Monday, January 27, 2014

FASHION PLUS COMIC


Fashion PLUS Comic! Okeh introduction nya adalah bergini, sekarang ni bukan kanak-kanak je tau yang suka pakai T-shirt yang ada watak-watak kartun ni. Kita yang dah berumur puluhan tahun ni pun suke juga tau. Antara baju yang liz ada ialah baju tidur tweety, Tshirt Minie Mouse dan yang lain tu rasanya ada juga macam superhero Bad Man dan Superman.

Okeh now liz nak tanya kepada sesiapa yang datang singgah blog liz ni, yang baca blog liz ni, apakata korang emailkan liz gambar korang dengan memakai baju watak comic yang korang ada. Liz akan post kan entry akan datang nanti dengan gambar kita semua.

Email/IM fb pada liz di :yusmarliza92@yahoo.com
Tittle                  :Fashion Plus Comic
Blog URL                :www.lilizazaliza.blogspot.com
FB name                 :liyliz yusof

Yang takda blog pun boleh je nak share korang punya gambar. Liz akan masukkan di blog liz nanti Insyallah if dapat feedback yang baik dari anda semua.

Antara contohnya yang liz create dalam page ni dari sumber majalah REMAJA
 
 
Selamat Mencuba You Alls!
 

Saturday, January 25, 2014

Si cantik. Perlu makan Vitamin C tau.


Hari vitamin setahun sudah tiba.  Tahun 2014 ni liz banyak titik beratkan pengambilan vitamin tambahan, senang cerita orang suka panggil ianya sebagai supplement. Hah nampak macam orang putih sikit yek panggil supplement.

Vitamin C ni da biasa dengar dari zaman liz hisap botol susu lagi, mak suruh makan buah sebab buah ada vitamin C, dan vitamin C ni bagus untuk kesihatan, untuk kulit dan untuk bagai-bagai lagi.  Tapi bila dah makin besar ni memang tidak mungkin je nak makan hari-hari.  Waktu pagi nak makan buah macam awal sangat je, waktu lunch macam tak sempat je nak makan buah. Waktu petang rasa macam dah penat je nak makan buah. Waktu malam macam dah mengantuk je nak makan buah.

See how many reasons I can create bila dah besar ni.  Jadi senang cerita, my discipline untuk makan buah setiap hari itu adalah mustahil.  Soooooo jalan nya dengan mengambil supplement.
Vitamin C ni kalau kurang dalam badan kita tahu tak boleh kena penyakit apa?  Scurvy.  Tahu tak Scurvy tu apa? Masa sekolah dulu tipu sangat tak belajar sains.

SCURVY
 
Alrite nampak tak ni la dia penyakit SCURVY. Gusi berdarah dan menjadi kecut. Gigi pun nanti jadi jarang-jarang. Kan tak cantik tu kalau gigi kita jadi macam ni. Kalau zaman dahulu kala, ala kalau korang tengok cerita lanun-lanun, cuba tengok gigi dia, mesti buruk kan. Hitam-hitam lepas tu gusi dia mesti macam tak cantik. Ke korang just tengok je tapi tak perasaan pun semua tu? Hah orang putih kalau buat cerita mesti ada kaitkan dengan logik kehidupan.  Kalau lanun tu gigi cantik je, tak real la story tu dan lagi-lagi dekat watak tu macam tak berapa nak LANUN lah kan.
 
FARMASI ada RM33.00
 
Liz ambil Vitamin C dari BlackMores. Tapi sebenarnya lagi bagus kalau korang ambil Vitamin C ni dari buahan atau sayuran. Dan lagi bagus kalau korang minum jus tu ialah jus daripada buah yang dibeli bukan juice yang ready to drink tu. Sekurangnya seminggu tu korang minum la 2 or 3 gelas jus yang korang blend sendiri. Selain tu Vitamin ni perlu untuk elakkan kita daripada SELSEMA, SEJUK dan DEMAM.  Masa dulu-dulu, perasan tak iklan Scott's Emulsion. 
 
 
 
Yang masa tu musim hujan, semua budak tak datang sekolah, seorang je datang dengan tagline "nampaknya saya seorang sahajalah cikgu".
 
Macam untuk liz pula, selain daripada manfaat di atas tu, Vitamin C pula boleh kurangkan Depression, Physical and Mental Stress. Dan Vitamin C ni fungsi dia boleh generate Collagen dalam badan kita. Hoho sudah tentu ianya bagus untuk kulit. Kalau korang google zaman sekarang ni macam-macam ada, Vitamin C daripada Sheklee la, Phytoscience la. Setakat ni liz tak try lagi. Tak kisah lah daripada mana pun korang consume, tapi make sure study dulu okeh.
 
Terima kasih datang membaca. Boleh tinggalkan komen atau pendapat, mana tahu ada product yang bagus untuk liz try ke.
 
 
 
 
 
 

 

Friday, January 24, 2014

CASUAL WEEKENDS

 


HOLLA!  Lama liyliz yusof tidak menaip, bila ada mood nak menaip mesti terhalang bila kena face up dengan perangai manusia yang suka nak sabotaj kita. So bila balik rumah, nak switch on laptop pun dah rasa liat sebab rasa nak terus tidur dan tak nak fikir terlalu dalam.

Mostly the way I release my stress sangat mudah, just find out someone who can console and accompany you for the whole day.  Last weekend liz ke KL, and my friend dah tunggu siap-siap.  Terima kasih dear teman liz shopping di tengah bulan ni.

First step move on. Tadaaaa Masjid Jamed. Liz akan datang sini kalau nak beli shawl ataupun tudung yang murah. Sebab first time bawa kawan liz yang tak berapa nak pandai bershopping ni, jadi buat teaser je la dulu.  Berjalan yang dekat-dekat sahaja.

Take a loo yuk.
 
SHAWL ni beli dekat Muaz Textile.
Rasanya kedai Tokey ni memang femes sebab kemurahan yang awesome, tapi kualitinya pula tak berapa nak awesome la yek.
Tetapi..if korang padai memilih, berbaloi la sesangat.
This one RM3.00. Agak nipis, jadi liz pilih warna dan corak yang gelap.
 
 
SHAWL dekat salah 1 gerai RM20.00.
Panjang dan tebal.
 
 
TUDUNG 3 SEGI yang ni beli masa last nak balik.
Kebanyakan nya peniaga jual RM25, tapi mujur dekat kedai kakak ni liz dapat beli dengan harga RM20.
 
Next gerak ke Bukit Bintang. Ingatkan nak kenalkan you all semua pasal nasi ayam penyet tapi sampai je rumah, liz check phone 1 gambar pun tiada. Pelik je mana hilang. Merungut 2 3 hari kut. Takda rezeki nak share pasal tu. By the way, macam mana hari tu ada tak pergi try Fish and Co restaurant?