Assalamualaikum readers.
Semalam liz pergi ke kedai 2 Ringgit saja je jalan-jalan nak cari Tupperware murah. Niatnya nak singgah sekejap je. Lepas dah tengok 1 design rasa nak tengok lagi design lain. Dah elok-elok pegang, pi letak ambil design lain. Tupperware je pun nak belinya. "Perempuan" kan. Liz nak buat DIY gift jadinya agak cerewet juga nak pilih barang-barang dalam kedai ni. Gambaran nak buat DIY macam mana tak tahu lagi. Itulah yang sambil memilih sambil memikir.
Dalam pilih-memilih tu, liz jumpa "organizer box". Dah lama sebenarnya cari kotak ni tapi nak beli check harga mahal. Tiba-tiba jumpa dekat kedai 2 Ringgit. Warna pink lagi. Mudah liz nak letak perhiasan bantal felt liz dalam kotak ni nanti.
Banyak lagi perhiasan mau letak ni.
Masa takda box ni. Semuanya masih dalam paket masing-masing.
Nak guna baru ambil.
Belanja sikit bunga felt timbul yang liz buat. Minggu depan boleh pos dah.
Tinggal letak kapas sahaja ni.
3 comments:
Comel! :D
HIHI ups sikit. @ainaaroseberry kena tambah lg button
comellnya.. ada bnyk kain felt kt umah, tp takat buat pin jer :D
Post a Comment