Monday, April 28, 2014

Weekend Activity


Hai assalamualaikum. Lama pula rasa tak update blog. Sekarang ni tempahan bantal semakin banyak. Alhamdullilah rezeki. Mungkin sebab harga yang liz jual tu tak mahal mana berbanding dengan tempat lain. Sebab liz bukan berbusiness sangat dengan bantal. Cuma .... mulanya minat menjahit dan hadiahkan pada kawan-kawan.  Tak sangka pula dapat sambutan dan rezeki liz semurah ni. Lagipun setiap kali lepas solat selalu minta dengan Allah murahkan rezeki liz sekeluarga.

Syukur sangat. Walaupun liz ni pekerja sepenuh masa dengan orang tapi menjana pendapatan sampingan punya aura tu memang lain macam. Lagi-lagi liz dapat hasilkan produk sendiri. Sangat berbeza dengan liz jual shawl ataupun closet.

Liz share sikit tempat liz buat kerja. Sepahan nya tak payah cakaplah sebab bila tengah buat kerja tu tak perasan jam dah pukul 1 pagi, sibuk kelam-kabut nak tidur sebab esok nak kerja.  Bila dah rasa lewat sangat, liz pun suka juga biarkan bersepah sebab malas nak kemas. Kononya esok pun nak buat juga lagi, biarlah macam tu je. Teruk tui perangai. Mujurla mak dengan nenek dah faham perangai liz ni. Kalau tak nenek liz tu kuat juga bisingnya.

Ini untuk tempahan baru. Hari sabtu ni nak bagi by hand je.

Ini baru sikit! Malu nak tunjuk banyak-banyak. 

Ni baru draft nya. Sweet la sangat bofie nya nak buat surprise untuk girfen dia.  Lelaki-lelaki dekat luar sana tu, jangan lah asyik hadiahkan girfen korang teddy bear. Macam old school nya gift kan. Apakata order bantal felt ni dengan liz. Boleh tulis nama. Empuk boleh tidur malam lagi tau. 

Boleh wataps liz di 017-9804423 untuk tempahan. Serius buyer sahaja ye. Untuk sesi berkenalan memang tidak dilayan.

 Ini tempahan terbaru yang dah siap deliver.




Friday, April 25, 2014

Bantal Felt Hubby


Assalamualaikum. Hi semua. Hari ni liz share dengan you all gambar bantal yang liz dah siap buat.  Macam tak percaya tangan jari jemari ni ada bakat dalam jahitan. Tapi setakat jahit bantal je la, jahit baju sendiri belum mampu lagi. Sebut pasal baju, argh baju raya tak buat lagi. Ehhhh puasa tak habis ganti lagi. Jangan berangan nak fikir baju raya selagi puasa tak ganti habis!!

Sambung cerita pasal bantal tadi. Liz dapat tempahan ni daripada promoter dekat tempat liz kerja.  Pengantin baru la juga kiranya. Baru nak masuk 3 bulan berumah tangga.  Jadi untuk kenangan dan ingatan tarikh tu, akak ni mintak liz buat kan 2 biji bantal.  Alhamdullilah rezeki di hujung bulan April.

Warna dan tulisan akak tu serahkan sepenuhnya pada liz. Dia cuma request tarikh dan hari sahaja. Sebab nak lari daripada warna pink dan baby blue. Liz cadangkan untuk buat warna kuning susu. Belakangnya pula warna coklat. Liz sekarang suka kahwinkan bantal. Nak kahwinkan diri sendiri belum cukup duit. #sambil #buka #purse


Warna pink tu ialah LOVE tapi separuh sahaja sebab separuh lagi ada dekat pillow wifey. OTW tengah siapkan.  Bantal ni pun liz matikan jahitan pagi tadi tepat jam 8 pagi tau. Lepas tu terus siap pergi mandi nak masuk kerja.  Semangat tak?

Liz harap kakak ni suka bantal yang liz buat ni.  Nantikan  pasangan bantal hubby ni pulak tau. Mestilah bantal wifey kan. Kalau ada sesiapa berminat nak order jangan segan-segan untuk pm dekat fb liz ye.

