Sunday, October 6, 2013

Persiapan Minggu Pertama #Holiday Langkawi


Salam.
Dear Blog.

Bulan Oktober dah sampai pun. Hoyey hoyey hoyey sambil menaip senyum-senyum dan senyum lagi. Tiket dah book awal-awal. Tiket air asia je yang mampu *mampu lah sangat sebab makdee liz yang bayarkan. Thank you ye aunty yang sangat lovely ni.

Ini kiranya percutian liz kali kedua ke Langkawi. Harap-harap boleh jumpa kak yuyu ke. Blogger yang paling awesome, tak sah kalau tak baca blog dia tau.  Cuti pun kena mohon awal-awal, cuti dia jugak.
Dalam gaduh-gaduh tak sangka pulak si nurdin ni dah mohon cuti juga 3 hari lepas, siap belagak dekat liz kata permohonan dia dah lulus. Liz sendiri pun tak mohon cuti lagi.  InsyAllah walaupun tak isi borang lagi tapi liz dah bagitahu colleague liz awal-awal.  Jadi tarikhnya 24 25 26 waktu dekat nak gaji pulak tu tapi HR bercuti. Balik bercuti mudahan dah fresh dan lagi semangat nak mengadap kerja dekat pejabat.

Excited tu semacam sikit sebab kali ni ada nurdin ikut sama.  Benda yang liz nak bawak kena lah check siap-siap nanti ada pulak yang tercicir.





1.  Dettol instant hand sanitizer original.
Bila dah travel ni, kebersihan kena jaga. Kuman merata tempat jadi inilah yang terbaik untuk dibawa merata-rata. Tak nak lah nanti tengah bercuti sakit perut pulak. 

2.  Toner mekar semilu.
Toner Zam-Zam ni sangat best untuk orang yang nak cepat sebab buka je penutup ni terus spray dekat muka. Khasiat dia untuk menyegarkan kulit, menutup pori-pori dan untuk semua jenis kulit boleh guna. Sejuk sangat after spray.

3.  Colgate optic white.
Ubat gigi ni paling best. Nanti tak boleh nak senyum sampai ke telinga pulak malu-malu gigi tak gosok.

4.  Enchanteur Paris Firm & Repair body lotion.
Dari dulu sampai sekarang memang inilah lotion kegemaran walaupun ada lotion yang lain juga yang liz pakai. Jadi kenalah bawa sekali yang ni, dekat Langkawi panas tau. 

5.  Listerine Natural Green Tea.
Yang ni liz dapat dua redeem point dekat Watson. Liz 1 dan nurdin 1.

6.  Sunsilk Co-Creations Nourishing Soft & Smooth.
Dekat hotel kita tak kan tahu syampoo apa dorang sediakan. Jadi untuk beberapa hari bercuti, liz rasa ada baiknya kita bawak benda kecil ni, spray je. Masa itu kan emas, selalunya balik hotel untuk tidur je. Jadi kalau ada benda ni, takdalah rambut busuk ke hapak dek kerana rambut lama berkurung dalam hijab.

7.  Banana Boat Sport Sunscreen Lotion.
SPF 110 PA+++ agak-agak takut kulit hangus bertambah hangus. Kena pakai sunblock.

8.  Tisu. 
Wajib ada untuk apa-apa yang melanda nanti.  Liz suka bawa siap-siap, jadi tak perlu risau nak cari itu ini bila perlu. Lagi-lagi nurdin memang suka order je. Beg liz ni macam beg doremon.

Semua barang ni liz akan letak dalam beg sandang.  Memudahkan semua nak capai waktu berjalan-jalan nanti. Kalau korang ada suggestion tempat mana best untuk melawat dekat langkawi bagitahu liz ye.



 

No comments: