Friday, April 4, 2014

Cara Buat i-Akaun KWSP peribadi


Assalamualaikum. Hari ni liz nak share infomasi cara untuk mohon i-Akaun kwsp sendiri.  Sangatlah mudah, ada yang masih belum buat? Kenapa tak buat! Tak payah susah-susah nak ke pejabat KWSP semata nak minta penyata okeh.

Ahaks! Rasa tak penting? Mungkin jugak, sebab liz pernah rasa macam tu tapi tiba masa nak beli kereta. Opss. Hehehe baru terhegeh nak siapkan dokumen tu rasa leceh je kan.  Sebenarnya semua benda ni mudah tetapi pejabat KWSP tu terletak sebelah rumah kita ke? Itu persoalannya! Macam liz dekat Kuala Lipis, sedia maklum ye tiada pejabat KWSP, yang terdekat pun ialah dekat Raub. Tetapi mujurlah ada EASY RHB dekat pejabat pos. Tapi dugaan jugaklah untuk liz, masa dah semangat nak mohon i-Akaun sendiri tu, boleh pulak mesin tu rosak tak boleh baca thumb print. Kalaulah liz dah mohon awal-awal i-Akaun dari dulu pasti mudah kan. Print melalui komputer je segala penyata tu.

Langkah yang sangat mudah.
1.  Perlulah ada Kad Pengenalan Diri
2.  Bagitahu abang hensem ke kakak cantik ke "saya nak penyata KWSP dan nak daftar i-Akaun"
3.  Abang hensem tu akan suruh "Adik manis lagi cantik SILA LETAK IBU JARI KANAN"
_____________________  Scanning Process _______________________________

4.  Lepas tu kita bagitahulah nak penyata tahun mana satu, macam liz mintak je 2013 dan 2014, bukan kena bayar pun okeh.
5.  Untuk i-Akaun tu nanti, abang tu akan mintak kita tekan kata laluan untuk kita log in nanti.  Kemudian kita masukkan no HP kita untuk no TAC.

Dah siap! Tak sampai 5 minit pun.  Dah dapat tu, kita kenalah aktifkan i-Akaun kita dalam masa 30 hari sahaja. Kalau awak tak log in dalam masa 30 hari. Kenalah buat pendaftaran baru semula.

Langkah untuk daftar i-Akaun
1. Bukalah laman web rasminya di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home
2. Pilih ahli.



Untuk yang baru daftar tadi, awak kenalah klik Pengaktifan i-Akaun kali pertama tu.  Ikut je langkah mudah yang diarahkan nanti. Isikan detail-detail yang dia minta, lepas tu baru boleh masukkan ID Pengguna yang awak daftar tadi. Klik TERUSKAN.
Kemudian masukkan kata laluan nanti. 


Mudah kan? Bolehlah daftar sekarang!

1 comment:

Nadia Johari said...

sekrg semua gune jari je