepi ----> walauweii banyak nya senarai blog yang boleh di blogwalking. Dari macam-macam Negara tu.
Teruja tak.. teruja cepat! Kalau korang nak join jugak, jom lah. Cara mudah je click dekat title blog liz di bawah, sebab dia ada komen dekat entry ni.
 
 
 
 

Sunday, October 6, 2013

Persiapan Minggu Pertama #Holiday Langkawi


Salam.
Dear Blog.

Bulan Oktober dah sampai pun. Hoyey hoyey hoyey sambil menaip senyum-senyum dan senyum lagi. Tiket dah book awal-awal. Tiket air asia je yang mampu *mampu lah sangat sebab makdee liz yang bayarkan. Thank you ye aunty yang sangat lovely ni.

Ini kiranya percutian liz kali kedua ke Langkawi. Harap-harap boleh jumpa kak yuyu ke. Blogger yang paling awesome, tak sah kalau tak baca blog dia tau.  Cuti pun kena mohon awal-awal, cuti dia jugak.
Dalam gaduh-gaduh tak sangka pulak si nurdin ni dah mohon cuti juga 3 hari lepas, siap belagak dekat liz kata permohonan dia dah lulus. Liz sendiri pun tak mohon cuti lagi.  InsyAllah walaupun tak isi borang lagi tapi liz dah bagitahu colleague liz awal-awal.  Jadi tarikhnya 24 25 26 waktu dekat nak gaji pulak tu tapi HR bercuti. Balik bercuti mudahan dah fresh dan lagi semangat nak mengadap kerja dekat pejabat.

Excited tu semacam sikit sebab kali ni ada nurdin ikut sama.  Benda yang liz nak bawak kena lah check siap-siap nanti ada pulak yang tercicir.





1.  Dettol instant hand sanitizer original.
Bila dah travel ni, kebersihan kena jaga. Kuman merata tempat jadi inilah yang terbaik untuk dibawa merata-rata. Tak nak lah nanti tengah bercuti sakit perut pulak. 

2.  Toner mekar semilu.
Toner Zam-Zam ni sangat best untuk orang yang nak cepat sebab buka je penutup ni terus spray dekat muka. Khasiat dia untuk menyegarkan kulit, menutup pori-pori dan untuk semua jenis kulit boleh guna. Sejuk sangat after spray.

3.  Colgate optic white.
Ubat gigi ni paling best. Nanti tak boleh nak senyum sampai ke telinga pulak malu-malu gigi tak gosok.

4.  Enchanteur Paris Firm & Repair body lotion.
Dari dulu sampai sekarang memang inilah lotion kegemaran walaupun ada lotion yang lain juga yang liz pakai. Jadi kenalah bawa sekali yang ni, dekat Langkawi panas tau. 

5.  Listerine Natural Green Tea.
Yang ni liz dapat dua redeem point dekat Watson. Liz 1 dan nurdin 1.

6.  Sunsilk Co-Creations Nourishing Soft & Smooth.
Dekat hotel kita tak kan tahu syampoo apa dorang sediakan. Jadi untuk beberapa hari bercuti, liz rasa ada baiknya kita bawak benda kecil ni, spray je. Masa itu kan emas, selalunya balik hotel untuk tidur je. Jadi kalau ada benda ni, takdalah rambut busuk ke hapak dek kerana rambut lama berkurung dalam hijab.

7.  Banana Boat Sport Sunscreen Lotion.
SPF 110 PA+++ agak-agak takut kulit hangus bertambah hangus. Kena pakai sunblock.

8.  Tisu. 
Wajib ada untuk apa-apa yang melanda nanti.  Liz suka bawa siap-siap, jadi tak perlu risau nak cari itu ini bila perlu. Lagi-lagi nurdin memang suka order je. Beg liz ni macam beg doremon.

Semua barang ni liz akan letak dalam beg sandang.  Memudahkan semua nak capai waktu berjalan-jalan nanti. Kalau korang ada suggestion tempat mana best untuk melawat dekat langkawi bagitahu liz ye.



 

Nak buat pengakuan tutup cerita zaman DIPLOMA


Salam.
Dear Blog.
Penutup 3 nama!

Hari ni ialah awal minggu untuk bulan Oktober 2013. Kalau Oktober 2012 tahun lepas liz tengah nazak pulun untuk score dalam examination semester akhir.  Kepada kawan-kawan atau adik-adik yang sedang pulun study tu, dah nazak ke apa teruskan cuma nak ingatkan jangan sampai putus nafas je. Fail la jawabnya. Masih ada masa, jangan pernah rasa korang terlewat nak score la apa, selagi ada saat minit jam dan hari berbaki ni, teruskan usaha.

Diingatkan juga, kalau korang dapat roommates yang santai, masak lah korang kalau contohi mereka. Liz syukur sangat-sangat roommates semester akhir liz paling awesome.

Mulanya langkah ni liz ke UiTM pada tahun 2010 bulan 6. Masa tu single mingle, berkobar-kobar tanam dalam jiwa ni nak belajar dan tak nak bercinta. *Macam haram je lepas tu.

Masa semester 1 liz takda laptop lagi, jadi buat kerja liz pinjam laptop kawan. Susah kan waktu tu, tapi roommates sem 1 pun awesome giler, najwa, kak.aza dan lia.  Sampai sekarang ni masih lagi berhubung walaupun jarang-jarang, yang banyak tolong liz wa dan kak.aza memandangkan lia dah tekad nak berhenti belajar masa kami di sem 2. Jadi kami dah lama tak berjumpa.

Tengah menyelongkar gambar semester 1, selongkar dekat FB album xdak, dekat FB kak aza, FB najwa pun xdak. Mana hah sedangkan banyak jugak bergambar, siap ada video lagi.
 
 
30 minit dah cari, resultnya memang tiada. Masa nak hujung-hujung sem 1, adalah lelaki itu ini start usha-usha kan. Memilih lah pulak liz ni. Masa tu ramai sangat kata students OM ni students yang paling laris untuk ditakel oleh students lelaki fakulti lain. Ada budak perladangan, tak mo lah, budak perkayuan, tak mo jugak, nak aim budak EC. Civil Engineering. Berangan nak jadi isteri Engineer nanti bila dah besar. Owhh angan-angan, nyanyi macam lagu 60 an tu. Jadi tersangkut la dekat budak ec, masa tu memang nerd lagi, poyo betul rasa.  Jadi ni lah pengkuan jujur liz masa study dulu, kalau nak bercinta pun liz pilih falkulti. Lepas tu putus. Jeng jeng
*****
Harapan lah nak jadi bini engineer.
 
Masa dah dekat sem akhir tu dapat pulak roommates yang semua ada boyfriends. Kita sesorang je single dalam bilik tu. Aishh sakit pula hati ni, bukan sebab dengki. Tapi sebab selalu kena tinggal dalam bilik hujung minggu lepas tu telefon takda pun orang hantar sms ke calling-calling ke. Tapi masa tu laptop dah ada lama dah, beli masa sem dua, start aktif berblog sikit-sikit, giler FB lepas tu masa tu femes dengan game angry bird, lepas tu kawan aku yang sengal tu si aqma kenalkan aku dengan game bas. Sampai rosak keyboard aku bawak bas. Tekan minyak lah, tekan break lah. Yang jahanam keyboard laptop ni sebab aku tekan minyak sekuat hati.
 
End up semester akhir, walaupun result tak keluar lagi, liz dah gigih cari kerja, tak nak buang masa sikit pun, so resultnya. Last je paper akhir masa tu. Pagi keesokkanya liz dapat call interview sebagai accountant. Hah tetiba pulak, terkesima sebab liz bukan budak kos account. Asas tu adalah sebab memang ada subject account waktu last semester tu. Terasa macam awal sangat, masa tu pulak dapat dekat Ampang. Abaikan.
 
Sebulan mengganggur. Akhirnya kerja dekat Pacific as Human Resources Clerk. Seronok juga kerja sana, dalam mall. Duit = Shopping. 6 bulan dekat sana dan sekarang kerja kedua dekat tempat baru. Reason pindah kerja?Mestilah sebab duit = shopping. Tapi dekat sini bukan dalam mall jadi duit = bank .. saving!!
 
Jadi hari ni liz nak tutup dah kisah zaman belajar.
Nak tutup juga kisah dia yang dari zaman sekolah kenal.
Semuanya yang buruk-buruk dah simpan.
 
Salam.