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday



      Annoying? Biarlah daripada tak share apa-apa dengan readers or stalker tegar aku tu. Hari ni aku check tengok berganjak lagi daripada 7 k now da 6 k

Tuesday, April 22, 2014

Apa yang sedang ku rasa


Rasa lapar
Mesti nak makan

Rasa penat
Mesti nak rehat

Rasa sedih je
Mesti rasa nak menangis

Rasa lemah je
Mesti rasa nak putus asa

Rasa putus asa
Selamanya lemah tanpa usaha


Review Closet : Kurung Moden

Hai assalamualaikum you alls.  Hoho first time nak review and sharing-sharing sikit dengan you all semua.  Sekarang ni trendy dengan wide shawls betul tak? Liz pun nak jugaklah ada satu. Mula-mula tu risau juga dek kalau beli tapi tak memakai.  Tengok punya tengok IG jumpa wide shawl stripe ni. Kalau tak beli rasa macam teringat-ingat pulak!  Sangat mudah dipakai okeh. You all kalau nak beli wide shawl macam liz ni boleh la ke IG : Shawlsbydots




Baju kurung dan kain ni dari liyliz boutique collection sendiri. 
Ini kali kedua pakai. Almaklum la iols ni pergi kerja pakai seluar sokmo!

Hand bag liz paling liz suka sangat-sangat.
Celina 
Boleh beli dekat IG : fnd_conoco

Irine nadia dan Dena Bahrin pun suka guna hand bag Celina okeh. Tak percaya? Kenalah check dekat IG fnd_conoco ni.



Hah jangan tak tahu! Boleh letak banyak barang dalam ni walaupun nampak macam compact dan kecil. Liz cari duit yang terselit-selit kut, almaklum shopping dah banyak tu.  Thank you PA yang setia meneman diriku berlangkah panjang ni.

Monday, April 21, 2014

Bila Pengantin Baru Dapat BW - Blogger Nadia Johari


Assalamualaikum. Rasanya ramai blogger kenal dengan Nadia Johari. Orang yang sangat ramah. Bahagia je kalau bual dengan dia ni. Kelakar pun ye kak nadia ni. Tak  nak cerita banyak sebab hari ni blues monday.  Mood kelaut.


Tengok la kerajinan beliau. Liz pun tak serajin dia. Haish pengantin yang tegar berblog boleh bagi award la kat kak nadia ni.

BLUES MONDAY


Hi malas nak update pe sangat. Just saja mengada nak cakap "Oh hari ni followers blog saya genap 300 orang" Walaupun tak ramai macam rakan blogger yang lain tetapi yang ada ni mudahan semakin erat silaturahim kita. 


Friday, April 18, 2014

Hadiah kejutan sebagai motivasi!


Assalamualaikum. Semakin hari badan ni terasa semakin tak sihat. Sepanjang bulan ni liz rasa kepenatan. Thinking to much rasanya. Dulu selalu tolong floor atas susun barang, sekarang rasa sangat tak bermaya. Really dont know what actually happen!

Always skip my lunch. Kalau makan pun hanya alas perut, sesudu dua dah cukup. Rasanya selera makan memang dah drop dari bulan lepas sehingga sekarang. Cuma dalam bulan ni ada beberapa hari, liz mula ada selera makan itupun hanya hari tertentu. #ikutselera

Jadi someone yang ambil berat pasal liz buat satu surprise.

Ingat tak pasal kotak ni pada entry liz yang "Cubaan Trick Nakal Fail"

Excited kan nak tahu apa isi dalamnya? Liz pun sama tau! Macam besar sangat hadiah nya ni. Setidak-tidaknya liz dah mula rasa excited. Boost up mood yang rasa penat ni.  #ceria Mungkin sebab sebelum ni liz kerap tidur lewat sebab buat tempahan, dan kesannya baru sekarang.

Okeh spot pink colour and the most cutest thing!! Hello Kitty!
Tapi tak dapat teka lagi, tabung? Jam loceng kut?

Tetap juga tak dapat teka!

Terus senyum dan senyum!!

Bekas makanan yang baru! Pink colour dan hello kitty!

Thanks a lots for concern about me day by day! 
InsyAllah akan makan sampai habis lepas ni.


Cubaan Trick Nakal Fail


Girls i bet you all mesti sangat excited bila dapat hadiah kan? Same goes to me!!
Kadang-kadang liz selalu rasa macam bored je life ni,
kadang-kadang kita lupa hari-hari yang kita lalui ada seseorang yang menemani.

Liz suka kan perhatian. Perhatian yang lebih. Kiranya macam mengada juga la kan?
Liz pernah update tweets "mestilah seronok bila dapat hadiah melalui postage" the time to wait.
Hari-hari macam count down!!
Tak sangka ada surprise trough postage. Ada orang alert buat liz happy rupanya.

Hari ni dapat call daripada Skynet. Maksudnya barang liz dah sampai!! Tapi liz kan dekat office. Hurm capai phone telefon mak mintak tolong mak ambilkan.  Tapi dek sebabkan rasa tak sabar sangat, liz whataps kawan liz say:
"Thanks barang dah sampai".
"Macam mana boleh terfikir nak hadiahkan barang ni?"
Dengan harapan dia akan cakap something. Bila cakap something, sekurangnya liz dapat clue barang apa dia hadiahkan tu. Cerdik tak liz?

Kawan liz jawab macam ni:
" Oh yeke, barang apa yang dapat tu?"

Dalam hati liz dah berkata "Kacau betul soalan ni!"
Macam tahu-tahu je nak buat trick. Tapi liz tak putus asa lagi ni. 
"Yela barang yang awak order tulah." "Tadi dapat call dari skynet suruh ambil barang tu."

Kawan liz jawab:
" Barang tu, tu barang apa?"
Liz jawab:
 " Laa barang yang awak orderkan untuk saya tu, macam mana boleh terfikir nak bagi benda ni?"
Kawan liz jawab:
 "Benda yang dapat tu benda apa?" "Hantar gambar nak tengok?"

Okeh fine, jawapan untuk soalan liz tanya "Macam mana boleh terfikir nak bagi benda ni?"
Soalan ni pun dia tak jawab, kalaulah dia jawab sekurangnya mesti liz dapat clue! Betul tak?

Memang tergelak-gelak bila bertanya dan berjawab benda yang berulang.  Fine dia dah tahu trick aku. Tak da peluang langsung nak buat agenda licik kalau dengan dia ni.

 Barang daripada Groupon. Besar sangat kotaknya macam besar sangat surprise nya kan? Haha. Will updated later on apa hadiah dalam ni.


Thursday, April 17, 2014

Lagu Aku Isterinya OST TV3


Assalamualaikum. Hi semua dan salam ceria daripada liyliz yusof.  Hari ni liz nak share lagu favourite liz yang baru. Kalau tengok drama Aku Isterinya mesti rasa nak senyum je tengok babak romantik sambil berlatar belakangkan lagu daripada Snaps Hot dan tajuknya ialah Kau Yang Satu.

Apa kata you all dengar sambil tengok vokalis yang hensem ni. Suara dia tu aish liz suka sangat!!


Lirik Lagu Kau Yang Satu - Snapshot

Aku sanggup berdusta dengan dia
Sanggup mendengar segala hinanya,
Asalkan aku dapat bersama dengan mu,
Hidupku tak akan serupa lagi,
Selepas aku gelapkan hatiku
Agar dapat menikmati sewaktu dgn mu,

Cinta yang,
Aku,
Sanggup memberi kepada mu,
hanya sewaktu,

(Chorus)
Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,
Beriku peluang...
Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,
Kerna kau yang satu..

Semoga rakan baikku tak mengerti,
Perpisahan ku diam diam idamkan,
Supaya aku tidak berasa terlalu kejam,

Siapa sebenarnya dalam hatimu,
Untukku ataupun untuk si dia,
Jangan kau cuba menyangkal perasaanku


Cinta yang,
Aku,
Sanggup memberi kepada mu,
hanya sewaktu,


(Chorus)
Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,
Beriku peluang...
Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,
Kerna kau yang satu..

Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,

Woooo Ohhhh,

Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,

Kerna kau yang satu
WOOOO OHHHHH
OHHHH OHHH

Tuesday, April 15, 2014

Wedding Blogger Nadia Johari


Assalamualaikum.
Ha aks! Happy sangat-sangat. Tangan pun menari-nari je atas keyboard ni. Excited nak cerita dekat you all pasal wedding Kak Nadia.

Liz tak ingat bila liz kenal dia, tapi rasanya pertengahan tahun lepas. Kak nadia ni sangat ceria orangnya, tak kisah dengan siapa pun dia sangatlah ramah.  Kadang-kadang kak nadia ni boleh layan giler-giler kami, kadang-kadang dia boleh bagi suatu pendapat dengan cara yang matang.  Senang masuk kepala dengan kak nadia ni. Pada blogger-blogger yang masih tak kenal kak nadia boleh la kenal-kenal okeh. Blog kak nadia http://miszrockers.blogspot.com

Liz gerak dari Pahang kul 8 pagi. Sampai pekeliling ada orang jemput. Hah lega! Sambung rehat dalam kereta. Tiba-tiba teringat nak beli kad kahwin. Liz sibuk sangat kerja sampai lupa hadiah liz balut tu tak letak kad.  Singgah la ke Setia City Mall.  Sempat la juga, makan ais krim MCD hehe. Siap boleh masuk Daiso lagi. Beli sudip warna warni. Tiba-tiba feeling nak ada kitchen sendiri sambil main masak-masak dengan suami. #Sempat hah aku berangan. #Bakal suami.  Tak sedar jam dah kul 1245. Tengok phone dapat whataps daripada Irwan Alessa gambar rombongan pengantin lelaki dah sampai. Barulah rushing ke Meru. Sekali terlajak lak! Masa tu la hikmat pakar peta daripada Kak Norain Yusoff banyak membantu.



Melangkah je masuk ke kediaman rumah Kak Nadia, Kak Ain orang pertama yang liz nampak.

 Kak Ain ni sangat manis orangnya, jelus sebab dia ada lesum pipit. Lepas tu liz nampak Kak Ain ada camera besor!  Tapi malu nak posing-posing. Tapi kita dapat surprise candid dari camera Kak Ain.Suke!! Nama kami sama tau. Dan nama ayah kami pun sama. Nama ayah kami pun sama yusof cuma ejaan je lain. Tak sangka sangat ada kebetulan macam ni.  BTW lupa nak bagitahu, gambar kami ni pengantin perempuan yang ambikkan. Haha terlupa yang kak nadia ialah pengantin. Tersuruh jadi photographer lak.
Boleh follow blog dia tau dekat sini. http://www.norainyusoff.com

Ini pengantin kan tak nampak liz yang dah berdiri lama depan dia. Dia perasan orang sebelah liz je. Lepas nampak orang sebelah liz, baru lilau cari liz. Tengok tu gopoh gapah dia nak peluk liz la tu.

Thanks for this candid!
Masa ni nak bergambar bertiga. Abangnya malu-malu. Kenalah main tarik-tarik macam ni.
Kak Nadia the most beautiful bride that day, lagi-lagi liz suka sangat tang mata dia. Besar!
 Mata liz sepet.



Lepas main tarik-tarik tadi. Kami main peluk-peluk pulak.
Blog yana boleh follow sini http://www.yanasakura.my/

Walaupun Liyana Hamid ni tua setahun dari liz, sorry liz tak mau panggil kakak sebab dia ni comel sangat, liz yang rasa macam liz ni kakak dari dia. So izinkan liz panggil yana je tau atau nama Glamor beliau YN. Hahahaks credit to Kak Ain.

 Time for PEACE!!


Wan makan senyap-senyap je. Malu lettew. 
Kiri kanan buat-buat tak tahu.

Masa ni first time jumpa wan ni depan-depan. Masa yana dengan Kak Ain takda. Liz pun usik la si wan ni panggil "wan cik kebom" live. Hohoho tergelak kuat dia, terharu sampai nak nangis gituh. Hahaks. Selalu nya dalam whataps group je. Dah dekat 3 tahun kenal wan ni. Tak pernah jumpa. Tapi kerap juga berbual gosip-gosip. Boleh dikatakan wan lah satu-satunya kumbang dalam group whatsaps kami. Bila ada antara kami kena ganggu, wan mesti tolong backing-backing gituh.

Okeh dah mula nak ramah mesra. Haha wan senyum manja hahaks. Jangan muntah!
Boleh follow blog wan di http://www.irwanalessatyme.com


Time to say good bye! Liz dah nak gerak. Liz kena shoot awal sikit sebab ada hal di tempat lain pulak. Jumpa lagi okeh. Kita lepak lagi nanti.

Sebelum keluar sempat juga la liz singgah dekat guest book. Tinggalkan sekata-dua kata, ikut hati nak tulis karangan tapi partner kita tu dah bagi hint-hint. Mujurlah liz buat ayat merangkap-rangkap juga so sempatlah jumpa blogger tinggi lampai dan kecit comel. Mesti dah tahu siapakan liz maksudkan.

Yes!!
Aina Roseberry dan Athirah Carelink
Aina pernah fight something untuk liz, liz appreciate sangat. Aina memang sangat cantik. Dapat peluk cium pun dah okeh. Senyum juga walaupun di tengah panas. Paling tak jangka ialah dapat jumpa Tya! Ya Allah budak ni sangat comel. Geram liz rasa nak dukung dia, sebab tak dapat dukung, liz genggam tangan dia pun dah kira okeh lah kan. Seronok rasa Tya peluk akak. 
Boleh follow blog mereka di sini:
http://www.ladyainaa.com
http://tyasalmid.com


 Suka gambar ni. Credit to kak ain.

Congratulations kak nadia for finding up your Mr.right!  Wishing both of you have a great wonderful journey coming up as husband and wife.
Membongkok liz untuk nampak sama tinggi dekat kak nadia. Sebak bila masa nak berpisah, masa peluk kak nadia, she wish me " akak doakan jodoh liz dipermudahkan dengan dia " . 
Lots love!! 







Monday, April 14, 2014

"Giveaway April by Syira Lokman"


http://syiralokman.blogspot.com/2014/04/giveaway-april-by-syira-lokman.html 

Assalamualaikum. Jawab tau!
Jom kita join GA ni. Sangat mudah dan sangat simple. Just main click-click je syarat yang dah ditetapkan tu.

Click sahaja bannar tu untuk join tau.
 

Saturday, April 12, 2014

Berhasil untuk semakin kecil. ALEXA.


Hari ni sesaja buka laptop sekejap. Alang-alang nak check email. Check la juga dekat web Alexa. Nak tengok ranking dalam Malaysia.


Berjaya! Turun bawah 10K. 


Friday, April 11, 2014

Diriku dan dirimu


Bilaa..
Diriku rasa diri ini kebudak-budakkan
Penuh dengan emosi

Dirimu seorang yang sabar
Fahami dan berbicara dengan tenang

Destinasimu ingin bersamaku
Destinasiku bercampur bau dengan angan-angan

Kuncinya
Tanggungjawab dalam menjaga hubungan





KLIA 2


Assalamualaikum. Hai semua readers. Jawab salam please before you all gelojoh baca blog liz ni.  Tajuk hari ni mengenai KLIA 2. Okeh selama ni bila nak bercuti ke bagai, ticket semua orang yang uruskan. Nak pergi ke airport ke or LCCT ke pun orang yang bawakan.

Now since kerja, bila ada staff nak ke Mymar baru la nak tempah ticket flight la bagai. Bukan susah pun, guna ajen lagi senang. Price pun boleh dapat lagi murah. Siapa-siapa nak pergi balik ke Mymar now RM661 Malaysia Airlines tau (MAS).

Lepas tu kecoh sikit after seminggu bila ada staff duk menanya KLIA mana ni nanti, kan ada KLIA baru.  Masa tu yang nak ke Mymar tu pun cuaklah. Call je la terus ajen tu, malas nak google. Takut dapat information salah. Rupanya yang pindah ke KLIA 2 tu ialah LCCT "low-cost carrier terminal" bukan MAIN KLIA.

Credit to Google picture.

Wednesday, April 9, 2014

Ranking blog saya hari ni!


Assalamualaikum. Ahaks! menyemak lagi. Awak dengar wishes saya rupanya. See makin mengecil.


Hadiah Warna Warni Di Pagi Hari


Hi assalamualaikum. Apalah yang hadiah warna warni tu kan. Dapat depan pintu office lagi. Ramai yang dapat, terus jadi ceria je. Colourful je wajah waktu tu lepas pakai hehe. Liz dapat gelang warna warni. 


Tuesday, April 8, 2014

Tak suka makan Carrot? Ada caranya!


Assalamualaikum. Ha aks terus nak tanya you all semua tanpa membuang masa. Suka makan CARROT? Baguslah! Tetapi bagi tak suka? Jangan risau ada cara lain.

Walaupun kakak blogger nadia johari cakap yang liz ada gigi arnab tapi liz kureng jugak nak kunyah carrot tu macam ratah ayam kepsi. Lately memang mata liz makin kureng penglihatannya tapi tetap juga degil tak mahu sentiasa letakkan cermin mata di mata yang cantik Allah anugerahkan ni. Rasa rimas bila melekap dekat telinga lelama. Rasa macam dah tua. Rasa macam tak cantik. Rasa macam poyo. Ini pendapat liz. Taniah bagi mereka yang kelihatan cantik berkaca mata. But for me still say NO.

Doctor suggest liz makan banyak vit A. Tapi original vit A. Susah nak makan hari-hari. Tapi boleh je dapatkan manfaatnya tu hari hari dengan cara macam ni.


Jom kita buat jus!


Jom lah blend. Bukan nak gigit camgitoh okeh.


Dah siap! Liz suka buat banyak-banyak simpan dalam botol letak dalam peti ais. Bila nak minum baru letak susu. At least a day, liz akan guna botol ni untuk bancuh dan minum setiap hari segelas.

Monday, April 7, 2014

My Felt Job


Assalamualaikum. Hi holla ... Bulan yang sangat memenatkan sebenarnya. Dan for this month liz tak keluar jalan-jalan lagi. Off day pun spend the whole day dengan kerja part time. Yeah my felt pillow. Lega bila dah siapkan semua order dari customer.

Nak share sikit tempat liz buat kerja ni. Yup! For sure la sangat bersepah sikit. I think bersepah banyak kut.

Spot my maxis broadband there. Hahaks.


Yang ni yang terbaru. Mostly customer suka bagi kepercayaan untuk liz design sendiri. Less is more. Kalau sarat sangat jadi tak cantik.



Ranking belog saya dekat alexa!


Assalamualaikum. Hi hi hi. Ni first time nak cerita pasal alexa. Liz tak pernah pun nak ambil tahu pasal alexa semua ni. Cuma rata-rata kawan blog liz semua tahu pasal ni. Macam katak di bawah tempurung sangat je. So start la daftar dekat encik alexa ni.

Amboi lepas je daftar kemahein tau, hari-hari check website sendiri. Hakhak. Start daripada 22k masa liz check tu. Dah sekarang liz check ialah seperti dibawah.



Dan jadi semangat hari-hari nak update je. Till seorang daripada reader ingatkan liz, bagus usaha tu tetapi ingat jangan kerana terlalu nak kerjakan rank dan traffic sampai abaikan kualiti.Tapi saya harap awak makin menjadi angka yang kecil tau.
Okeh NOTED! Thank you. 


Sunday, April 6, 2014

I baked my own MACARONI


Assalamualaikum. Hi salam hujung minggu. Dalam minggu ni liz ada updated status "sebenarnya saya dah lama tak masuk dapur memasak." Ahaks sebanyak 45 likes jadi 45 orang je la tahu liz dah lama tak memasak. Well since staying dengan parents ni ha aks memang masakan terbaik dari mak den jela tolannya.

Memandangkan mak abah ke KL hari ni. Liz dengan nenek je tinggal. Ill be the chef at home la! Decided to cook BAKED MACARONI.

Bahan-bahan:
- Macaroni 2 cawan direbus hingga lembut dan toskan tepi
- 500 daging kisar (ayam pun okeh)
- 3sudu besar rempah kari
- 5 biji bawang merah*
- 3 biji bawang putih*
- 1/2 halia*
- I sudu besar lada hitam*
- (semua bahan yang ada * kena tumbuk tau)
- Minyak untuk menumis
- 1 tin susu cair + 3/4 air
- Sedikit daun sup dan daun bawang
- 4 biji telur
- Cheddar cheese
- Garam secukup rasa lebih kurang 2 sudu kecil
- Sedikit gula kalau perlu ^liz tak letak pun^

Cara:
1. Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau. Masukkan daging kisar dan goring hingga masak.

2. Masukkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap. *liz letak serbuk oregano sikit.

3. Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan dah masak tadi, gaul sampai rata.  Boleh tambah cheddar cheese yang dah parut.

4. Masukkan semua tadi dalam bekar pembakar lepas tu tuang telur yang dah dipukul tadi. Tuang je tak payah kacau-kacau tau. Boleh tabor daun sup dengan daun bawang, boleh tambah lagi cheddar cheese kalau perlu.

5. Bakar dalam 45 minit macam tu.

 
Sebelum
 
 
Selepas bakar! Yummy!
 
You all should try.
 
 

Friday, April 4, 2014

Cara Buat i-Akaun KWSP peribadi


Assalamualaikum. Hari ni liz nak share infomasi cara untuk mohon i-Akaun kwsp sendiri.  Sangatlah mudah, ada yang masih belum buat? Kenapa tak buat! Tak payah susah-susah nak ke pejabat KWSP semata nak minta penyata okeh.

Ahaks! Rasa tak penting? Mungkin jugak, sebab liz pernah rasa macam tu tapi tiba masa nak beli kereta. Opss. Hehehe baru terhegeh nak siapkan dokumen tu rasa leceh je kan.  Sebenarnya semua benda ni mudah tetapi pejabat KWSP tu terletak sebelah rumah kita ke? Itu persoalannya! Macam liz dekat Kuala Lipis, sedia maklum ye tiada pejabat KWSP, yang terdekat pun ialah dekat Raub. Tetapi mujurlah ada EASY RHB dekat pejabat pos. Tapi dugaan jugaklah untuk liz, masa dah semangat nak mohon i-Akaun sendiri tu, boleh pulak mesin tu rosak tak boleh baca thumb print. Kalaulah liz dah mohon awal-awal i-Akaun dari dulu pasti mudah kan. Print melalui komputer je segala penyata tu.

Langkah yang sangat mudah.
1.  Perlulah ada Kad Pengenalan Diri
2.  Bagitahu abang hensem ke kakak cantik ke "saya nak penyata KWSP dan nak daftar i-Akaun"
3.  Abang hensem tu akan suruh "Adik manis lagi cantik SILA LETAK IBU JARI KANAN"
_____________________  Scanning Process _______________________________

4.  Lepas tu kita bagitahulah nak penyata tahun mana satu, macam liz mintak je 2013 dan 2014, bukan kena bayar pun okeh.
5.  Untuk i-Akaun tu nanti, abang tu akan mintak kita tekan kata laluan untuk kita log in nanti.  Kemudian kita masukkan no HP kita untuk no TAC.

Dah siap! Tak sampai 5 minit pun.  Dah dapat tu, kita kenalah aktifkan i-Akaun kita dalam masa 30 hari sahaja. Kalau awak tak log in dalam masa 30 hari. Kenalah buat pendaftaran baru semula.

Langkah untuk daftar i-Akaun
1. Bukalah laman web rasminya di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home
2. Pilih ahli.



Untuk yang baru daftar tadi, awak kenalah klik Pengaktifan i-Akaun kali pertama tu.  Ikut je langkah mudah yang diarahkan nanti. Isikan detail-detail yang dia minta, lepas tu baru boleh masukkan ID Pengguna yang awak daftar tadi. Klik TERUSKAN.
Kemudian masukkan kata laluan nanti. 


Mudah kan? Bolehlah daftar sekarang!