Wednesday, May 28, 2014

Pengalaman Pertama Beli Kereta #Part 1



Assalamualaikum. Hi hari ni liz nak cerita pasal pengalaman liz nak beli kereta yang pertama. Kereta pertama tau! Hasil simpanan duit sendiri tau. Kalau nak tahu, boleh terus sambung baca cerita liz nak kongsikan ni. Duit simpanan yang liz kumpul ni sebenarnya ada sejak dari kecil lagi. Buku akaun pertama liz ialah buku CIMB Bank. Kalau lah korang masa kecil-kecil dulu ingat, kalau budak-budak kecil menyimpan dekat bank, bank akan bagi tabung yang bentuk kartun. Kalau isi duit nanti tabung tu akan menyanyi. Hah ingat tak? Ada tak korang alami pengalaman macam liz? Masa tu liz duduk dekat Mentakab lagi. Semangat hari-hari tolong mak tau jual nasi lemak. Mak kasi 20sen. Uish banyak tau 20 sen tu kalau beli gula-gula dapat 4 biji, boleh buat makan jimat-jimat 1 minggu tau. Tapi kalau nak cepat tabung penuh, kenalah menabung. Masa tu liz sendiri tak ingat apa objektif liz simpan duit. Cuma mak pesan, "Kena belajar simpan duit dari sekarang nanti bila dah besar, yang senang yusmarliza jugak" Mak suka panggil nama penuh masa liz kecil-kecil dulu.

Jadi masa tu, mind set budak-budak kecil. Liz nak bila besar nanti nak hidup senang. Mak cakap nanti kalau dah besar nak beli apa-apa kang senang sebab duit dah ada. Lepas tu masa tu ekonomi Malaysia meleset. Liz kecit lagi cuma liz ingat orang sibuk cakap bank negara nak bankrup dah, cepat bawak kuar duit kat bank. Mak pun bawak semua duit liz keluar. Masa tu ada 2 ratus lebih je. Uish masa tu liz baru 6 tahun. Banyak kan?

Masa pindah dekat Kuala Lipis umur liz darjah 4 . Buka la buku bank baru dekat BSN. Jadi dengan BSN ni lah liz mengumpul menambung betul-betul. Liz simpan setahun sekali je. Selalunya lepas raya. Dapat la ratuih-ratuih duit. Kadang-kadang ada ayah saudara, mak saudara hulurkan duit dekat liz. Liz simpan la kasi mak masuk bank. Sampailah ke hari ni pejam celik liz dapat kumpul #K dan itu duit yang betul-betul duit zaman kecil sehinggalah habis universiti. Mungkin ada yang kata sikit, mungkin ada yang kata banyak. Tapi duit #K ni tak kan jadi kalau liz tak menyimpan. Dan terima kasih pada mak sebab selalu ingatkan liz.

Sekarang dah ditambah-tambah lagi dengan duit simpanan gaji. Duit gaji lain ceritanya sebab kita dapat setiap bulan. Tapi kalau duit masa kecil tu ialah duit hasil tanpa usaha. Orang kasi je, cuma kita yang kena usaha mengumpul. Ingat senang ke nak tunggu orang kasi duit?

Ingat waktu dulu-dulu mak cakap "simpan duit tu nanti nak beli kereta sendiri kan senang". Akhirnya!! Liz mampu milik kereta sendiri. Kalau korang tak pernah usaha sendiri beli dengan duit hasil pencarian sendiri korang mesti tak kan tahu macam mana rasanya. Ini bukan soal beli baju, beli barang berjenama tapi ini beli kereta yang harganya puluhan ribu.

Ingat senang ke Bank nak luluskan loan. Lagi-lagi usia liz baru 22 tahun. Macam-macam kena tanya. Kalau Public Bank ni call macam-macam soalan tanya. Kenapa awal sangat nak beli kereta, tak sambung belajar dah ke. Betul ke kerja sebagai Human Resource. Ada Human Resource lain tak. 3 kali tau loan kereta liz kena tolak. Masa ni liz dah rasa putus asa nak beli kereta. Mula-mula dekat Kuwaitt Finance House, kedua dekat Bank Islam dan ketiga Bank CIMB. Last sekali Public bank. Ini pun tunggu dalam 2 minggu. Minggu ketiga iaitu pada 21 Mei 2014 baru liz dapat pengesahan loan kereta liz lulus. Lepas tu kena tunggu document dekat Public Bank siap. Lama proses nya sebenarnya. Melainkan gaji riban-riban tu. ZZZzzhaaaappp hari ni order, esok boleh lulus. Ye dak?

Sekarang ni tunggu document loan kereta sampai ke Public Bank Lipis. Sebab liz beli kereta dekat Klang. Jadi sales girl buat urusan public bank semua dekat sana. Lagi-lagi liz kerja kadang-kadang tak da masa nak gerak ke sana sini. Kesian abah ulang-alik hantar liz pergi kerja.

Inilah kereta idaman liz. 


Nantikan sambungan cerita seterusnya.




Tuesday, May 27, 2014

GIVEAWAY : SERONOKNYA RAYA BERSAMA SOTONG

http://jom-santai-aje.blogspot.com/2014/05/giveaway-seronoknya-raya-bersama-sotong.html

Assalamualaikum. Hari ni liz terasa rajin nak join segment. Liz bukan rajin sangat nak bersegment ni tapi sebabkan nama give away sangatlah comel. RAYA BERSAMA SOTONG. Perhh tak pernah terfikir ada suku kata sebegini. Liz sebelum join liz selalu nya memilih juga, tgk hadiah tu menarik ke tidak. Sekali dah jenguk. Ada 3 tabung sotong untuk dimenangi dan ada plusie sotong. Tapi liz nak tabung tu boleh kumpul duit syiling beli sotong untuk raya nanti. Buat rendang sotong ke. Wah macam sedap je kan?

Jadi mari kita bersama-sama sertai segment GA Raya Bersama Sotong ni. Jangan lupa klik banner tu tau untuk lihat syarat-syaratnya. Selamat bersegment.

Kena tolong menabung sekali. huhu.

Sunday, May 25, 2014

Bantal Felt Lovely


Hi Assalamualaikum. Minggu ni terhasil lagi 1 bantal felt. Alhamdullilah rezeki setiap minggu ada je yang order. Terima kasih kepada mereka yan orde dan sudah tentunya rezeki ini datangnya dariNya. Bantal ni Kak Shida yang order untuk dihadiahkan kepada suaminya yang tercinta. Hopefully Kak Shida happy dengan bantal ni. Liz tambah sedikit bawah tu dengan design pagar dan button yang warna warni. Selain tu, dari segi warna dan design Kak Shida yang lukis siap-siap kasi liz. Liz tambah 1 lagi love je warna putih tu dan dipenuhi dengan Love-Love kecil. Maklumlah bantal ni untuk orang yang tersayang. Liz pun buatlah dengan penuh kasih sayang. Liz jual ye. Nak pos ke Putrajaya esok. - Kuala Lipis - Putrajaya -

Mudahan kekal abadi cinta mereka ni hingga ke jannah. Siap liz kasi pagar dah semua love love ni.
 
 
Terima kasih sudi baca.
 
 


 

Saturday, May 24, 2014

Bantal Felt for Wedding Kak Ayu


Hi Assalamualaikum. Minggu ni liz macam penat sikit nak buat felt sebab minggu lepas tungkus lumus siapkan 2 bantal felt. Phewww terasa lagi mata ni bayangkan jahitan minggu lepas, sebab memang liz kejar masa sangat untuk bantal yang lepas.

Jom tengok progress bantal baru ni pulak. Sebenarnya liz rasa macam ada yang tak kena dengan bantal ni walaupun owner tu kata COMEL. 

First try rasa macam kosong sangat.

Alamak hai rasa serabut sangat pulak.

Kita double kan tulisan dulu pe-pe hal pun.

Tetap rasa macam buruk jeh.

Tetap juga rasa ada yang tak kena sebenarnya di mata liz.

 Dah tambah bunga tapi rasa buruk je lagi. 
Tahu tak sebab apa? Sebab love nya gemok sangat. Tak runcing. Jadi liz decide untuk tukar colour dan tetas semula jahitan ni. Tak kisah pun buat dua kerja kali sebab yang penting sekali nak puas kan hati customer.



Friday, May 23, 2014

Makan Malam Cik Liyliz Bila Malas


Haish orang duk cakap "nape aku kurus". Tak makan malam ke? Sebenarnya kalau mak masak sedap-sedap, malam tu tibai je makannya. Mana ada tips pun cuma bila dah menjahit bantal tu. Memang tekun la menghadapnya selagi mata tak mengantuk. Bila dah lewat malam sangat mana tekak nak lalu makan nasi dan pelbagai yang berat. Nak masak meggie pun malas dah tau.

Jadi yang mudahnya ialah seperti dibawah.

 Cereal ni "Corn Flakes" kalau makan dengan susu full cream ke memang muak cepat. Liz makan dengan susu perisa Chocolate. Memang yummy lecious lor. Bagi siapa yang dah tak tahu nak makan apa tu boleh lah cuba.

Thursday, May 22, 2014

Ko Skin Care Specialist "Boleh order online juga tau."


| Cleaser Dr.Ko |Hi Assalamualaikum semua. Hik tak sangka makin hari makin ramai PM liz tanya pasal Dr.Ko. Femes betul Dr. ni kan, jeles kittew. Okeh terima kasih juga kepada google beri perhatian pada blog liz ni. 

Sebenarnya ramai wanita dekat luar sana tu ada masalah pimples. Jadi dear ladies, jangan murung-murung kerana kita bukan keseorangan. Jangan malu juga untuk bertanya. Jangan segan-segan PM liz. *macam lah aku duta produk ni kan. Liz masih lagi under medication.

Minggu ni liz baru sedar Acne Cleanser liz dah habis. Kononya nak tunggu hujung bulan baru nak beli. Tapi risau sangat nanti muka tak bercuci. Nak guna produk lain memang tak berani lah. Jerawat kecil-kecil memang dah segan nak naik. Melainkan satu dua biji dekat dagu 1 dekat pipi 1 inipun bila waktu nak period. Cuma tak sabar sangat-sangat nak hilangkan parut ni.

Bagi yang duduk luar Klang atau jauh dari cawangan Ko Skin Care. Yang macam liz ni, terima rawatan sebulan sekali je. Hah jangan risau jangan susah hati. Kan liz pernah kata pada entry yang lepas. Ada sahaja masalah kita boleh whataps dan tangkap pic kasi mereka tengok.  So hari ni liz nak share pengalaman pertama kali liz re-order produk melalui phone.

Korang boleh direct call dekat Customer Service Dr.Ko. Bagi yang pernah menerima rawatan anda akan diberi bisness kad. Jadi bolehlah dial nombor telefon cawangan yang anda buat rawatan tu. Macam liz dekat Klang. Bila liz call, dia akan tanya nama dan ic liz. Bila liz dah buat pengesahan dia akan buka fail kita dah semak data profil kita. Lepas tu kasi tau la dia kita ni nak apa. 

Me: "Saya nak beli acne cleaser la, cleaser saya dah habis, macam mana ye nak buat bayaran?"
CS: " Okeh boleh bt bayaran dekat akaun bank Dr.Ko Skincare, lepas tu boleh fax slip pembayaran."
Me: "Alah kalau saya snap hantar dekat whataps boleh tak?"
CS: " Boleh, Att: Yati ye."
Me: "Okeh jadi totalnya berapa?"
CS: "RM139 tp dapat diskaun dari consultant kami RM130 tambah courier RM10 ye. Total RM 140. Selepas buat pembayaran boleh maklumkan pada saya semula ye"
Me: "Okeh terima kasih."

Happy sudah. Mudah kan. Tak payah pergi Klang semata nak beli pencuci muka dah habis. Tapi kalau you all dapat pergi lagi bagus. Consultant akan tengok kulit muka kita terus dan kasi kata-kata semangat. Dan jangan risau mereka tak macam New York Skin Care. Hihik. Mereka tak paksa kita ambil produk.




Walaupun harganya RM130 tapi jangan risau sebab pencuci ni liz guna tahan selama 4 bulan tau. Suggested product for acne skin.


Wednesday, May 21, 2014

Perkara Wajib Ditanya Sewaktu Interview


Hi Assalamualaikum. Sesiapa yang sudah bekerja mesti dah biasa tahu apakah kebiasaanya soalan bakal ditanya. Soalan paling mudah bila pertama kali anda melangkah dan duduk di hadapan orang yang bakal "Interview" anda ialah "Lets introduce yourself in 5 minutes" ataupun "Sila kenalkan diri anda terlebih dahulu".

Common question.
Soalan biasa.

Tetapi masih ada yang teragak-agak dan kurang yakin dengan cerita mengenai diri sendiri. Liz ingat lagi masa tu liz baru graduated. Bila disuruh kenalkan diri dalam masa 5 minit dalam BI. Rasa macam lama je 5 minit tu.

Dan sekarang bila liz sendiri sebagai Human Resource. Hoho meng - Interview orang pulak. Rasa seronok tau sebab kita boleh tengok macam-macam aksi dan jawapan mereka ni bagi. Sebenarnya orang yang interview ni bukan kisah sangat you cakap broken English ke tak ke. Tapi lebih kepada nak dengar cerita you all dan tengok keyakinan diri you all nak kerja tu macam mana.

Antara soalan yang you all boleh cerita kalau Interviewer tanya :

1. Start with a smile on your face & give details about Name, Place after greeting.
2. If necessary only add your family details.
3. Tell about your educational details.
4. Share about why you want to do JOB so.
5. About your job experienced.
6. The person who inspired you a lot.
7. Then about your interests/hobbies.
8. Also how you will spend your time when you are free.
9. Tell about skills.
10. Then conclude.


Antara yang boleh dicerita bila dia suruh kamu kenalkan diri. Walaupun semua benda dah ada dalam resume dan borang permohonan kerja tapi tetap perlu kenalkan diri.
Sebab ada orang yang liz mintak dia kenalkan diri, tapi dia boleh jawab macam ni 
" Macam yang seperti saya tulis dekat dalam borang tu lah"  

Nanti sah-sah la orang yang interview tu terus rasa naik nyampah dengan korang punya lah. At first meet dah eksyon. 



Sekian sekadar berkongsi.

Tuesday, May 20, 2014

Jom Luangkan Masa 5 Minit Je Like Gambar Masjid.


Assalamualaikum semua. Hai korang liz nak mintak jasa baik kamu semua yang datang blogwalking blog liz untuk likes pic gambar masjid ni. Korang jomla rajin-rajin klik, hanya 1 klik ke link ni dan kemudian korang terus boleh likes gambar ni nanti. Klik gambar ni tau nanti akan direct ke FB photo kawan liz ni. Kemudian apa lagi klik la LIKES. Terima kasih tau sudi likes.

https://www.facebook.com/ICTSCLubUiTMPP/photos/a.774558499245139.1073741840.542488539118804/774828912551431/?type=1&theater

Coretan Persiapan Raya.


Assalamualaikum and hi everyone.  Time is fleeting by kan? Sedar tak sedar sekarang dah hampir 1/2 tahun 2014.Woit puasa dah tak lama lah. Raya pun tak lama juga dah. Korang dah shopping raya ke belum. Ramai yang kata macam ni "Alah puasa pun belum sibuk nak fikir baju raya". Biasa tak dengar? Dulu masa kecit-kecit selalu dengar mak cakap macam tu kat liz.

Sekarang! :) senyum havoc plus riak sikit. Huweee boleh beli sendiri. Ada duit sendiri. 1 2 3 4 5 ringgit ingit topup topup syiling weeehaaa' boleh beli baju kurung 1 2 3 pasang sendiri. Tapi bagi yang masih belum bekerja tu mesti tengah fikir taktik nak membodek mak bapak kakak abang urk plus boyfen plus skandol dan Ayah Manis. (Sugar Daddy). Liz masa belajar kat Uni dulu mana ingat baju raya. Sedar-sedar dah nak habis puasa sebab masa tu duit kegunaannya untuk makan-makan dan makan lagi. Betul liz dulu siap puasa tau Isnin dengan Khamis. Hik tapi takda la selalu cuma time dah rasa tabung PTPTN dah dekat paras hidung kenalah pandai-pandai nak bernafas.

Kasut! Nyonyet nyonyet otak berfikir. Nak pilih kasut macam mana ye tahun ni. Mungkin macam segini dibawah. 

 "Alah liz tak payah ngada ko bukan berjalan pun, bukan hari raya ko kena duduk dapur ke".
Pernah la sangat aku kena duduk dapur, singgah dapur ambil makanan lepas tu lepak depan TV dengan cousin-cousin laki semua tengok rancangan hari raya adoo la. 

Baru nak tempah macam gini. Dibawah.

 Cantik kan? Jumpa gambar ni dekat pinterest!! Memang suka gilok sekarang ni dengan stripe punya corak. Tapinya bila tanya mak "ada tak lagi kedai nak terima tempahan baju raya, kami nak hanta baju raya ni". *kain pun tak beli lagi. Mak jawab "harapan..harapan menjadi layu.." Okeh dah faham bila lagu hyper act berkumandang.

Bertapa korang lihat rakyat Malaysia. Urk maksud aku "orang melayu" mereka-mereka ini sangat peka dengan ketibaan hari raya aidilfitri. Baik punya persediaan depa buat. Bukan apa liz ni dah bertahun beli baju last minutes. Memang la macam seronok bila kelam kabut macam tu tapi duit mencucur mencurah-curah bagai meresap kedalam tanah bukan ke atas daun keladi. 

Lagi satu liz dah lama tak ada baju raya yang sama warna dengan mak abah. Mesti warna lain-lain punya. Agak-agak tahun ni berjaya tak liz nak baju sama warna dengan mak abah. Nak buat macam mana kalau dah beli baju raya yang dah siap. Ada je warna dan pattern lain liz berkenan. 

Tudung.
Haish tak usah cakap lah. Liz selalu beli last minutes juga. Mesti rasa macam "arghhhh lantak". 
Maksudnya memang terpaksa beli sebab malas dan penat nak cari. Boleh tak tahun ni liz tak nak shopping time puasa. Bulan depan ke shopping. Jom? Tapi promosi harga mesti macam mahal je lagi. Korang ada tak tips shopping raya? Apakata share dengan liz.





Monday, May 19, 2014

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns


Assalamualaikum. Akhirnya benda yang liz tunggu dah dapat. Kali pertama Nuffnang bagi liz CPUV.  Happy!! Kepada sesiapa yang pertama kali dapat CPUV mesti faham macam mana perasaan tu kan. Tau tak kemahen liz tanya kawan-kawan kenapa dulu, "macam mana korang boleh asyik dapat je  CPUV ni." Kenapa liz tak pernah dapat. Akhirnya rayuan dan rintihan dah didengari oleh Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Mudahan banyak lagi iklan menepek dalam blog liz nanti.


Makin semangat now nak hupdate blog lepas ni.  Almaklum raya dah tak lama lagi hihi walhal puasa pun belum lagi. Urk walhal? Kalau boleh guna duit Nuffnang buat beli baju raya sepasang pun okeh jugak kan. Betul ke wacana liz guna ni. Lama tinggal zaman tatabahasa.




Friday, May 16, 2014

Birthday Felt Pillow


Assalamualaikum dan hi semuanya. Busy sangat minggu lepas. Done delivery felt pillow ni ke Ipoh Perak. Minggu ni dah dua barang liz pos ke Perak. Yang first hari tu liz pos shawl untuk pemenang GA contest dari blog Wan Insyirah. Sorry kalau salah eja nama.

Jom tengok gambar proses kerja liz buat. 



 
Alooo gambar tepi tu terpotong pulak. Gara-gara post dekat IG macam ni la jadinya.
Ini pillow yang first. Tapi lastly liz ada buat touch up sikit lagi, love tu kasi lebat giler-giler. Tapi sebab dekat phone lagi satu tak dapat lah liz nak share dekat sini. 



SIAP !!
Happy wo bila siap buat. Walaupun sampai terkena gam panas. Uish seminggu tangan pedih kena air. Kena lebih berhati-hati lepas ni. 
Ada sesiapa nak tempah lagi tak? Boleh PM liz dekat FB je, korang yang request nak design macam mana. Customer liz ni ada buat request nak letak nama dekat belakang pillow. So liz pun buatla dan hasilnya seperti di bawah.


Untuk diletakkan dalam kereta BF ni. Birthdaynya pada 18 hb ni. Sweet kan GF nya ni. BTW kalau perempuan mesti sweet-sweet bila nak kasi hadiah tapi kalau lelaki. Tak sweet langsung kan. Setuju tak? Jangan sweet talker sudah.




Tuesday, May 13, 2014

Kisah cinta "Cerita Kami"


Assalamualaikum. Alhamdullilah akhirnya mungkin dah tiba masa liz nak kongsikan sesuatu dengan semua followers liz. Liz harap sangat korang tengok video ni sampai habis dari awal mula berkenalan di Facebook sehingga la ke akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.



Sweet kan?  Kenal, jumpa, bawa jumpa parents, tunang dan kahwin. Liz mohon share video ni dalam blog ni. Liz doakan kakak dan abang ni hidup bahagia hingga ke jannah. Liz secara tak sengaja terjumpa video ni dan tersentuh sangat cara lelaki ni mengurat kakak ni dekat FB.Video ni di upload pada tahun 2012. Tapi kenangan tu buat kita yang melihat sama-sama berkongsi rasa gembira tu seolah macam mereka ni baru sahaja berkahwin.

 BTW you all sorry liz buat gempak je dekat intro tu tadi.

Monday, May 12, 2014

Cara Connect USB LENOVO A3000 ke PC #1


Hi siapa pakai Tab Lenovo A3000? Mohon tinggalkan komen di bawah okeh, yang belum pakai pun tolong komen juga. =) Barulah geng betul tak.  Dua minggu lepas liz ada pos dekat IG dan FB bagitahu yang liz belikan ibu liz tab ni. Okeh ada yang tak tahu? Siapa suruh tak follow IG dan FB liz. Pergi follow cepat, kata tadi nak geng.

Hari ni pertama kali liz nak cerita pasal tab. Tak payahla liz buang masa bebel-bebel eh cara membeli ke cara bukak ke cara pasang ke. Sebab simple je pun. Nanti liz comes out dengan next review pulak.
Mula-mula dapat ni liz takda pun nak cuba connect kat PC sebab banyak guna ber-online je. Ahad baru ni liz nak masukkan movie untuk ibu liz dari laptop liz.

Cucuk je macam biasa terus install sendiri automatik. Tak macam smartphone samsung liz, kita kene klik connect baru dia akan connect dengan laptop.  Kirannya lenovo ni macam pendrive. Hahaks bahasa untuk mudah difahaminya macam tu lah lebih kurang.  Kemudian kalau nak transfer pulak klik copy je dekat folder tu lepas tu paste dekat folder Video. Siap!

Kalau nak tanggal pulak haha bahasa mudahnya cabut, bahasa computer nya eject bukan inject ye. Bhaahaha! Betul? Okeh lenovo takda specification macam tu, liz dah try nak tarik cable dengan izin tapi eh takda pun. Kalau samsung kan, kita boleh eject dari computer, kalau tak nak eject dari computer kita boleh directly klik disconnect storage dekat smartphone kita.

Lepas tu liz try pulak nak connect dekat PC. Uish tak boleh. Asal tak appear ni dekat deskstop. Kenapakah kan. Tanya la dekat kawan group Lenovo, waceh FB pun ada group Lenovo tau. Jemput join bagi siapa yang pakai atau ada masalah dengan Lenovo. Almaklum Lenovo ni antara yang baru di pasaran. Lainlah smartphone lain yang dah gebabom tu kan.

Kawan group mintak liz check dekat setting, pergilah check konon-kononya nak cari USB tak kisah lah yang pasti ada kaitan dekat cable USB kut kut la perlu klik. Hoho memang takda. yang ada USB internet connect to PC. Itu untuk internet used.

Lepas tu cuba tukar cable. Pun tak jadi. Lepas tu tukar tempat cucuk. Tadaaaaaaaaaaaaa jadi. Rupanya tempat cucuk yang bahagian atas tak boleh detect, tapi battery charge signal berfungsi. Sebab tu liz tak perasan yang bahagian UBS port atas tu ada problem. Tukar je la kan saje-saje. Laaaa boleh rupanya.

Itulah pengalaman liz pasal nak connect USB A3000 ni.  Mudahan pengalaman simple ni boleh bantu readers.

Ibu punya =) kita pinjam jew!

Saturday, May 10, 2014

Kini www.liylizyusof.com


Hi assalamualaikum. Ha aks! Akhirnya setelah sekian lama berfikir-fikir. Liz bertukar juga domain url blog liz. Dahulunya www.lilizazaliza.blogspot.com dan kini www.liylizyusof.com
Datangnya lilizazaliza.blogspot.com ni dulunya sebab nama FB liz "lili zaza liza". Ingat lagi masa kawan dekat uni suka ajuk panggil "lilizazaliza uit" lepas tu masa dah mula kerja liz tukar nama FB kepada liyliz yusof. Lebih matang tak? Waceh matang la sangat ye dak.

Jadi tahun ni dah tahun kedua liz dengan nama "liyliz yusof" dan tiba masanya liz nak bertukar domain blog.  Header blog ni liz sayang lagi nak tukar. Jadi biarlah dulu kan. Okeh domain liz tukar ni murah je, ada tak mana-mana blogger yang masih belum tukar dan terasa nak tukar boleh hubungi abang eizil tau. Walaupun dia macam busy je time liz pm dia tapi tak da la sampai kena tunggu sejam dia respon hihik. Sekejap je abang eizi ni setup kan. Dalam beberapa minit je tau tak payah nak tunggu lelama.

Boleh PM FB abang eizil di sini
Check price!




Friday, May 9, 2014

BJ : Scallop Virina

Aku buat dropship
Price: RM 90 (Promotion Price)

Material : Cotton Spandex
Saiz : Free fit to M

Ukuran
Bahu: 15’
Dada: 34’-38’,
Lengan: 21.5’
Labuh: 30’
Pinggang: 26’-32
Punggung: 36-42’

Cepat-cepat contact liz : 0179804423






Thursday, May 8, 2014

Wanita #1


Menjadi seorang wanita bukan perkara yang mudah. Setuju tak? Setiap tingkah laku kita pasti dinilai oleh mata-mata yang memandang. Anda sebagai wanita sejauh manakah anda menghargai diri anda sendiri? Di usia 22 tahun ni liz semakin sedar bertapa besarnya kurniaan Allah berikan pada liz yang liz tak pernah sedar selama ni. Sifat suka membandingkan diri sendiri dengan wanita lain. Pernah tak korang buat macam liz buat ni? Tapi itu dulu sewaktu usia liz 20 tahun. 

Sekarang liz lebih kepada untuk menghargai setiap anggota tubuh badan yang Allah kurniakan pada liz. Mata - mulut - telinga - hidung - lidah -gigi - rambut - dan semua yang kita gunakan untuk melalui kehidupan sehari-harian kita. Yelah tubuh ni kita nak guna sampai kita tua kan.  Pernah tak rasa malas nya nak mandi? Haha selalunya di hujung minggu kalau liz malas keluar rumah. Malas nya nak bangun. Sedangkan kaki cukup sifatnya untuk melangkah.

Rajin! Sentiasa tanamkan sifat dan sebut perkataan ni dalam kehidupan sehari-harian kita.


Wednesday, May 7, 2014

Pak John Steamboat eCurve


Makan-makan dan makan lagi. Inilah segment yang liz paling suka. Gilo kau tak suka makan. Tapi makan-makan pun bentuk badan kena jaga okeh ladies? BTW bagi guys kalau buncit itu seksi pheww! Betul ke? Okeh jom sambung baca untuk tahu lebih lanjut tempat yang liz nak review ni. Lokasi yang sesuai untuk main masak-masak.

Restaurant: Pak John Steamboat
Lokasi       : Lot LG-13A & LG-15
                    Lower Ground Floor
                    eCurve No.2A
                    Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara

Operasi     : 10:00 am - 10:00 pm

Tengok chef tu sengih dengan gigi sebesar alam. Bila masuk Pak John ni kita juga mampu menjadi chef seperti ini. Tak percaya? Tunggu la sat lagi okeh. Sekarang ni jom liz tunjukkan menu-menu di Pak John Steamboat.



 3 gambar di atas ni ialah bahagian rak makanan untuk memasak. Menu apakah? Anda tentukan ikut selera anda. Macam-macam ada boleh pilih cuma secara jujurnya liz rasa SEOUL GARDEN lagi havoc. 

Ini ialah pandangan daripada tempat duduk liz. Depan liz ni kalau korang tengok dekat perempuan bertudung tu, hah yela kat situ la yang tudung purple tu. Itu sebenarnya dia bukan nak tengok sangat pun chef tu masak, dia tunggu wafer dia siap. Kalau kita dah siap-siap makan nak pencuci mulut, boleh minta dekat chef tu kasitau dia yang kita nak wafer. Perisa apa korang nak koranglah tentukan.

Suasana sini macam malap-malap sikit. Sambil masak santai-santai dengar lagu. Agak berbeza suasananya dengan SEOUL GARDEN. 

Menu pertama yang kami nak masak. Sebelum tu, pelayan kedai akan tanya kita nak sup apa. Liz mestilah nak tomyam.
Ada 3 jenis sup tau. Sila lihat dibawah.
Tom Yam sedap!!! Serius liz suka. Rasa dia unik tau tak macam tom yam dekat tempat lain. Ais susah nak cakap dengan pedas nya dan ada rasa serai dia aishh memang sedap. Liz suka! 
Mulakan masakkan dengan kepak ayam dan peha ayam. Liz suka sangat kepak ayam ni. 2 kepak ayam untuk liz , 1 untuk kawan liz. Bila topup lagi kepak ayam 3 untuk liz 1 untuk kawan liz. Memang liz queen of "kepak ayam" waktu tu.
Masa masak ayam ni jangan lupa letakkan planta. Barulah tak melekat. Dek ketidaksabaran liz memasak masa ni liz teruih letak tanpa planta. Hah amik kau melekat lekat kejap. 

Sementara tunggu kawan liz semua sibuk ambil makanan liz la yang sibuk memasak. Kebetulan meja sebelah ada couple pulak cerita nya, sambil masak sambil suap menyuap. Someone suap liz please!!  Tak da orang suap liz pun, ini mendatangkan jelus.
 Masa ni tangan da berminyak bagai, jadi tak dapat snap gambar banyak-banyak sangat. Tengoklah air tomyam pun dah surut. Maksudnya perut pun da semakin kembung. Macam nak stop makan je dah. Ohhh tidak sama sekali. Sebab kami mintak tukar bekas. 2 round okeh.
Ada macam-macam sos juga tau. Hah nampak tak liz masak apa? Liz masak kepak ayam lagi kan. Kan dah cakap liz suka makan kepak ayam ni.
Wafer time. Kalau korang creatif nak makan perbagai version pun boleh. Nak bubuh ais krim atas ni pun boleh, ada perisa coklat dengan vanila. Nak banyak mana pun boleh okeh. Tapi jangan tak habis pula sebab 100gram makanan yang tak habis akan dikenakan kompaun. Liz makan ais krim guna kon macam biasa je. Muat lagi tau perut ni.
Tadaa habis!!!
Cer teka ini apa? Inilah makanan korea kunun-kununya dumpling tu. Liz ingatkan macam kuih. Rupanya dalam tu ada isi ikan. Ada yang isi ketam. Aish memang tidaklah tekak saya ni memakannya.  Yang itu sos apa liz tak pasti tapi ada rasa wasabi sikit.
Desert! Ada jelly macam-macam perisa. Ada kuih ada buah. Tapi untuk yang terakhir ini je mampu liz ambil sebab perut memang dah tahap kembung nak pecah.

Kan dah cakap, bila jadi chef dekat Pak JOhn ni pasti akan senyum macam ni. 
Happy cooking and eating too.

The price on weekend.

 



Suka Hello Kitty tak? Harus tengok video ni.


Hi you all! Sukakan Hello Kitty tak? Should listen to this song, ops rasanya perlu tengok jugak kut video ni.
Kelakar tengok background dancer yang takda mimik muka tu. Macam tak da perasaan.Warna warni dalam video ni fun sangat.


Monday, May 5, 2014

Review Gincu Elianto


Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan liz nak review gincu Elianto yang baru dibeli sabtu lepas. Tak cadang pun nak beli gincu. Rasa macam comel pulak panggil gincu,  walaupun memang dah tahu lama liz ni #comel ha aks! Sebenarnya liz teringat zaman kecit-kecit dulu, suka tau main barang make up mak. Sekali pecah set eyes shadow dari pallet tu. Hoho kena rotan kau. Mau tak nangis, baru fefeeling nak cantik dah comot comet kesat air mata.

Niat pergi D Curve sebenarnya nak cuba makanan dekat Pak John Steamboat, sesekali tercapai pulak benda yang tak da dalam objektif hari tu. Lepas makan nak pergi Watson, nak beli moisturizer Garnier tapi harganya mahal RM19.90 tau, tempat Liz baru RM17.90. Elianto ni pulak depan Watson. Hah sesuai sangatlah buat promosi depan tu, beli 1 percuma 1. Tapi blogger Muja cakap, dorang mungkin tipu!!! Contohnya muja beli eye liner RM25 tapi dalam resit RM12.50x2 jadi musykil bila muja kata macam tu, resit pula aku tak ingat la letak celah mana. Dek sebab asyik terfikir-fikir soal ni, liz pun geledah mencari resit. Okeh dalam resit pulak tulis RM29 kemudian total price RM14.50. Yang musykil sebenarnya tulis diskaun pun tak da. Tapi ikut fikir logik bila tengok resit ni kalau promosi 1 batang RM29 ada 50% diskaun dapat lah RM14.50 tapi kali  ni dia buat promosi beli 1 percuma 1. Hahahaha nampak tak manipulasi daripada 50% diskaun tu kepada kena beli 2 kotak gincu.

1 Matte dan 1 Ultimate.

Boleh visit di  http://www.elianto.biz untuk lihat pelbagai lagi produk. Jangan tak tahu kadang-kadang ada promosi yang memang menguntungkan tau. 

Kod: Matte M02

Kod: Ultimate 02

Everyday Beautiful

At ELIANTO, we believe that everyone is beautiful.

elianto, – derived from the word “sunflower” in Italian, inspired by the unique combination of striking beauty and utility symbolised by the flower.
elianto is a brand synonymous with gentle skincare products, enriched with nourishing and soothing botanical extracts, complemented with a vibrant range of colour cosmetics which brings out the best of sparkling eyes, rosy cheeks and adorable lips. Our aim is to deliver the best of nature in cosmetics with the finest quality natural ingredients at an affordable price.
Credit to: Elianto page 

Begitulah Elianto menghargai wanita termasuklah liz. Liz suka dengan gincu berwarna oren sebab nampak macam segar je dan bila senyum pun mampu membuat 2 3 orang jatuh hati. Hohoks tak salah perasan sekali sekala kut. Jangan muntah depan blog liz nanti busuk!!

Yang atas: Matte 02
Yang bawah: Ultimate 02
 Mana satu cantik dimata you all? Bagi sesiapa yang susah nak gerak ke shopping mall, tak payah pening-pening sebab anda boleh beli di sini  http://www.elianto.biz/lipstick

Warna gincu ni agak berbeza dengan di luar. Jadi jangan lupa untuk pergi ke link liz bagi atas tadi untuk pilihan warna yang lebih tepat. Yang ni liz snap flash so lighting nya agak gebabom gituh.

Dalam gambar ni liz pakai Matte 02. Sesuai dengan gincu jenis Matte kut liz ni.  
Okeh bagi sesiapa yang belum cuba lipstick elianto boleh la cuba 1. Harganya pun tak mahal sangat. First time try terus liz jatuh hati dah. BTW suka lipstick ni ada bau macam coklat tau.