Saturday, January 25, 2014

Si cantik. Perlu makan Vitamin C tau.


Hari vitamin setahun sudah tiba.  Tahun 2014 ni liz banyak titik beratkan pengambilan vitamin tambahan, senang cerita orang suka panggil ianya sebagai supplement. Hah nampak macam orang putih sikit yek panggil supplement.

Vitamin C ni da biasa dengar dari zaman liz hisap botol susu lagi, mak suruh makan buah sebab buah ada vitamin C, dan vitamin C ni bagus untuk kesihatan, untuk kulit dan untuk bagai-bagai lagi.  Tapi bila dah makin besar ni memang tidak mungkin je nak makan hari-hari.  Waktu pagi nak makan buah macam awal sangat je, waktu lunch macam tak sempat je nak makan buah. Waktu petang rasa macam dah penat je nak makan buah. Waktu malam macam dah mengantuk je nak makan buah.

See how many reasons I can create bila dah besar ni.  Jadi senang cerita, my discipline untuk makan buah setiap hari itu adalah mustahil.  Soooooo jalan nya dengan mengambil supplement.
Vitamin C ni kalau kurang dalam badan kita tahu tak boleh kena penyakit apa?  Scurvy.  Tahu tak Scurvy tu apa? Masa sekolah dulu tipu sangat tak belajar sains.

SCURVY
 
Alrite nampak tak ni la dia penyakit SCURVY. Gusi berdarah dan menjadi kecut. Gigi pun nanti jadi jarang-jarang. Kan tak cantik tu kalau gigi kita jadi macam ni. Kalau zaman dahulu kala, ala kalau korang tengok cerita lanun-lanun, cuba tengok gigi dia, mesti buruk kan. Hitam-hitam lepas tu gusi dia mesti macam tak cantik. Ke korang just tengok je tapi tak perasaan pun semua tu? Hah orang putih kalau buat cerita mesti ada kaitkan dengan logik kehidupan.  Kalau lanun tu gigi cantik je, tak real la story tu dan lagi-lagi dekat watak tu macam tak berapa nak LANUN lah kan.
 
FARMASI ada RM33.00
 
Liz ambil Vitamin C dari BlackMores. Tapi sebenarnya lagi bagus kalau korang ambil Vitamin C ni dari buahan atau sayuran. Dan lagi bagus kalau korang minum jus tu ialah jus daripada buah yang dibeli bukan juice yang ready to drink tu. Sekurangnya seminggu tu korang minum la 2 or 3 gelas jus yang korang blend sendiri. Selain tu Vitamin ni perlu untuk elakkan kita daripada SELSEMA, SEJUK dan DEMAM.  Masa dulu-dulu, perasan tak iklan Scott's Emulsion. 
 
 
 
Yang masa tu musim hujan, semua budak tak datang sekolah, seorang je datang dengan tagline "nampaknya saya seorang sahajalah cikgu".
 
Macam untuk liz pula, selain daripada manfaat di atas tu, Vitamin C pula boleh kurangkan Depression, Physical and Mental Stress. Dan Vitamin C ni fungsi dia boleh generate Collagen dalam badan kita. Hoho sudah tentu ianya bagus untuk kulit. Kalau korang google zaman sekarang ni macam-macam ada, Vitamin C daripada Sheklee la, Phytoscience la. Setakat ni liz tak try lagi. Tak kisah lah daripada mana pun korang consume, tapi make sure study dulu okeh.
 
Terima kasih datang membaca. Boleh tinggalkan komen atau pendapat, mana tahu ada product yang bagus untuk liz try ke.
 
 
 
 
 
 

 

5 comments:

Bahrain said...

Aku dari kecil dah makan Scott tu perisa oren. Sekarang makan pil vitaman C jenama dari GNC. Aku jenis yang tak makan buah kena banyak makan pil untuk ganti buah yang aku tak makan.

khai artzfar said...

hello liz! budak pacak singgah sini. kalau lelaki macam mana? awkward pulak bila amik supplement macam ni

Liyliz said...

Khai dgr tu Bahrain pun makan vitamin tau. Jadi lelaki xda maslah nya nk makan vtamin.

Bahrain tq ye sudi singgah sharing vitamn yg Bahrain makan tu

Masmira Masri said...

salam hai liz akak da follow awk..hhehee haritu doc ckp akak kurang bitamen c hahaha ohh kena larik gi farmasi lah..sbb gusi akak mcm sama je mcm dlm pic tu..demmm,,,

Akupenghibur.com said...

kalau acik suka dapatkan vitamin c itu dari buah-buahan lebih original

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini